Assalamualaikum.
Haritu ramai tanya ira, goodies tempah kat mana.
Ramai tanya camane nak buat felt.
Ramai mintak share tips.
Ehem.
Tetiba rasa sangat best pulak bila ada orang happy dapat kita punya goodies time tunang kita haritu.
Sebenarnya, nak dijadikan cerita, kita terfikir nak letak kerepek dengan air kotak dan buah je dalam goodie bag. Tapi, masa tu ada rezeki lebih dan rasa nak sedekah kat tetamu seutas tasbih supaya orang boleh guna kalau nak berzikir. So, kita boleh dapat saham akhirat sikit walau tak banyak.
Ada satu hari, kita berbual dengan bisnes partner kita, Syira nama dia, berbual pasal bisnes akak ipar syira. Kebetulan, akak ipar syira jual tasbih untuk buat goodies bagi majlis seperti aqiqah, pertunangan, majlis nikah, majlis kawin dan sebagainya. So, ira terus kontek akak ipar syira kat facebook. Korang boleh cari facebook dia, nama facebook,
Safirah Doorgift Collections. Time tu, safirah doorgift collections tengah buat promosi. Seutas tasbih berharga RM1.00 sahaja. Jadi, ira terus konfem nak beli.
Ada 33 biji pearl. ini rupa tasbih tu. ramai sangat puji kekemasan tasbih ni.
Ira pilih tema peach + pink.
boleh pilih warna ikut tema masing-masing tau.
contoh macam kat bawah ni.
cantik kan?
so, bagi sesiapa yang belum ada goodies lagi, boleh cepat-cepat serbu Safirah Doorgift Collection.
Untuk makluman semua, mereka ada pakej yassin dan sejadah mini sekali tau. :)
Then, ira ada bagi felt dalam goodies tu. Rupa bentuk felt tu berbagai-bagai. Ada bentuk love, bentuk kereta, bentuk dinasour, bentuk kura-kura and macam-macam bentuk lagi. Pagi petang siang malam kita, kakngah, and sakinah siapkan. Kalau korang nak tau cara-cara jahit felt tu, boleh serach kat youtube. Macam-macam video ada tunjuk. Kita amek contoh jahitan paling simple. Serius memang senang. Sebab basic jahitan je tu.
Untuk kain pulak, ira beli kain felt kat Daiso. Daiso tu banyak kat Jusco/AEON. Setiap barang Daiso ni harga dia RM5. Jadi, kain felt ni semeter saiznya, dan banyak pilihan warna. Untuk 1 meter kain felt tu, boleh dapat dalam 30 biji felt. Pandai-pandai korang nak ikut size camane. Ikut selera masing-masing.
Kat bawah ni beberapa contoh kain felt. Kain dia memang lembut. Felt ni kalau dah lama-lama pakai, material dia akan jadi kasar dan cepat berbulu.
*sumber google*
tengoklah, rambang mata sangat nak pilih warna-warna kain dia. Rasa nak beli semua je tau. Kalau kat Daiso tu, ada jugak jual kain felt yang bercorak-corak, jadi boleh la pilih ikut keperluan ye.
Untuk jarum dan benang, kita guna saiz jarum dan benang yang berbeza sikit dari jarum dan benang yang biasa.
*sumber google*
ni benang felt. Benang dia kasar sikit supaya dia nampak timbul-timbul bila dah jahit. supaya tepi felt tu nanti ada bentuk benang yang timbul dan kemas.
*sumber google*
kat dalam felt ni, kita letak kapas lembut. pemilihan kapas kena betul. bukan kapas yang macam dalam bantal baby tu. tapi kapas ni kapas padat. tapi bukan kapas yang guna untuk letak kat mayat ye. :P
*sumber google*
Then, dah ada benang, dah ada jarum, dah ada kain felt serta kapas, korang dah boleh start fikir bentuk apa yang nak dijahit. untuk bentuk, kena lakar atas kertas dulu baru lah korang lukis kat atas kain felt dan kemudian gunting cantik-cantik. Jangan senget benget tau, nanti tak cantik. Yang paling penting time nak gunting ni, gunting kena tajam tak boleh tumpul.
contoh yang ira buat camni. bentuk love yang dah dilukis kemudian digunting.
Sekarang, dah ready untuk jahit pulak kan? macam yang ira cakap, korang boleh cari video cara-cara jahit felt kat youtube. konfem banyak yang akan keluar.
waktu-waktu yang sesuai nak jahit, korang buat lah time free, time tengok tv dengan family ke, time tengah sembang-sembang dengan housemate ke. kalau majlis korang lagi sebulan, boleh buat sehari at least 5 biji. kalau seminggu dah dapat 25 biji. 4 minggu dah dapat 100 biji. kalau tenaga kerja ada 5 orang, sebulan dah boleh dapat 500 biji. hehehe.
ni hasil jahitan felt ira. hihi.
ira buat simple sangat. banyak kosong takde tampal-tampal. kalau ada yang dapat corak yang cantik, memang sangat beruntung laaaa. hehe.
so, kesimpulannya, dalam goodies ira ada keychain felt, ada tasbih mini, ada kerepek (kakngah sponsor), ada air kotak (mama sponsor).
kat bawah ni ira masukkan gambar-gambar yang ira amek dari google sebagai rujukan korang nanti. boleh pilih dan buat satu hari nanti ye.
*sumber google*
semua kat atas ni cantik kan? so kreatif tau. boleh try la nanti tau. kalau nak tahu bentuk lain, boleh dapat ilham dengan mengoogle sendiri. :P
sekian sahaja review goodies masa majlis pertunangan ira dan khaleel.
kalau sesiapa nak tempah felt dengan harga borong dan harga murah, boleh call/whatsapp/sms ira di nombor 0175151705. ira ada buat part time amek tempahan orang jugak.
selamat mencuba!
till then korang.
off keyboard.