Assalamualaikum.
Tentang rezeki dari ALLAH. Apa maksud rezeki bagi ira?
Kita sebagai manusia sering merasakan rezeki itu hanya dari bentuk duit sahaja. Betul kan? Sama macam ira jugak. Bila sebut pasal rezeki, sudah tentu terbayangkan duit yang berkepuk-kepuk yang ada dalam bank atau kereta mewah dan juga rumah besar. Itu maksud rezeki dari perspektif semasa ira belum bekerja.
Tapi sekarang bukan lagi. Rezeki tu meluas dan besar konsepnya. Bagi ira, apa yang dikatakan rezeki itu ialah bilamana ira merasakan seperti di bawah:
1. Rasa bahagia dengan kerja sekarang
2. Dipermudahkan jalan untuk melaksanakan majlis perkahwinan
3. Mempunyai keluarga yang banyak membantu dan beri sokongan
4. Khaleel yang selalu melegakan hati dan perasaan
5. Tidak langsung rasa stress untuk menghadapi hari esok
6. Perjalanan bisnes perfume semakin lancar dan memberi keuntungan
Apa yang ada kat atas ni, ira sedang rasa sekarang. Untuk capai tahap ini, kuncinya ialah sabar. Bagi ira, ini memang rezeki yang Allah bagi ira. Rezeki iaitu ketenangan hidup, hati serta perasaan. Rezeki itu perasaan yang tidak gundah gulana serta bersedia menerima dugaan yang mendatang. Rezeki dari segi kebahagiaan yang semua orang mahukan.
Bukan duit dan wang sahaja. Kalau ini yang kita kejar dan nilai, sampai bila-bila perasaan tak pernah cukup itu akan membebankan.
Tak percaya? Cuba fikirkan semula, apa yang kita dapat bila kita risau tentang kekurangan duit dalam bank? Apa yang kita mampu ubah kalau otak kita kusut dan tidak tenang memikirkan mana perlu dapatkan duit sebagai rezeki?
Jujur ira katakan, kita takkan dapat ubah apa-apa melainkan kita berusaha untuk menjaga hubungan kita dengan orang sekeliling dan paling utama jaga hubungan dengan Tuhan. Ianya (rezeki) akan datang sendiri tanpa kita sedari. Percayalah.
Bila sebut jaga hubungan dengan manusia, kita boleh buat begini - Murahkan hati dengan berbelanja kawan-kawan yang mungkin sedang kekurangan duit untuk meneruskan kehidupan seharian. Atau berikan jumlah wang yang banyak dan tidak berkira langsung untuk ibubapa setiap bulan biarpun kita sendiri tidak rasa cukup untuk menampung perbelanjaan harian.
Bila sebut jaga hubungan dengan Allah - bersedekah atau melakukan solat sunat dhuha untuk menjemput rezeki.
Juga jangan putus asa untuk berdoa.
Seterusnya, bila dapat apa yang kita perlukan, jangan lupa untuk membantu orang yang tidak mampu.
Beserta ucapan.
ALHAMDULILLAH.
:)
Bila hati saling memerlukan. Panahan mata terlalu dalam. Seakan faham cinta itu mekar. Cinta bersatu sampai syurga. Setiap nafas untuk KITA. Demi Allah untuk KITA. Lillahi Taala.
Thursday, 28 August 2014
Friday, 22 August 2014
Bagaimana Khaleel dan Syahira bertemu - Part 1
Assalamualaikum.
Okay, sempena lagi 99 hari bakal bergelar surirumah dan surihati khaleel husaini, ira mempersembahkan sebuah cerita throwback how I met khaleel husaini as my future husband. gitteww.
Camane kau kenal dia ira?
Okay, camane kenal ye? Sebenarnya ira kenal seorang yang bernama khaleel husaini sejak sekolah menengah. Sejak tingkatan 1 lagi dah wujud depan mata ira. Tapi kami berbeza kelas. Dia kelas pertama dan ira kelas kedua. Khaleel budak pandai sebab UPSR 5A. ira biasa-biasa je sebab tu dapat kelas kedua. And kalau nak tau, khaleel sebenarnya dapat masuk Sekolah Sains Kluang. Tapi sebab tak biasa duduk asrama and nak duduk bawah ketiak mak, dia keluar asrama dan masuk sekolah ira pulak. Nama sekolah ira ialah Sekolah Menengah Ledang. Dan kebetulan, mak dia cikgu sekolah ira sama jugak dengan abah ira. So, ira kenal dia as anak cikgu sekolah tu je. Tak kenal pun rupa perangai dia camane. Kiranya ira tak berkenan langsung nak ambik tahu lebih lanjut pasal khaleel time sekolah. huahuahua.
