Assalamualaikum.
Masih belum terlambat untuk ira ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin untuk anda semua.
Hari raya ira tahun ni sangat-sangat sederhana. Walaupun secara sederhana, rumah ira masih menerima kunjungan saudara mara yang jauh hampir setiap hari. Kalau nak dikira, dalam sehari tu mesti ada 3 atau 4 buah kereta datang beraya. Tetamu tu kan penjemput rezeki.
Setiap tahun raya, masakan tradisi kami ialah sate goreng, rendang ayam, kuah lodeh, nasi impit. kuah kacang dengan ayam masak merah. Kalau takde semua ni, memang rasa tak lengkap raya kami sekeluarga. HEHE.
Untuk tema raya, ira sekeluarga pakai warna pastel iaitu warna peach orange lembut. Lebih kurang warna macam shawl ira waktu ira bertunang haritu. Sorry sebab tak dapat upload gambar sebab gambar semua dalam henfon kakngah and amad. Gambar kat henfon ira sangat sikit. And majoriti gambar selfie ira sensorang je. Kihkihkih.
Pagi raya, lepas abah and amad solat raya, kitorang macam biasa, yang perempuan akan sediakan lauk raya untuk makan sama-sama. Yang selalu setelkan bab ni ialah kakngah dan mama. Ira dengan adik-adik perempuan lain biasanya akan tolong sediakan pinggan mangkuk atau vakuum rumah sebelum ada tetamu lain datang.
Tahun ni, raya pertama kami sangat cepat masa berlalu. Lepas makan baru ada sesi salam minta maaf and sesi bagi duit raya. Puas hati kan bila kita dah kerja and dapat bagi duit raya kat family kita?
After that, macam raya-raya sebelum ni, ira and keluarga akan habiskan masa seharian kat kampung sebelah abah di Chohong. Memandangkan atuk sendiri dah takde, so kitorang akan beramai-ramai beraya kat rumah atuk-atuk sedara yang majoritinya menetap kat Chohong. Memang dah jadi tradisi kami melawat mereka pada hari raya pertama dari siang sampai ke malam. Lepas habiskan beraya dalam 7 8 buah rumah, barulah kami balik semula ke Tangkak. Biasanya malam raya pertama tu takde sesiapa datang. Tapi, petang maghrib tu, sedara ira sebelah arwah emak datang beramai-ramai. Happy sesangat malam tu sebab dah lama tak jumpa dorang. So, malam tu berhempas pulas masak sesama ngan kakngah untuk jamu tetamu yang datang.
Untuk raya kedua, ira and family biasanya akan stay kat rumah je sebab time-time camni memang ramai anak-anak buah sebelah mama datang melawat dan beraya. Raya kedua memang ramai orang berpusu-pusu datang dari pagi sampai ke malam. Khaleel and adik beradik dia datang jugak petang tu. Time tu kebetulan kak inah anak pak lang Besout pun datang dengan suami dia. Abah masak mee sup masa khaleel datang. Kemain banyak kali dia puji mee sup abah sedap. Nak bodek abah lettew. :P Masa khaleel balik tu, dia ajak ira beraya dengan family dia ke rumah tok busu dia. So, petang raya kedua ira ke Sengkang, Bukit Gambir dengan family khaleel. A bit okwed sebenarnya, tapi kena jugak biasakan diri sebab suatu hari nanti dah nak jadi sedara jugak kan. :)
Malam raya kedua, kak ina dengan family datang beraya dan tidur rumah kami. Habis cerita raya kedua. :D
Esoknya raya ketiga, memang dah plan nak beraya ngan khaleel. Walaupun tak lama tapi at least ada jugak beraya sama-sama sebagai tunang. HIHI. So, after zohor, khaleel amek kita and bawak g beraya rumah sofea, norin, rafi salehuddin and last sekali rumah ita. Walaupun 4 buah rumah je, tapi moment tu yang penting tauuuu. Time beraya ngan khaleel, ira pakai baju tunang ngan tudung bawal. Simple gila iols kan.
Dan pada hari raya ke empat, iaitu hari ini, ira sedang menaip-naip kat keyboard ofis update entry raya ira. Sedihnyaaaa hari ni Tuhan je tahu. Rasa taknak balik KL je tau. Nasib ada khaleel. Kalau tak dah meraung-raung meroyan macam orang tak betul. Tadi pun puas nak ajak khaleel amek MC, tapi dia taknak. HAHAHA.
So, sekarang ira nak bagitau yang ira dah mula bekerja macam biasa. OMG, tak sangkanya kita yang sedang gigih berada di ofis sedangkan kat rumah ira family semua sedang bergembira di hari raya lagi. NANGIS. :'(
bye.
kita takde mood.
tapi entry tetap panjang.
nampak tak permainan dia?
nak balik lagi hujung minggu ni.
tp malas betul naik bas.
tapi nak balik.
huwaaaa!!!
byeeee bebetul!
*nangis dalam toilet ofis*
No comments:
Post a Comment