Anak tengah tidur. Mak ada masa nak type panjang-panjang ni. Amaran keras dari mak, post ini memang panjang yang amat. Sila jangan meluat sebab ada adegan yang mesti korang fikir "elehhh tu pun nak bagitau" hahaha.
Okay. Sebelum tu, assalamualaikum semua. Salam jumaat. Ini kisah kekuasaan pertolongan Allah, kuasa zikir Nabi Yunus dan kuasa dari segala yang berkuasa yang memudahkan segala-galanya dari awal sehingga akhir. Ya Awwal Ya Akhir.
14 OGOS 2015
38 minggu 4 hari
38 minggu 4 hari
Hari-hari bangun tidur, kawan sekeliling yang mengandung dah selamat bersalin. Selalu aku tanya, "bila turn aku?" Akhirnya harini terjawab sebab dah keluar tanda. Orang tua-tua panggil tanda kembar darah. Tak sakit pun. Hanya ada darah yang keluar. Cepat-cepat buat keputusan nak balik Tangkak atau nak ke hospital terdekat. Akhirnya suami bagi kata muktamad "jom balik Tangkak sekarang jugak!".
15 OGOS 2015
38 minggu 5 hari
38 minggu 5 hari
Suami ajak ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. Cek di sana dan InsyaAllah bersalin juga di sana. Tanda kembar darah masih ada. Tapi sakit langsung tiada. Keputusan check up, tiada bukaan langsung hatta 1 cm pun. Legaaaa belum nak bersalin. Boleh makan banyak lagi, kata aku pada suami. Hihi.
16 OGOS 2015
38 minggu 6 hari
38 minggu 6 hari
Usai solat subuh, tiba-tiba rasa sesuatu. Aku yang tak pernah mengandung ni, tak tau apa itu sakit contraction, still rileks and makan brekfes banyak-banyak. Terasa kekerapan sakit pinggang memulas-mulas dalam 10 minit sekali. Perut pun sama memulas sepakat dengan pinggang. Ah sudah. Ini ke contraction?
Kami suami isteri ke Hospital Muar. Pergi ke sana bukan sebab nak hantar aku untuk bersalin, tapi sebab nak hadiri ceramah Rakan Mesra Bayi yang wajib kami hadiri kalau nak suami masuk sewaktu isteri bersalin. Sakit masih terasa tapi aku tetap tak nak suami gelabah. Duduk dalam kereta dengan tenang sambil bukak apps contraction timer untuk buat kiraan sakit yang aku tengah rasa.
2 petang
Ceramah habis. Aku mengadu pada suami kekerapan sakit masih 10 minit sekali. Suami punya cuak dah mengalahkan aku yang nak bersalin. Rileks la suami, saya yang akan push tau, bukan awak. Hehehe. Akhirnya aku serah diri pada doktor.
3 petang
Doktor cek, okay dah ada bukaan 2 cm. Lalu aku bagitau suami. Doktor suruh aku stay ward. Tapi masa ni rasa nak balik rumah sebab bukaan baru 2 cm. Aku dimomokkan and difahamkan kalau anak first tempoh bukaan serviks ialah 10 jam ke 12 jam. Anak first kan laluan takde lagi. Aku rasa nak gamble je balik Tangkak semula sebab nak makan cendol punya pasal! Tapi sebab dah kena masuk ward, aku pendamkan perasaan nak makan cendol. Suami berjanji akan bawak makan cendol lepas habis pantang. Lamaaaaanyaaa lagi.
4.30 petang
Masuk ward. Dah ada dalam ward 13 katil nombor 5. Kena tukar baju warna pink. Kena cucuk jarum nak pasang drip. Aku rileks je lagi walaupun sakit. Tapi masih boleh berlawak dan gelak-gelak dengan suami. So belum tahap sakit gila bak kata biras aku. Sebab mampu senyum lagi. Hehe.
6.30 petang.
Masa ni sakit tiba-tiba datang macam tak kasihankan tuan badan ni. Hahaha. Kekerapan rasanya dah 5 minit sekali. Suami masih setia kat sisi katil. Aku dah takleh duduk tenang. Takleh nak baring. Akhirnya bersila atas katil sambil zikir. Suami pegang tangan kuat-kuat time contraction datang. Aku rasa nak patahkan tangan suami sebab sakit sangat. Suami cuba hilangkan fokus aku untuk kurangkan sakit. Dia mula throwback zaman kami bercinta. Tapi aku tak layan. Contraction makin kerap mak datuk. Aku takleh layan suami punya throwback. Time ni dia tanya "nak mengandung lagi?" Laju aku jawab TAKNAK!
Suami punya peranan memang sangat diperlukan time ni. Syukur suami ada. Dia buat macam-macam untuk buatkan aku lupa yang aku tengah sakit. Dia ajar aku selawat. Zikir. Aku menangis sebab sakit. Nangis itulah sekali sebab suami suruh aku kuat. Sempat suami pesan untuk bagi motivasi "kalau awak bersalin dengan cemerlang, saya akan belanja trip honeymoon kita bertiga (termasuk baby)".
10.15 malam
Doktor cek bukaan. Okay dah 4 cm. Doktor nak tolak aku masuk labour room. Time ni macam-macam perasaan. Rasa nak cepat-cepat hilangkan sakit ni. Masa ni dah redha. Mind set pun cakap "redahhhhh je".