Setel bab camane kenal. Senang je kan kisah ira kenal khaleel. Tak perlu nak salah nombor telefon la. Kena shake and look around kat wechat la. Takpun nak kena terlanggar kat library kolej la. kihkihkih.
Tak payah semua tu. Percaturan Allah semua ada hikmah disebaliknya. Kalau khaleel tak keluar asrama, maybe ira tak kenal siapa mamat ni, dari mana dia datang, siapa keluarga dia, camane perangai dia and macam-macam lagi la.
Next soalan?
So, kau bercinta dengan dia sejak sekolah menengah ke? Gatalnya kau!
Ira dah agak dah soalan ni. HAHAHA. Walaupun ira kenal dia sejak ira sekolah menengah lagi, tapi kami TIDAK TIDAK TIDAK NEHI NEHI NEHI bercinta time sekolah. Sebab time ira sekolah, ira langsung takde perasaan kat khaleel. Ira jarang dan boleh kira dengan jari waktu-waktu ira bercakap dengan dia (rasa macam tak pernah berbual langsung kot). Ira tak pernah terasa nak kenal siapa khaleel ni walaupun tingkatan 2 dan tingkatan 3 kitorang dah sama kelas. Ira siap tak rasa langsung kewujudan dia dalam kelas sebab dia macam stok-stok budak baik. Ira pulak budak nakal siap letak paku tekan kat tapak kasut. KAHKAHKAH. Mangkuk ayun betul. Camane ira boleh terjebak macamtu sekali? Dasyat! Memalukan negara. Ciskek! taknak ingat dah! :P
Lepastu, tingkatan 4 dan 5, kebetulan kami dapat sekolah teknik yang sama cuma masing-masing dalam kos yang berbeza. Dia dapat kejuruteraan awam dan ira pulak dapat sains pertanian. Oh, kami tak plan langsung nak mintak sama-sama. Dan ira sebenarnya berbelah bahagi nak pergi teknik sebab rasa sedih nak tinggalkan kawan-kawan sekolah ledang. Plus, ira time tu aktif kelab tarian dan dalam proses nak masuk pertandingan tarian peringkat daerah. Rasa terkilan sebab kalau pindah sekolah bermaksud tak boleh join tarian tu. sedih to the max Tuhan je tahu. Tapi sebab kehendak abah, ira pergi jugak sekolah teknik dalam rasa hati yang sangat berat.
Oh well. Time kat teknik ira memang tak berhubung langsung dengan khaleel hatta sekali pun. Walaupun satu kampung, masing-masing buat tak kenal. Padahal kalau balik tangkak, boleh je ira tumpang dia dan dia pulak tumpang ira kan? Serious, ira tak rasa langsung dia seorang yang penting dalam hidup ira sebabtu tak ambik tahu apa-apa pasal khaleel. Kalau terserempak kat sekolah pun takde rasa nak bertegur sapa sebab macam tak perlu kot. kihkihkih.
So, memang tak bercinta time sekolah kesimpulannya ye. Faham tak? :P
Kalau camtu, bila start kau suka khaleel or khaleel suka kau?
Malu nak jawab. hehe. Banyak liku dan dugaan sebenarnya sebelum terjalin hubungan serious. Panjang nak cerita, tapi takpe ira akan ringkaskan selagi boleh. Sila expect lebih dari satu perenggan untuk soalan ini ye. haha.
Sebenarnya ira dengan khaleel start serious bila ira dah habis belajar. Okay, camni. Jangan keliru. Lupa nak bagitau yang ira sambung degree kat UKM manakala khaleel pulak sambung degree kat UiTM Shah Alam. Dan dia punya tempoh belajar lama sikit berbanding ira. Jadi, tahun 2011 ira dah habis belajar. Khaleel habis belajar tahun 2012.
