Friday, 22 August 2014

Bagaimana Khaleel dan Syahira bertemu - Part 1

Assalamualaikum.

Okay, sempena lagi 99 hari bakal bergelar surirumah dan surihati khaleel husaini, ira mempersembahkan sebuah cerita throwback how I met khaleel husaini as my future husband. gitteww.

Camane kau kenal dia ira?

Okay, camane kenal ye? Sebenarnya ira kenal seorang yang bernama khaleel husaini sejak sekolah menengah. Sejak tingkatan 1 lagi dah wujud depan mata ira. Tapi kami berbeza kelas. Dia kelas pertama dan ira kelas kedua. Khaleel budak pandai sebab UPSR 5A. ira biasa-biasa je sebab tu dapat kelas kedua. And kalau nak tau, khaleel sebenarnya dapat masuk Sekolah Sains Kluang. Tapi sebab tak biasa duduk asrama and nak duduk bawah ketiak mak, dia keluar asrama dan masuk sekolah ira pulak. Nama sekolah ira ialah Sekolah Menengah Ledang. Dan kebetulan, mak dia cikgu sekolah ira sama jugak dengan abah ira. So, ira kenal dia as anak cikgu sekolah tu je. Tak kenal pun rupa perangai dia camane. Kiranya ira tak berkenan langsung nak ambik tahu lebih lanjut pasal khaleel time sekolah. huahuahua.

Setel bab camane kenal. Senang je kan kisah ira kenal khaleel. Tak perlu nak salah nombor telefon la. Kena shake and look around kat wechat la. Takpun nak kena terlanggar kat library kolej la. kihkihkih.

Tak payah semua tu. Percaturan Allah semua ada hikmah disebaliknya. Kalau khaleel tak keluar asrama, maybe ira tak kenal siapa mamat ni, dari mana dia datang, siapa keluarga dia, camane perangai dia and macam-macam lagi la.

Next soalan?

So, kau bercinta dengan dia sejak sekolah menengah ke? Gatalnya kau!

Ira dah agak dah soalan ni. HAHAHA. Walaupun ira kenal dia sejak ira sekolah menengah lagi, tapi kami TIDAK TIDAK TIDAK NEHI NEHI NEHI bercinta time sekolah. Sebab time ira sekolah, ira langsung takde perasaan kat khaleel. Ira jarang dan boleh kira dengan jari waktu-waktu ira bercakap dengan dia (rasa macam tak pernah berbual langsung kot). Ira tak pernah terasa nak kenal siapa khaleel ni walaupun tingkatan 2 dan tingkatan 3 kitorang dah sama kelas. Ira siap tak rasa langsung kewujudan dia dalam kelas sebab dia macam stok-stok budak baik. Ira pulak budak nakal siap letak paku tekan kat tapak kasut. KAHKAHKAH. Mangkuk ayun betul. Camane ira boleh terjebak macamtu sekali? Dasyat! Memalukan negara. Ciskek! taknak ingat dah! :P

Lepastu, tingkatan 4 dan 5, kebetulan kami dapat sekolah teknik yang sama cuma masing-masing dalam kos yang berbeza. Dia dapat kejuruteraan awam dan ira pulak dapat sains pertanian. Oh, kami tak plan langsung nak mintak sama-sama. Dan ira sebenarnya berbelah bahagi nak pergi teknik sebab rasa sedih nak tinggalkan kawan-kawan sekolah ledang. Plus, ira time tu aktif kelab tarian dan dalam proses nak masuk pertandingan tarian peringkat daerah. Rasa terkilan sebab kalau pindah sekolah bermaksud tak boleh join tarian tu. sedih to the max Tuhan je tahu. Tapi sebab kehendak abah, ira pergi jugak sekolah teknik dalam rasa hati yang sangat berat.

Oh well. Time kat teknik ira memang tak berhubung langsung dengan khaleel hatta sekali pun. Walaupun satu kampung, masing-masing buat tak kenal. Padahal kalau balik tangkak, boleh je ira tumpang dia dan dia pulak tumpang ira kan? Serious, ira tak rasa langsung dia seorang yang penting dalam hidup ira sebabtu tak ambik tahu apa-apa pasal khaleel. Kalau terserempak kat sekolah pun takde rasa nak bertegur sapa sebab macam tak perlu kot. kihkihkih.

So, memang tak bercinta time sekolah kesimpulannya ye. Faham tak? :P

Kalau camtu, bila start kau suka khaleel or khaleel suka kau?

Malu nak jawab. hehe. Banyak liku dan dugaan sebenarnya sebelum terjalin hubungan serious. Panjang nak cerita, tapi takpe ira akan ringkaskan selagi boleh. Sila expect lebih dari satu perenggan untuk soalan ini ye. haha.

