Tuesday, 22 July 2014

Hidup seorang ira

Assalamualaikum.

Tengok last entry, sedih betul dengan diri sendiri. Rupa-rupanya dah lama tak update apa-apa. HAHA.

Sekarang hidup ira sangat berjalan lancar.
Tahun 2014 ni, banyak yang jadi.
Alhamdulillah.
Bagi ira, hidup ni ada turun naik. Ada putih dan ada hitam. Ada suram dan ada pelangi.
Semua tu sebenarnya mematangkan kita.
Dan semua tu bagi kita pengalaman.
Untuk kita handle dengan mata kepala kita sendiri.

HIDUP.
Bukan sekadar bernafas, bangun pagi dan tidur.
Bukan sekadar meneruskan kelangsungan hidup.
Tetapi hidup itu meluas.
Kita belajar jatuh dan jatuh.
Kita belajar naik dan semakin naik.

Kita buat dosa.
Kita mintak keampunan.
Kita pergi teroka kehidupan.
Bercampur dengan musuh.
Bersusah senang dengan kawan sehidup semati.

Hidup ira, penuh dengan banyak warna.
Bukan satu warna sahaja.
Kadang-kadang warna jadi bercampur-campur.
Kadang-kadang ada warna yang ira tak boleh jelaskan.

Ira terlalu bersyukur dengan hidup sekarang.
Rasa sangat bahagia di samping keluarga dan bakal suami yang terlalu memahami.

Kalau nak cerita pasal hidup ira, terlalu banyak rasanya nak dikongsi.
Sebab itu wujudnya blog ni.
Sebab ira boleh zahirkan kehidupan ira dalam bentuk tulisan.
Supaya orang lain boleh rasa.
Supaya orang boleh ambil mana yang baik dan elak mana yang buruk.

Oh ye. Ira dah berhenti kerja kat tempat lama.
Sekarang dapat kerja di badan berkanun yang sangat best.
Sangat tenang kerja kat sini.
Syukur. Tahun 2014 yang banyak perubahan.

Terima kasih ALLAH. Terima kasih sebab segalanya.

Ira kat ofis. Nanti ira update lagi.

Till then. :)

No comments:

Post a Comment