Dan lupa jugak nak cerita, lepas habis sekolah menengah, ira dapat nombor telefon khaleel ni daripada salah sorang kawan kelas ira iaitu mokjau. Start dari situ, ira message dia benda-benda ringkas je. Contohnya, ajak konvoi raya dengan kawan-kawan sekolah, atau tanya pergi jemputan kawin atau tidak atau tanya balik cuti semester atau tak. Jenis-jenis message yang tak penting langsung. Khaleel pulak kalau message ira, jenis message yang tiba-tiba bagi statement. Contoh, "aku nak g langkawi ni, nak kirim coklat?", ataupun tetiba tanya camni "nak kirim jeruk salak?" dan jenis camni "aku ni kan, geram dengan kawan aku. dah la ajak makan, bila tanya nak makan mana, semua senyap tak jawab. tp bila dah sampai kedai makan, semua buat muka". Haaa, khaleel punya cara memang takde perasaan camni. Tetiba je nak message tanpa diundang. HAHAHA.
Hampir bertahun-tahun lamanya kami berhubung ala kadar dan tidak menyimpan apa-apa perasaan. Sejak dari 2006 - 2011 berbalas mesej tanpa terbit rasa cinta walau sekelumit pun. Tapi semuanya berubah apabila Allah Yang Maha berkuasa yang memegang hati kita ini telah terbitkan suatu perasaan pada ira untuk punyai perasaan aneh iaitu rasa inginkan khaleel sayang pada ira SEORANG dan bukan orang lain. Selama 6 tahun hanya anggap sebagai kawan, tapi sekelip mata hati berubah apabila mula tertawan dengan sikap khaleel yang takde pada lelaki lain. Susah ira nak describe camane khaleel kat mata ira. Tapi dia bukan lelaki yang ambil kesempatan. Dan dia bukan lelaki yang senang nak dekati perempuan. Dia lelaki yang mahal yang boleh ira describe. Ira rasa terpesona dengan personaliti yang dia ada. Personaliti camane? Yang tu susah nak describe. Susah macam nak jawab soalan kimia masa SPM. kakaka.
Soalan dia bila start suka kan? Start suka bila dah terlalu kerap message tapi hujung-hujung tahun 2011 baru ira realize yang ira suka khaleel bukan sebagai kawan sahaja, tapi lebih dari itu.
Kenapa kau suka khaleel time tu?
Habislahhhhh.. kalau dia baca ni konfem dia suka and sengih-sengih macam kerang busukkkk. :P
Okay jom cekidout kenapa. Jangan gelak ea! Janji?
1. Sebab dia ego. Ira rasa dia ego sebab dia tak layan perempuan baik-baik macam lelaki lain yang jenis sweet talker nak mengorat macamla ira tak tau.
2. Sebab dia budak pandai. Ira suka lelaki pandai sebab nak keturunan ira semua pandai-pandai.
3. Sebab dia pakai spek. HAHA. Ira suka lelaki pakai spek. Taktau kenapa. kihkihkih.
4. Sebab dia layan mak dia baik-baik. Kemana je dia pergi memang sentiasa berdua dengan mak dia. Dulu abah selalu terserempak khaleel dengan mak dia kat kedai makan. Berdua dan nampak sangat rapat. So, ira rasa one day, pasti dia layan isteri dia macamtu jugak.
5. Sebab dia bukan lelaki yang melepak. Bukan keluar malam semata-mata nak lepak dengan kengkawan.
6. Sebab dia tak merokok. Ira tak suka lelaki merokok sebab ira sendiri boleh pening kalau bau rokok.
7. Sebab ira akan jadi his first love and insyaAllah akan jadi his last one. Forever sampai syurga yang abadi.
8. Sebab ira masuk ngan dia. Maksudnya sekepala. Pastu selesa nak cakap apa sahaja isu.
Yang tu je kot yang ira boleh reveal kat sini. Sebenarnya banyak banyakkk banyakkk lagi sebabnya. Tapi biarlah rahsiaaaa antara Allah, ira dan khaleel. :)
Ira tak susun ikut keutamaan. Yang mana ira ingat, ira terus tulis je. Of course la ira suka dia jugak sebab didikan agama yang ada pada dia. Yang itu memang ira tengok dari awal sebelum ira nampak semua-semua macam kat atas ni. Don't get me wrong tau. :)
So, bila kau couple dan camane boleh couple?
Amboi! Direct betul soalannya. Boleh tak soalan ni ira jawab kat part 2? so, to be continued...
HEHEHE.
till we meet again.
bye.

Tuesday, 19 August 2014
Monday, 18 August 2014
SPA dan Full Body Massage untuk Syahira si Bridezilla
Assalamualaikum.
