Wednesday, 23 July 2014

Majlis Pertunangan Saya

Assalamualaikum.

Harini mood nak update blog membuak-buak sangat. Tengoklah bila kita update, sampai dua buah entry sehari. Bukan ke nampak sangat free kite ni? Dan bukankah nampak sangat takde kerja? HEHE.

Haritu kite ada bagitau yang ira akan bertunang pada 1 Februari 2014. Alhamdulillah, majlis berjalan sangat lancar. Rasa sekejap sangat jadi. Rasa pantas. Tak sempat nak merasa nervous nak naik pelamin (pelamin mini), tuptup, ha dah tersarung cincin.

Bila kita tengok balik gambar-gambar yang photographer bagi, terasa macam, wow! ni aku ke? Apesal mekap tebal sangat? Apesal gemok sangat? Apesal pelamin macam serabut? HAHAHA.

Lepastu, bila dah dapat album tunang, baru kita caya bahawa dalam gambar-gambar tu semua memang kita yang tengah bertunang. :P

Ni ha rupa album tunang kita dengan khaleel. Kelakar betul bila belek-belek album ni. Tapi happpyyy sangat sebab penat lelah sakit kepala siap tambah gaduh sikit-sikit dengan khaleel nak prepare pertunangan kami ni, akhirnya terbalas dengan majlis yang sederhana dan berjalan lancar.



Untuk photographer time tunang ni, kita panggil Khair iaitu housemate khaleel masa kat UiTM dulu. Kita bayar dia RM400 untuk upah ambil gambar. Kita dapat photobook 40 pages, kanvas sekeping, CD softcopy dan outdoor. Tapi khaleel taknak outdoor, so outdoor tu tolak. Sepatutnya kalau termasuk outdoor, jumlah kena bayar adalah RM500. So, dah jimat RM100 kat situ. Kalau sesiapa nak tempah khair ni, boleh bagitau kita. Nanti kita bagi contact number dia. Atau boleh cari kat facebook/instagram, Khair Photography.

Sepanjang majlis tu, pihak tetamu dah start datang dalam pukul 10.30 macamtu. Rumah dah penuh dengan kawan-kawan abah mama and kawan-kawan kita sendiri. Sedara mara pun ramai dah datang dari jauh. Ada yang datang dari malam semalamnya sebab nak tolong mama decorate hantaran kita yang tak siap-siap. Sebenarnya dah siap semua, tapi sebab mama tambah itu ini, terpaksa tambah dulang lain untuk barang tambahan yang ada. Kita memang bagi mama handle bab hantaran ni 100%. Kita langsung tak campur bab decorate hantaran. Just sediakan duit and barang saje.



Ok. Hantaran nampak sangat banyak. Berbaris depan pelamin sampai ke pintu. Plan asal nak bagi hantaran 11 balas 7. Tapi sebab ramai sangat makcik makcik yang sedekah macam-macam untuk jadikan hantaran, last-last jadi 13 balas 7. :P

hantaran di ubahsuai sepenuhnya oleh mama.

Barang yang kita bagi khaleel:

1. Baju melayu
2. Perfume
3. Kemeja
4. Tshirt 2 helai
5. Tuala & stokin
6. Sirih junjung
7. Biskut pretzel & rainbow cookies
8. Halwa betik
9. Coklat pelbagai jenis
10. Tepak sirih
11. Biskut choc chips
12. Kuih bepang
13. Kain pelikat

*sebenarnya nak bagi jam tangan, tapi tak sempat masuk dulang sebab pos laju lambat.

Dan yang ini khaleel pulak bagi kita. 5 dulang seperti yang dipersetujui:



Barang yang khaleel bagi kita:

1. Telekung
2. Kain pasang
3. Kek
4. Sejadah
5. Buah
6. Sirih junjung
7. Cincin tunang

Sebenarnya, banyak-banyak dulang untuk hantaran bukan sebab kita yang sediakan. Tapi mama dan makcik-makcik kita yang pakat tambah itu ini untuk jadikan dia nampak banyak.

Ok. Haritu kita ada janji nak share pasal majlis tunang kita. So, kita share sikit je gambar sepanjang majlis. Gambar yang ni semua dalam google drive, so tak berapa nak complete. Gambar satu family takde dalam ni. Seperti yang korang tau, tema majlis ira ni warna peach. Tapi, bila beli barang, banyak barang kita berwarna orange peach. So, tak payah pening-pening, asalkan ada jugak tema peach tu ye.


ketibaan family khaleel. Ya Allah, time ni nervousnya taktau nak cakap. Tuhan je tahu. Mulut kita asyik zikir je banyak-banyak.


perbincangan pun bermula. semua tertumpu kat abah masa ni, sebab abah tengah mengalu-alukan kedatangan tetamu. kita memang tak dengar every detail perbincangan. bila majlis dah habis, esoknya baru desak-desak abah cerita discussion mereka. HAHAHA. gelojoh!


sesi sarung cincin. masa ni dupdapdupdap maluuu sangat-sangat. and kamera sangat banyak time ni. semua orang nak tangkap gambar. hehe.


sebenarnya, mak khaleel ni cikgu sekolah kita. :P


masa ni, maktam sentiasa kat sisi kita. sebab mama busy kat dapur.


mama sebagai tulang belakang majlis. terima kasih tak terhingga mama yang ku sayang. i love you so much.
*gambar abah dan adik-beradik ada dalam CD*






kawan-kawan ira dan khaleel yang memeriahkan suasana. thanks korang. :)



ini family ira belah emak. sayanggg semua. :)


khaleel & ira


guna bantal tunang sebagai props. punn bolehhh.


ni mama kita buat. so creative. cantik kan?

:)

sekian dari kita. Allhamdulillah syukur ke hadrat ILLAHI.
kita tak pernah mimpikan majlis yang besar dan grand, kita hanya mahukan ia sempurna ikut apa yang kita mahukan.
untuk yang datang memeriahkan majlis, terima kasih tak terhingga.
terima kasih abah dan mama kerana majlis ini. kerana izinkan uda merasa kebahagiaan ini.
terima kasih kakngah dan sakinah dan amad dan akak dan adik sebab tolong sampai majlis habis.
terima kasih makcik pakcik sebab datang.
terima kasih jiran tetangga yang tolong mama.
terima kasih kawan-kawan yang raikan saya.

takde apa yang kita mintak. semoga Allah dapat balas jasa semua.
semoga Allah restui hubungan kita dan khaleel. semoga langkah dan jalan untuk mendirikan masjid dipermudahkan olehNya.

SAYA SAYANG SEMUA.

till then. 
off.

:)


No comments:

Post a Comment