Sebenarnya perjalanan nak menuju kebahagiaan iaitu mendirikan rumah tangga ini banyak benda yang perlu dibuat. Bukan cakap "nak kawin", dah terus kawin. Bukan cakap "aku nikahkan dikau dan aku terima nikahnya" sahaja semata-mata.
Banyak benda nak kena lalui. Salah satunya permohonan untuk bernikah.
Bagi yang dapat pasangan jauh, selalunya ambil masa lama untuk selesaikan. Kalau boleh 3 bulan awal dah kena siapkan. Bagi yang dapat pasangan dekat, contohnya macam ira ni, prosedur nak buat permohonan untuk bernikah ni kalau boleh perlu diselesaikan dua bulan sebelum. Ada yang kata sebulan sebelum pun boleh. Tapi bagi ira, ira malas nak pening-pening kepala. Kita buat mana yang penting dulu.
Kenapa penting? Sebab kalau takde ni, tak boleh nak bernikah dari segi undang-undang Malaysia ni. Tapi dari segi syarak, kalau dah ada lafaz akad nikah tu, maksudnya pernikahan tu sudah sah dan cukup serta sempurna. Sebab kita duduk di negara yang ada undang-undang, jadi kita perlu follow bukan sesuka hati sahaja. Ok?
Kat Johor, untuk permohonan bernikah sekarang dah melalui online sahaja. Tapi, at first, kena pergi jugak Pejabat Agama untuk tanya soalan-soalan penting yang basic. Macam ira ngan tunang ira haritu, pergi dulu pejabat agama and dorang bagitau bila waktu sesuai untuk kitorang datang lagi untuk buat permohonan.
So, haritu, kami datang untuk kali kedua ke pejabat agama Tangkak, iaitu kat Masjid Besar Tangkak, datang untuk dapatkan borang nikah. Tapi, terus staf yang bertugas bagi kami brochure guideline untuk isi secara online.
Okay, jom kita tengok apa langkah-langkah yang ada dalam brochure tu. Tap kat sini ira just ringkaskan je. Nak tau detail boleh baca sendiri brochure tu sampai faham.
1. Kena bukak website e-NCR dulu. Klik sini. Dan nanti akan keluar seperti di bawah:
2. Bila dah create account, dia akan keluar nama kita, alamat kita, no IC kita dan dia akan bagitau status kat situ belum diaktifkan. *sorry takde gambar sebab time ira tulis entry ni, status borang ira ni dah aktif*
3. Tunggu sampai akaun korang diaktifkan. Kalau korang nak cepat, boleh call pejabat agama seperti dalam senarai yang dia dah bagi right after korang daftar akaun tu. *macam ira, ira punya akaun hampir dua minggu baru aktif*
4. Bila akaun dah aktif, baru boleh isi apa yang patut seperti yang di minta dalam setiap borang online tu. Tapi sebelum tu, kalau yang baru pertama kali kawin, haruslah kena pilih permohonan baru kebenaran nikah. Tekan link pertama sekali macam gambar kat bawah.
5. Lepastu, klik dekat permohonan baru.
6. Kemudian, isi borang yang disediakan mengikut apa yang diminta.
a. maklumat pemohon
b. maklumat pasangan
c. maklumat perkahwinan (tempat nikah, tarikh nikah)
d. senarai semak wali (bapa kandung bagi yang ada bapa. kalau yang takde boleh pilih senarai banyak-banyak wali dalam borang tu)
e. wakalah wali (bagi yang takde wali dan nak ada wali hakim dsb sebagai wakil)
Kemudian, bila dah isi, tunggu status permohonan. Kena print semua dokumen yang dah dilengkapkan kemudian kena hantar ke pejabat agama bersama-sama dengan keputusan ujian HIV test, surat akuan bujang dan sebagainya.
Oh, by the way, ira baru je isi borang ni semalam. Dan status dia masih dalam semakan.
Itu sahaja panduan untuk hari ini. Kalau tak faham jangan tanya ira, boleh tanya terus pejabat agama atau pejabat kadi daerah masing-masing k? HEHE.
Till then
:)
*hiv test belum buat lagi. insyaAllah bulan 10 baru pergi sama-sama dengan tunang ira.
No comments:
Post a Comment