Tengok tajuk pun jadi macam seram kan? Kekonon preparation untuk suami sebab nak kekal cantik berseri sebelum majlis yang tak lama lagi akan berlangsung. Ecehhhh.
Kalau bab persediaan mental dan rohaniah serta batiniah (hahaha ira ke yang tulis ni), frankly speaking ira tak ready 100%. Biasalah kan, macam-macam yang kita takutkan. Kalau korang akan berkahwin atau bakal pengantin macam ira ni, konfem korang akan rasa apa ira rasa.
1. Rasa nak cantik gila depan suami.
2. Rasa nak wangi sangat depan suami.
3. Rasa nak bersih sangat depan suami.
4. Rasa nak segar sangat depan suami.
Amboi ira. Semua yang awak rasa ni semua yang macam err macam taktau nak cakap tapi agak malu nak bagitau kat public hahaha. Tapi bakal pengantin mesti ada sikit rasa camni kan? Nak berseri-seri lagi-lagi bila kita tau kita bakal jadi seorang isteri kepada seorang lelaki.
So, ira decide cari pakej spa badan dan facial kat dalam Groupon. Cari punya cari, ira jumpa ini:

3-Hour Full Body Massage & Spa Package from RM48. Facial Available
Apa yang ada dalam pakej ni? Jom cekidout.
- 60 min urutan badan secara tradisional seperti yang terkenal di Bali
- 10 min rendaman kaki di dalam air garam laut
- 30 min sauna dengan ramuan herba
- 35 min skrub badan
- 15 min charcoal mask di upper back body
- 10 min full body wrapping untuk detox
- 15 min treatment mata
Kemain susah nak translate jadi bahasa melayu yang mudah difahami. HAHA. So, apa pendapat korang dengan pakej mereka? Sangat wow kan?!
Tengok la fasiliti mereka ni. Ira teruja sangat kot sampai tak boleh gambarkan perasaan nak berhibernasi selama 3 jam dekat sini.
Yang penting, kalau nak selesa, jangan bawak tunang or boyfriend korang teman korang spa badan ni ok? Sebab mesti dorang merungut sebab bosan menunggu. hahaha. Walaupun ada kerusi menunggu kat situ, kalau 3 jam tunang ira nak tunggu, memang cari nahas la.
Padahal kita nak cantik sebab dia. Kan kan? Tapi takpe, satu hari nanti, bila dah halal, boleh la ajak khaleel join aktiviti spa macamni. Ye dak? :P
Ok, berbalik pada pakej ni, kalau nak beli, boleh la tekan link yang ira bagi tu. Worth the money kot. Sebab harganya sangat affordable ditambah pula keadaan spa yang sangat selesa. Walaupun ira belum lagi masuk, tapi tengok review orang pun rasa macam tak boleh tahan nafsu nak berbody massage ni tau.
Jadi, ira dah beli untuk 2 person. Hello, ira bukan pergi dengan khaleel tau, sebab belum halal. Malu la kita nak sental daki depan dia hahaha. Ira pergi dengan farrah budak ofis ira. Nasib baik ada kawan kaki melawa. Boleh jadi geng bab-bab cenggini kan? :P
Kitorang decide nak pergi 6 september depan. Sebelum pergi kena buat appointment dulu. Yang paling penting kena bawak voucher groupon and ic pembeli. Kalau tak, tak boleh nak redeem. Ingat tuuu!
Okay, kawan-kawan wanita yang baca blog ira ni, ingat tau... kalau nak rebut hati suami, jaga hati suami, bodek suami, nak apa-apa contoh baju ke blouse ke kasut ke handbag ke barang kemas ke, korang kena wangi and bersih dulu selicin-licinnnya. So that, senang la kerja kita nak dapat apa yang kita inginkan seperti yang ira sebut tadi.
Bak kata pepatah "marriage is a workshop where husband works and wife shops"
HAHAHA.
Bebyee!

Labels:
friends,
hobby,
love,
officemate,
preparation,
selfreward,
skincare,
treatment
Friday, 15 August 2014
Pencarian Kad Kawin
Assalamualaikum.
Amboi kemain tajuk. Pencarian kad kawin macam nak mencari anak atau suami yang hilang. HAHA.
To me la kan, kalau nak memilih kad undangan perkahwinan sebenarnya kena betul-betul. Taknak gambar kartun, taknak gambar macam budak-budak, taknak gambar yang lovey dovey tu. Kalau boleh simple yet elegant. Sebab tu, frankly speaking, ira sangat cerewet jugak bab cari kad kawin ni.
