Friday, 15 August 2014

Pencarian Kad Kawin

Assalamualaikum.

Amboi kemain tajuk. Pencarian kad kawin macam nak mencari anak atau suami yang hilang. HAHA.

To me la kan, kalau nak memilih kad undangan perkahwinan sebenarnya kena betul-betul. Taknak gambar kartun, taknak gambar macam budak-budak, taknak gambar yang lovey dovey tu. Kalau boleh simple yet elegant. Sebab tu, frankly speaking, ira sangat cerewet jugak bab cari kad kawin ni.

I tell you what, lagi 3 bulan nak kawin, ira belum tempah kad kawin lagi. Like a boss kan. Patut la mama ira kata ira ni macam rileks je tak nak kawin. Hahaha.

Sebenarnya ira dengan tunang dah banyak survey kad-kad kawin online and dah pergi sendiri kedai kad kawin yang terdekat. Macam haritu, kitorang naik teksi pergi ke beberapa kedai kad kawin kat Jalan Pudu and Jalan Brunei yang menjadi sebutan ramai bakal-bakal pengantin. Sampaikan ramai yang cadangkan kalau nak cari kad kawin, boleh pergi sana sebab dapat murah and pelbagai jenis.

Tapi, bila ira pergi sendiri tengok dengan mata kepala ira ni, ira rasa macam tak berminat dengan kad kawin kat situ walaupun banyak pilihan. First kedai yang kitorang masuk, ada sorang customer tengah mengamuk jerit-jerit kat staf kedai tu sebab dia dah nak kawin bulan depan ke minggu depan ke entah ira lupa, tapi kad kawin dia still tak siap-siap. Boleh pulak ira busybody dengar apa yang berlaku kan. haha. Tapi, of course ira akan reject kedai tu awal-awal sebab mula-mula je dah nampak kelemahan servis dia.

Ada satu lagi kedai yang sangat famous. Bila ira masuk, tak terasa macam dipelawa pun. Staf ada 2 je. Tapi sorang staf tengah menghadap PC and sorang lagi tengah layan customer lain. Agak lama kitorang tunggu tapi staf yang tengah layan customer lain tu je yang sekejap-sekejap datang kat kami untuk tanya kad kawin camane yang kita nak. Sebabkan layanan serupa tak layan tu, ira pun ajak khaleel keluar and cari kedai lain. Yang peliknya, kalau dah tau kedai awak tu memang laku, kenaaapaa la tak hire ramai-ramai pekerja supaya customer tak rasa macam ira rasa.

Bagi ira, walaupun ramai yang membeli kat situ, tapi dari segi layanan tak bagus, ira memang akan reject awal-awal sebab ira tau kalau jadi camni akan datang susah kita nak berurusan. Takut kad tak siap dalam waktu yang dijanjikan sebab terlalu ramai customer yang buat tempahan kat mereka.

Kedai lain yang ira ngan khaleel masuk, mak datukkk pakej dia sangat sangat sangat sangat mahal. Kad biasa yang orang lain jual sekeping 30 sen, tapi kedai tu jual sekeping 55 - 60 sen. Dah macam standard harga kad eksklusif hot stamping. Bila masuk kedai ni, buatkan ira rasa, baik ira buat kad sendiri, rasa macam membazir sangat-sangat kad kawin kalau beli mahal-mahal. Bukan nak puaskan hati sesiapa pun kan? Lagipun orang akan dapat and mungkin simpan sekejap dan buang selepas dah habis kenduri tu. Betul tak? Jadi, ira dan khaleel pun keluar dengan perasaan yang macamni "ya Allah sayang, penatnya nak jalan lagi".

So, jalan lagi sampai dah penat. Sebab time tu tengah puasa, tak banyak kedai yang kitorang dapat survey. Last-last ambil keputusan untuk balik dan buat tempahan secara online.

"Haaa, kan senang buat online. Kan saya dah cakap" - khaleel bebel. hahaha.

Tapi sebenarnya, haritu dah bincang dengan khaleel, ira nak jugak tempah kad kawin kat kedai supaya dapat tau kualiti kad yang kita nak tempah tu. Supaya boleh rasa and boleh bincang jenis camane yang kita nak sebelum buat apa-apa bayaran. Sebab benda ni semua penting supaya tak rasa ralat atau terkilan kalau tiba-tiba kad kawin yang kita tempah tu indah khabar dari rupa. *nasiblaaa khaleel dapat bakal isteri yang cerewet gila cam ira* :P

Puas survey kedai kad kawin mana yang berikan servis yang terbaik. Last-last, jumpa satu kedai. Kawan ofis ira yang rekemenkan. Nama kedai ni kadkahwinku.com.

Mereka sedang buat promosi pada sesiapa yang buat tempahan pada bulan ramadhan sampai bulan syawal. Sebab tu ira dengan khaleel plan nak pergi hari Sabtu ni untuk tempah terus and taknak tangguh-tangguh lagi. Senang sikit boleh pangkah to-do-list dengan penuh bangganya bila dah setel yang ni.

Fyi, masa scha dengan awal kawin, dorang pun tempah kad kawin mereka kat kedai kadkawinku.com ni. Tapi ira takdelah nak tempah kad kawin grand meletop macam dorang. Ira tempah kad biasa-biasa je. Hehehe.

Nanti ira update kad kawin yang ira tempah dalam next entry. Just wait and see ye! :)

Off dulu. Rasa pening lalat tak semena-mena.

Bye.

:D



No comments:

Post a Comment