Sebelum masuk labour room, aku amek air selusuh yang suami dah buat sebulan yang lepas. Aku tak berani minum. Aku siram air tu dari perut sampai ke kaki. Aku niatkan supaya permudahkan proses kelahiran zuriat pertama kami. Sempat aku capai air zamzam dan minum 2 3 teguk.
10.30 malam
Dah ada dalam labour room. Salin baju bersalin. Diletakkan dalam bilik bersalin nombor 4. Time ni takde siapa-siapa boleh tenangkan aku. Suami tak dibenarkan masuk lagi. Sakit terasa macam seminit sekali. Ya Allah, masa ni ingat mati je. Peluh berjurai-jurai keluar. Zikir Nabi Yunus memang tak putus-putus. Tarik nafas dan hembus. Ahhh, nak suami! Dalam hati berazam taknak mengandung lagi. Nak suami saya masuk boleh tak nurse? Aku berkata dalam hati. Nak cakap pun dah tak boleh time ni.
Aku tak keluarkan bunyi. Tak nangis tak meraung tak menjerit macam bilik-bilik lain. Aku ingat Allah ada. Aku mintak pertolongan Allah supaya awalkan kelahiran bayi ini. Aku doa banyak-banyak. Aku rasa itu adalah doa aku yang paling tulus sepanjang aku hidup. Paling bersungguh dikala kesakitan dah capai tahap tak boleh hadap lagi.
Aku tengok jam baru pukul 11.00. Ya Allah lama lagi ke nak tempuh? Baru 4 cm ke bukaan aku? Kenapa sakit sangat?
11.25 malam
Aku terasa nak meneran. Terasa something nak keluar. Aku dapat rasa kepala baby dah nak keluar. Aku panggil nurse.
"Nurse nurse! Saya rasa nak teran dan rasa ada benda nak keluar"
"Tadi bukaan baru 4 cm kan? Jap saya cek"
"Saya rasa nak meneran sekarang nurse!"
"Eh bukaan awak dah full ni"
Masa ni Tuhan je tau betapa aku tak sabar nak keluarkan sesuatu. Rasa nak buang air besar pun ada. Tapi bukan nak berak.
"Nurse tolong panggil suami saya"
Aku nampak suami masuk. Dia datang terus ke sisi aku dan genggam tangan aku. Dia pangku kepala aku. Aku dengar dia ajar aku zikir. Zikir yang memang aku baca sejak dalam ward petang tadi. Kat telinga aku dia bacakan zikir sebanyak yang boleh.
Nurse dah ready nak sambut baby. Aku ikut cara nurse yang ada kat situ. Ada 2 orang nurse. Dia suruh push time sakit datang.
"Pandai awak push. Okay push lagi"
"Pandainya dia push. Lagi sekali push"
Aku pejam mata. Tangan suami aku rasa memang macam dah nak patah aku genggam.
3 kali push.
Maka lahir baby lelaki tepat jam 11.38 malam. Lega.
Aku rasa dahi aku kena kucup oleh si suami yang nampak sebak. Suami mintak izin nak azankan baby. Baby kat atas dada tengah menangis and diam tak semena-mena dikala suami azankan. Moment paling indah bagi aku. Syukur.
Sekarang aku percaya. Pertolongan Allah yang memudahkan aku dalam bilik bersalin. Tak sampai sejam dalam bilik bersalin. Tak lama nak tunggu bukaan 4 cm ke 10 cm. Push kali ke tiga baby dah meluncur keluar. Zikir Nabi Yunus yang mujarab. Yang memuntahkan bayi dalam perut sesenang Nabi Yunus dimuntahkan oleh ikan nun. Doa suami dan keikhlasan suami buat solat hajat. Doa ibu bapa dan adik beradik yang tak putus putus. Sokongan dari keluarga mertua yang tak jemu. Yang paling penting, kemaafan yang aku pinta dari suami bermula dari awal mengandung lagi. Ya, itu paling penting.
Suami kata muka aku terlalu nekad masa tengah push. Nekad nak keluarkan baby. Hahaha. Nasib baik dia tak kata muka aku macam orang kena sawan. Sekarang aku boleh claim hadiah yang dijanjikan, betul tak? Kihkihkih.
Betul la orang kata. Betapa kesakitan bersalin tu sangat luar biasa. Allah dah bagi limit sakit ini khas untuk wanita sahaja. Bukan untuk lelaki. Maka wahai lelaki, sesekali renunglah pengorbanan isteri untuk memberimu zuriat. Isteri pertaruhkan hampir keseluruhan nyawanya demi untuk anak dari benihmu. Bukan untuk sesiapa tapi demi kamu.
Fuhh panjang sangat ni. Nah pada mereka yang suruh share pengalaman bersalin. Ni lagi detail untuk kalian. Hehehe. Selamat bersalin pada mereka yang sedang tunggu hari. Ingat, Allah ada dengan kita. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan.
Tammat.
Eh, jap belum tammat rupanya. Nak jugak menempel sekeping gambar Redza masa hari pertama menjengah dunia.
Taraaaa!
Hehehe.
Dah bye.
Pesanan untuk anakku:
Buat Redza, jika Redza dah boleh baca kelak, hayati saat ibu melahirkan kamu. Zuriat pertama ibu, anugerah yang ternilai buat ibu dan ayah. Betapa ibu sangat bertarung nyawa, untuk melahirkan kamu ke dunia ini. Ibu sayang Redza Rafael!
Nota kaki
Post ini copy paste from facebook. Lama tak post entry. Dan nama Redza langsung takde dalam blog ni. Kiranya ni first time introduce anak sendiri kepada umum. HAHAHA. K.
No comments:
Post a Comment