I tell you what, lagi 3 bulan nak kawin, ira belum tempah kad kawin lagi. Like a boss kan. Patut la mama ira kata ira ni macam rileks je tak nak kawin. Hahaha.
Sebenarnya ira dengan tunang dah banyak survey kad-kad kawin online and dah pergi sendiri kedai kad kawin yang terdekat. Macam haritu, kitorang naik teksi pergi ke beberapa kedai kad kawin kat Jalan Pudu and Jalan Brunei yang menjadi sebutan ramai bakal-bakal pengantin. Sampaikan ramai yang cadangkan kalau nak cari kad kawin, boleh pergi sana sebab dapat murah and pelbagai jenis.
Tapi, bila ira pergi sendiri tengok dengan mata kepala ira ni, ira rasa macam tak berminat dengan kad kawin kat situ walaupun banyak pilihan. First kedai yang kitorang masuk, ada sorang customer tengah mengamuk jerit-jerit kat staf kedai tu sebab dia dah nak kawin bulan depan ke minggu depan ke entah ira lupa, tapi kad kawin dia still tak siap-siap. Boleh pulak ira busybody dengar apa yang berlaku kan. haha. Tapi, of course ira akan reject kedai tu awal-awal sebab mula-mula je dah nampak kelemahan servis dia.
Ada satu lagi kedai yang sangat famous. Bila ira masuk, tak terasa macam dipelawa pun. Staf ada 2 je. Tapi sorang staf tengah menghadap PC and sorang lagi tengah layan customer lain. Agak lama kitorang tunggu tapi staf yang tengah layan customer lain tu je yang sekejap-sekejap datang kat kami untuk tanya kad kawin camane yang kita nak. Sebabkan layanan serupa tak layan tu, ira pun ajak khaleel keluar and cari kedai lain. Yang peliknya, kalau dah tau kedai awak tu memang laku, kenaaapaa la tak hire ramai-ramai pekerja supaya customer tak rasa macam ira rasa.
Bagi ira, walaupun ramai yang membeli kat situ, tapi dari segi layanan tak bagus, ira memang akan reject awal-awal sebab ira tau kalau jadi camni akan datang susah kita nak berurusan. Takut kad tak siap dalam waktu yang dijanjikan sebab terlalu ramai customer yang buat tempahan kat mereka.
Kedai lain yang ira ngan khaleel masuk, mak datukkk pakej dia sangat sangat sangat sangat mahal. Kad biasa yang orang lain jual sekeping 30 sen, tapi kedai tu jual sekeping 55 - 60 sen. Dah macam standard harga kad eksklusif hot stamping. Bila masuk kedai ni, buatkan ira rasa, baik ira buat kad sendiri, rasa macam membazir sangat-sangat kad kawin kalau beli mahal-mahal. Bukan nak puaskan hati sesiapa pun kan? Lagipun orang akan dapat and mungkin simpan sekejap dan buang selepas dah habis kenduri tu. Betul tak? Jadi, ira dan khaleel pun keluar dengan perasaan yang macamni "ya Allah sayang, penatnya nak jalan lagi".
So, jalan lagi sampai dah penat. Sebab time tu tengah puasa, tak banyak kedai yang kitorang dapat survey. Last-last ambil keputusan untuk balik dan buat tempahan secara online.
"Haaa, kan senang buat online. Kan saya dah cakap" - khaleel bebel. hahaha.
Tapi sebenarnya, haritu dah bincang dengan khaleel, ira nak jugak tempah kad kawin kat kedai supaya dapat tau kualiti kad yang kita nak tempah tu. Supaya boleh rasa and boleh bincang jenis camane yang kita nak sebelum buat apa-apa bayaran. Sebab benda ni semua penting supaya tak rasa ralat atau terkilan kalau tiba-tiba kad kawin yang kita tempah tu indah khabar dari rupa. *nasiblaaa khaleel dapat bakal isteri yang cerewet gila cam ira* :P
Puas survey kedai kad kawin mana yang berikan servis yang terbaik. Last-last, jumpa satu kedai. Kawan ofis ira yang rekemenkan. Nama kedai ni kadkahwinku.com.
Mereka sedang buat promosi pada sesiapa yang buat tempahan pada bulan ramadhan sampai bulan syawal. Sebab tu ira dengan khaleel plan nak pergi hari Sabtu ni untuk tempah terus and taknak tangguh-tangguh lagi. Senang sikit boleh pangkah to-do-list dengan penuh bangganya bila dah setel yang ni.
