Tuesday, 16 June 2015

Rezeki Allah. Rezeki yang paling agong. Rezeki yang tidak ada tolok bandingnya. Zuriat untuk suami.

Assalamualaikum.

Hai.

entry kali ni merupakan rentetan dari entry haritu. boleh jadi kisah kali ni sambung menyambung sebab yang haritu cerita sebelum aku kawin. betapa banyak songehnya aku bila takut tak boleh mengandung kan?

yang kali ini, merupakan sedikit kisah selepas kawin. lagiiiii banyak songeh yang orang lain tak boleh tiru bila engkorang dah kawin kelak. :P

seharusnya kena mulakan dengan ayat baik-baik. hahaha. sebelum start jauh and type panjang-panjang, aku nak remind sikit, mungkin entry ni ala-ala throwback gedik. tapi apa mahu risau? sebab ini blog aku, bukan blog orang lain bukan blog jiran hang, bukan blog pak hang or mak hang. so, takpe la kan kalau aku nak cerita apa pun? hahaha kbye hambar.

jom mula dengan throwback pertama.

20 Disember 2014 - 21 Disember 2014

Masa ni baru 3 minggu lebih jadi isteri orang. Dah duduk rumah sendiri sesama, memang mengada-ngada jela kerja harian aku. Lagi-lagi bila suami jenis melayan, yela kalau tak layan isteri merajuk, isteri akan jadi over mak nenek. puas jugak suami nak pujuk sampai aku okay. hihihi.

setiap kali hujung minggu, kitorang suami isteri tak reti duduk rumah (sama ada berjalan atau balik kampung). jadi minggu ni stay je kat rumah sebab nak kemas rumah kononnya. tapi sepanjang hari kat rumah, aku rasa perut aku sakit sangat-sangat. sakit sampai ke malam. sakit yang mencucuk ala-ala macam nak period. tapi sakit ni datang sekejap-sekejap. jadi aku abaikan je sebab aku patutnya period beberapa hari yang lepas. aku fikir mungkin sakit sebab nak datang bulan. sebab kalau ikutkan aku dah terlewat 4 hari.

malam tu, aku rasa cramp kat bahagian perut. aku mengadu kat suami dan suami kata sebab aku nak period. so, aku duduk dediam (terasa kecik hati sebab suami tak tanya banyak. macam tak kisah je aku sakit? hmmm). Masa tengah kemas-kemas rumah, aku terfikir, kenapa nak sensitif sangat kalau khaleel tak tanya banyak pun? perlu ke nak terasa hati? hahaha. sejak akhir-akhir ni, aku memang sensitif betul. so, aku memang rasa aku dalam peringkat hormon yang tak stabil. bila-bila masa bendera merah nak naik la ni kot. kena bersedia jela bila-bila masa.

so habis macamtu je. dalam hati berharap sesuatu sebenarnya. tapi masih terlalu awal kot. so simpan sorang-sorang apa yang aku fikirkan. suami ni tak syak apa-apa ke? T_T

22 Disember 2014 - 24 Disember 2014

puas aku tunggu period ni tak datang-datang. dah macam tunggu apa je. hahaha. saban hari jugak aku mengomel kat suami

"yang, sedihnya"
"sedih kenapa?"
"sedih sebab dah period"
"laa, kenapa nak sedih?"
"sedih la sebab tak pregnant lagi"

hahaha masa ni aku rasa loser gila sebab macam budak-budak. merengek tak habis-habis pagi petang siang malam sampai suami geram kot? :P

"betul ke awak period?" suami tanya. nakkan kepastian sebab aku semayang macam biasa je.
"tak la. belum lagi..tapi.. rasa macam nak period"
"laaaaa awak ni sayang, ingatkan dah period"
"belummm tapi saya rasa tak lama lagi ni saya period"

lalu suami diam. (malas nak layan lettew)

so benda-benda macamni berterusan beberapa hari. aku asyik cakap benda-benda yang menjengkelkan sanubari suami (memandai je aku, padahal khaleel sikit pun tak jengkel :D).

23 Disember 2014, aku and suami balik kampung. sebab esok petang keluarga mertua ajak ke Port Dickson untuk bercuti dan hari krismas 25 Disember nanti ada family day belah suami kat sana.

period masih tak datang. aku masih lagi rasa macam sakit nak period. untuk pengetahuan, aku memang tak pernah kena senggugut, jadi bila rasa sakit cucuk-cucuk di tambah dengan cramp tu, aku dengan yakin rasa yang aku mungkin sedang senggugut. sebab taktau rasa senggugut, aku buat assumption bahawa sakit yang aku rasa tu merupakan tanda-tanda awal aku nak kena senggugut.

lalu aku teringat tentang satu perkara. masih segar ayat sorang kawan ofis lama.

dia cakap, kalau sebelum kawin zaman anak dara trang tang tang kita tak pernah senggugut, bila dah kawin automatik akan kena senggugut. so aku jadikan nasihat dia tu sebagai sandaran dan sebab musabab apa yang aku tengah rasa time tu.

