Thursday, 28 August 2014

Rezeki Dari Allah

Assalamualaikum.


Tentang rezeki dari ALLAH. Apa maksud rezeki bagi ira?

Kita sebagai manusia sering merasakan rezeki itu hanya dari bentuk duit sahaja. Betul kan? Sama macam ira jugak. Bila sebut pasal rezeki, sudah tentu terbayangkan duit yang berkepuk-kepuk yang ada dalam bank atau kereta mewah dan juga rumah besar. Itu maksud rezeki dari perspektif semasa ira belum bekerja.

Tapi sekarang bukan lagi. Rezeki tu meluas dan besar konsepnya. Bagi ira, apa yang dikatakan rezeki itu ialah bilamana ira merasakan seperti di bawah:

1. Rasa bahagia dengan kerja sekarang
2. Dipermudahkan jalan untuk melaksanakan majlis perkahwinan
3. Mempunyai keluarga yang banyak membantu dan beri sokongan
4. Khaleel yang selalu melegakan hati dan perasaan
5. Tidak langsung rasa stress untuk menghadapi hari esok
6. Perjalanan bisnes perfume semakin lancar dan memberi keuntungan

Apa yang ada kat atas ni, ira sedang rasa sekarang. Untuk capai tahap ini, kuncinya ialah sabar. Bagi ira, ini memang rezeki yang Allah bagi ira. Rezeki iaitu ketenangan hidup, hati serta perasaan. Rezeki itu perasaan yang tidak gundah gulana serta bersedia menerima dugaan yang mendatang. Rezeki dari segi kebahagiaan yang semua orang mahukan.

Bukan duit dan wang sahaja. Kalau ini yang kita kejar dan nilai, sampai bila-bila perasaan tak pernah cukup itu akan membebankan.

Tak percaya? Cuba fikirkan semula, apa yang kita dapat bila kita risau tentang kekurangan duit dalam bank? Apa yang kita mampu ubah kalau otak kita kusut dan tidak tenang memikirkan mana perlu dapatkan duit sebagai rezeki?

Jujur ira katakan, kita takkan dapat ubah apa-apa melainkan kita berusaha untuk menjaga hubungan kita dengan orang sekeliling dan paling utama jaga hubungan dengan Tuhan. Ianya (rezeki) akan datang sendiri tanpa kita sedari. Percayalah.

Bila sebut jaga hubungan dengan manusia, kita boleh buat begini - Murahkan hati dengan berbelanja kawan-kawan yang mungkin sedang kekurangan duit untuk meneruskan kehidupan seharian. Atau berikan jumlah wang yang banyak dan tidak berkira langsung untuk ibubapa setiap bulan biarpun kita sendiri tidak rasa cukup untuk menampung perbelanjaan harian.

Bila sebut jaga hubungan dengan Allah - bersedekah atau melakukan solat sunat dhuha untuk menjemput rezeki.

Juga jangan putus asa untuk berdoa.



Seterusnya, bila dapat apa yang kita perlukan, jangan lupa untuk membantu orang yang tidak mampu.

Beserta ucapan.

ALHAMDULILLAH.

:)

No comments:

Post a Comment