Sebenarnya ira dengan khaleel start serious bila ira dah habis belajar. Okay, camni. Jangan keliru. Lupa nak bagitau yang ira sambung degree kat UKM manakala khaleel pulak sambung degree kat UiTM Shah Alam. Dan dia punya tempoh belajar lama sikit berbanding ira. Jadi, tahun 2011 ira dah habis belajar. Khaleel habis belajar tahun 2012.

Dan lupa jugak nak cerita, lepas habis sekolah menengah, ira dapat nombor telefon khaleel ni daripada salah sorang kawan kelas ira iaitu mokjau. Start dari situ, ira message dia benda-benda ringkas je. Contohnya, ajak konvoi raya dengan kawan-kawan sekolah, atau tanya pergi jemputan kawin atau tidak atau tanya balik cuti semester atau tak. Jenis-jenis message yang tak penting langsung. Khaleel pulak kalau message ira, jenis message yang tiba-tiba bagi statement. Contoh, "aku nak g langkawi ni, nak kirim coklat?", ataupun tetiba tanya camni "nak kirim jeruk salak?" dan jenis camni "aku ni kan, geram dengan kawan aku. dah la ajak makan, bila tanya nak makan mana, semua senyap tak jawab. tp bila dah sampai kedai makan, semua buat muka". Haaa, khaleel punya cara memang takde perasaan camni. Tetiba je nak message tanpa diundang. HAHAHA.

Hampir bertahun-tahun lamanya kami berhubung ala kadar dan tidak menyimpan apa-apa perasaan. Sejak dari 2006 - 2011 berbalas mesej tanpa terbit rasa cinta walau sekelumit pun. Tapi semuanya berubah apabila Allah Yang Maha berkuasa yang memegang hati kita ini telah terbitkan suatu perasaan pada ira untuk punyai perasaan aneh iaitu rasa inginkan khaleel sayang pada ira SEORANG dan bukan orang lain. Selama 6 tahun hanya anggap sebagai kawan, tapi sekelip mata hati berubah apabila mula tertawan dengan sikap khaleel yang takde pada lelaki lain. Susah ira nak describe camane khaleel kat mata ira. Tapi dia bukan lelaki yang ambil kesempatan. Dan dia bukan lelaki yang senang nak dekati perempuan. Dia lelaki yang mahal yang boleh ira describe. Ira rasa terpesona dengan personaliti yang dia ada. Personaliti camane? Yang tu susah nak describe. Susah macam nak jawab soalan kimia masa SPM. kakaka.

Soalan dia bila start suka kan? Start suka bila dah terlalu kerap message tapi hujung-hujung tahun 2011 baru ira realize yang ira suka khaleel bukan sebagai kawan sahaja, tapi lebih dari itu.

Kenapa kau suka khaleel time tu?

Habislahhhhh.. kalau dia baca ni konfem dia suka and sengih-sengih macam kerang busukkkk. :P

Okay jom cekidout kenapa. Jangan gelak ea! Janji?

1. Sebab dia ego. Ira rasa dia ego sebab dia tak layan perempuan baik-baik macam lelaki lain yang jenis sweet talker nak mengorat macamla ira tak tau.
2. Sebab dia budak pandai. Ira suka lelaki pandai sebab nak keturunan ira semua pandai-pandai.
3. Sebab dia pakai spek. HAHA. Ira suka lelaki pakai spek. Taktau kenapa. kihkihkih.
4. Sebab dia layan mak dia baik-baik. Kemana je dia pergi memang sentiasa berdua dengan mak dia. Dulu abah selalu terserempak khaleel dengan mak dia kat kedai makan. Berdua dan nampak sangat rapat. So, ira rasa one day, pasti dia layan isteri dia macamtu jugak.
5. Sebab dia bukan lelaki yang melepak. Bukan keluar malam semata-mata nak lepak dengan kengkawan.
6. Sebab dia tak merokok. Ira tak suka lelaki merokok sebab ira sendiri boleh pening kalau bau rokok.
7. Sebab ira akan jadi his first love and insyaAllah akan jadi his last one. Forever sampai syurga yang abadi.
8. Sebab ira masuk ngan dia. Maksudnya sekepala. Pastu selesa nak cakap apa sahaja isu.

Yang tu je kot yang ira boleh reveal kat sini. Sebenarnya banyak banyakkk banyakkk lagi sebabnya. Tapi biarlah rahsiaaaa antara Allah, ira dan khaleel. :)

Ira tak susun ikut keutamaan. Yang mana ira ingat, ira terus tulis je. Of course la ira suka dia jugak sebab didikan agama yang ada pada dia. Yang itu memang ira tengok dari awal sebelum ira nampak semua-semua macam kat atas ni. Don't get me wrong tau. :)

So, bila kau couple dan camane boleh couple?

Amboi! Direct betul soalannya. Boleh tak soalan ni ira jawab kat part 2? so, to be continued...

HEHEHE.

till we meet again.

bye.

No comments:

Post a Comment