sebenarnya, masuk harini, dah 8 hari period aku delay. aku teringat jugak orang pernah kata (tak habis-habis aku dengar nasihat orang yg entah betul ke entah tidak hahaha), teringat orang pernah kata, bila dah kawin, secara tak langsung hormon kita berubah, jadi waktu period kita pun akan berubah sekelip mata. mungkin cepat atau mungkin lambat. so, bila delay 8 hari tu, aku tak risau sangat sebab teringat apa yang orang tu kata.

tapi diam tak diam, jauh di sudut hati aku sebenarnya, aku harapkan berita baik kalau aku tak period ni. aku harapkan something yang semua orang dah kawin nak dengar. so, senyap-senyap aku google tanda-tanda awal kehamilan (tanpa pengetahuan suami sebab malu kalau suami tau kihkihkih). aku google dan terkejut sebab apa yang aku rasa tu samaaaa sangat dengan apa yang diceritakan dalam tanda awal kehamilan seseorang.

aku bukak forum yang ada kat dalam website babycenter.

lalu aku bacakan pada suami (automatik tak jadi rahsia dah, biasalah tu, antara aku ngan khaleel mana ada rahsia kahkahkah), aku bacakan dia tanda-tanda awal kehamilan yang panjang berjela tu. aku taktau la masuk kat kepala dia ke tak sebab dia angguk angguk je. hahaha.

aku cakap dengan suami sebelum pergi family day nanti, aku nak beli UPT. tapi suami taknak sebab dia kata terlalu awal. suami kata jangan stress sangat fikir pasal ni sebab baru sangat kawin. aku tak putus asa sebab naluri aku kuat mengatakan ada sesuatu kat badan aku. so aku pujuk lagi and ajak dia pergi guardian. akhirnya suami termakan pujukan hahahaha. jadi, aku beli sekotak UPT jenama Dip 'n' Tell (sebelum beli aku review dulu pendapat orang mana yang baik and bagus. yang penting aku nak murah-murah je kihkihkih).

balik rumah mak mertua, eksaited sangat nak try sebenarnya. tapi aku tahankan hati sebab orang kata nak test upt ni, lagi digalakkan guna urine pertama lepas kita bangun tidur. jadi, aku simpan je dalam handbag sebab niat kat hati nak try bila dah sampai PD nanti.

petang tu siap-siap satu family gerak ke port dickson. yang paling penting sekarang, aku rasa berdebar-debar sepanjang dalam kereta. tak tahu sebab apa dan macam biasa lah, aku ignore je perasaan ni.

25 Disember 2014


Harini bangun pagi kat Port Dickson. best sangat sebab terasa angin sejuk (mungkin air cond atau mungkin sebab dekat dengan pantai). bangun pagi, benda pertama aku cakap kat suami

"awak, saya nak try upt pagi ni"

suami angguk dan terus solat subuh. dalam hati aku berdoa kuat supaya keputusan menggembirakan. aku mintak suami doa sekali.

aku masuk bilik air, kat luar mak mertua and ayah mertua tengah tengok tv. dalam hati "alamak awalnya mak and ayah bangun". padahal masa tu dah pukul 6.30 pagi. kalau ikutkan takdelah awal mana sebab subuh pun dah awal sekarang.

masuk bilik air dengan penuh debaran. tapi aku dah pesan siap-siap dengan diri sendiri, kalau negatif jangan kecewa. kalau tak seperti yang dijangka, jangan nak menangis atau apa sekalipun. aku teringat suami kata "jangan mengharap sangat, saya takde masalah pun kalau kita belum dapat rezeki baby lagi". masa tu macam-macam yang aku fikir. perasaan berharap dalam masa yang sama berserah sepenuhnya pada Allah. kalau betul bukan rezeki aku, kenapa nak bersedih kan? ada orang kawin sampai 10 tahun belum dapat zuriat lagi. aku ni belum sebulan lagi, takkan dah nak give up? betul tak?

first time guna upt, agak terkial-kial jugak. tapi nasib baik ada instruction. memang senang faham walaupun pertama kali nak bukak and baca. dalam pada terkial-kial tu, sempat aku fikir, "kenapalah aku beli yang murah punya? kenapa tak beli yang clear blue, at least aku tau dah berapa minggu kalau keputusan positif". sempat jugak aku demand kan. tapi takpe, biarkan murah janji tepat. aku bukak kotak dan baca arahan sampai faham. dalam kotak tu ada dua test stick, ada sekeping kertas instructions dan ada sebekas cawan plastik untuk kita kumpul air kencing dalam tu.

yang macamni aku beli.
harga masa ni aku tak ingat berapa. tapi sebab ada dua stick dan katanya seawal satu minit dah tau result, aku ambil jugak brand Dip 'n' Tell. walaupun banyak je pilihan lain. :) ikut bajet masing masing la senang cite. :D

okay, dengan penuh hati-hati aku guna. walaupun tak pasti betul ke tak cara yang aku buat. hehe.

tunggu keputusan upt ni macam tunggu keputusan spm. 10 saat, 20 saat, 30 saat, 40 saat (masa ni aku pejam mata).

tiba-tiba aku nampak upt tu berubah. mula-mula satu line. bergetar hati aku, menggigil nak tengok lagi satu line yang tiba-tiba muncul. pekat dan jelas. aku nampak double line. aku angkat stick tu dan tengok dekat-dekat. ye, memang ternyata ada dua line kat situ.

Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah

aku pregnant!
betul naluriku selama ini. kuat instinct aku.

Ya Rabbi, terima kasih sebab berikan aku rezeki yang paling bermakna dalam hidup aku.
belum sebulan usia perkahwinan kami, dan aku sudah dikurniakan rezeki paling besar ini. aku speechless, puas aku tahan air mata supaya tak menangis kat dalam bilik air tu. (memang sedih terharu)

Allahuakbar Maha Suci Allah.

aku zikir nama Tuhan yang menjadikan makhluk dalam perutku ini.
aku rasa terharu, nak menangis pun ada. aku senyap-senyap dalam bilik air. cepat-cepat aku ambil wuduk, sebab aku belum subuh lagi. and aku takut orang tunggu kat luar sebab nak guna bilik air. homestay kami ada satu bilik air je masa ni.

aku masuk bilik tidur semula, suami ada atas katil. tengah scroll timeline twitter. aku datang kat dia, dan senyum-senyum. aku cakap dengan nada yang sangat teruja tapi perlahan. cukup untuk suami je yang dengar.

"awak, upt positif, ada double line"

suami terkejut. pandang aku untuk dapatkan kepastian sebab dia ingat aku main-main. aku tengok dia macam tak percaya, lalu aku tunjuk upt stick tu.

"tengok ni" kata aku sangat teruja!


Suami tengok aku, aku tengok muka suami.

"Alhamdulillah" kata suami sambil tadah tangan and spontan raup muka. 

aku bahagia. bahagia tengok reaksi suami. aku tak boleh peluk suami ketika ini sebab tengah ada air semayang. 

aku cakap, "saya mengandung anak awak" rasa macam tak percaya.

suami gelak. aku tengok jam dah pukul 6.45. cepat-cepat aku pakai telekung. tak sabar nak ucap terima kasih pada Allah yang memberi rezeki.

aku solat subuh. lama aku sujud menandakan betapa bersyukurnya hati.

Terima kasih Allah. aku tahu aku insan bertuah. aku janji aku akan jaga zuriat ini dengan baik sehingga aku melahirkannya.

selesai solat, aku terus peluk cium suami. kami sama-sama seakan tak percaya dengan rezeki seawal ini. hati aku terlalu bahagia.

pagi itu jugak, aku call abah mama kat tangkak. aku call kakngah. aku bagitau adik-beradik aku. semua seakan tak percaya. aku tunjuk gambar upt baru semua percaya. hahaha.

aku dan suami keluar bilik, terus bagitau mak ayah mertua yang tengah tengok tv.

mak mertua spontan tarik aku and peluk erat-erat. ucap tahniah and cium pipi aku. terharu betul. rasa nak menangis. hehe.

kemudian, start 25 Disember 2014 ni, bermulalah segala-galanya. bermula detik yang aku tak terjangkau dek akal akan alami seperti ini. bermula satu pengalaman baru. bermula saat menjadi seorang yang menerima pelbagai cabaran dalam tempoh mengandung. bermula jadi seorang bakal ibu yang serba tak tau. makin banyak aku baca mengenai kehamilan, makin banyak yang aku tak tau.

ketika ini, saat ini usia kandunganku dah 30 minggu 3 hari. ALHAMDULILLAH aku survive dengan segala bentuk morning sickness (boleh refer post aku yang lama pasal pengalaman morning sickness yang agak teruk jugak).

sekarang aku sedang membesar dengan jayanya. badan dah mengembang, baju dah tak muat, jalan pun dah mengah, kaki sakit kalau jalan lama, cakap bebanyak cepat semput. hahaha. berat naik sampai dah cecah 71kg. Ya Tuhan!

berat gila kan?

tapi takpelaaaa. bila lagi nak merasa berat macam baymax kan?

kihkihkih.

till then. :)

p/s: oh ya. esok masuk bulan mulia iaitu bulan Ramadhan. Harapnya aku mampu puasa penuh sebulan tanpa ada sebarang masalah. kena selalu cakap ngan baby yang ibunya ni nak puasa penuh. kena sedia mental fizikal. dan paling penting, kena doa pada Allah supaya aku tak lapar melampau.

Syahira BOLEH!

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga puasa kita kali ini membawa seribu satu rahmat untuk kita dan keluarga. Aminn Ya Rabbal Alamin.

:)

No comments:

Post a Comment