Fyi, masa scha dengan awal kawin, dorang pun tempah kad kawin mereka kat kedai kadkawinku.com ni. Tapi ira takdelah nak tempah kad kawin grand meletop macam dorang. Ira tempah kad biasa-biasa je. Hehehe.
Nanti ira update kad kawin yang ira tempah dalam next entry. Just wait and see ye! :)
Off dulu. Rasa pening lalat tak semena-mena.
Bye.
:D

Thursday, 14 August 2014
Borang Nikah Online Johor
Assalamualaikum.
Sebenarnya perjalanan nak menuju kebahagiaan iaitu mendirikan rumah tangga ini banyak benda yang perlu dibuat. Bukan cakap "nak kawin", dah terus kawin. Bukan cakap "aku nikahkan dikau dan aku terima nikahnya" sahaja semata-mata.
Banyak benda nak kena lalui. Salah satunya permohonan untuk bernikah.
Bagi yang dapat pasangan jauh, selalunya ambil masa lama untuk selesaikan. Kalau boleh 3 bulan awal dah kena siapkan. Bagi yang dapat pasangan dekat, contohnya macam ira ni, prosedur nak buat permohonan untuk bernikah ni kalau boleh perlu diselesaikan dua bulan sebelum. Ada yang kata sebulan sebelum pun boleh. Tapi bagi ira, ira malas nak pening-pening kepala. Kita buat mana yang penting dulu.
Kenapa penting? Sebab kalau takde ni, tak boleh nak bernikah dari segi undang-undang Malaysia ni. Tapi dari segi syarak, kalau dah ada lafaz akad nikah tu, maksudnya pernikahan tu sudah sah dan cukup serta sempurna. Sebab kita duduk di negara yang ada undang-undang, jadi kita perlu follow bukan sesuka hati sahaja. Ok?
Kat Johor, untuk permohonan bernikah sekarang dah melalui online sahaja. Tapi, at first, kena pergi jugak Pejabat Agama untuk tanya soalan-soalan penting yang basic. Macam ira ngan tunang ira haritu, pergi dulu pejabat agama and dorang bagitau bila waktu sesuai untuk kitorang datang lagi untuk buat permohonan.
So, haritu, kami datang untuk kali kedua ke pejabat agama Tangkak, iaitu kat Masjid Besar Tangkak, datang untuk dapatkan borang nikah. Tapi, terus staf yang bertugas bagi kami brochure guideline untuk isi secara online.
Okay, jom kita tengok apa langkah-langkah yang ada dalam brochure tu. Tap kat sini ira just ringkaskan je. Nak tau detail boleh baca sendiri brochure tu sampai faham.
1. Kena bukak website e-NCR dulu. Klik sini. Dan nanti akan keluar seperti di bawah:

2. Bila dah create account, dia akan keluar nama kita, alamat kita, no IC kita dan dia akan bagitau status kat situ belum diaktifkan. *sorry takde gambar sebab time ira tulis entry ni, status borang ira ni dah aktif*
3. Tunggu sampai akaun korang diaktifkan. Kalau korang nak cepat, boleh call pejabat agama seperti dalam senarai yang dia dah bagi right after korang daftar akaun tu. *macam ira, ira punya akaun hampir dua minggu baru aktif*
4. Bila akaun dah aktif, baru boleh isi apa yang patut seperti yang di minta dalam setiap borang online tu. Tapi sebelum tu, kalau yang baru pertama kali kawin, haruslah kena pilih permohonan baru kebenaran nikah. Tekan link pertama sekali macam gambar kat bawah.
5. Lepastu, klik dekat permohonan baru.
6. Kemudian, isi borang yang disediakan mengikut apa yang diminta.
a. maklumat pemohon
b. maklumat pasangan
c. maklumat perkahwinan (tempat nikah, tarikh nikah)
d. senarai semak wali (bapa kandung bagi yang ada bapa. kalau yang takde boleh pilih senarai banyak-banyak wali dalam borang tu)
e. wakalah wali (bagi yang takde wali dan nak ada wali hakim dsb sebagai wakil)
Kemudian, bila dah isi, tunggu status permohonan. Kena print semua dokumen yang dah dilengkapkan kemudian kena hantar ke pejabat agama bersama-sama dengan keputusan ujian HIV test, surat akuan bujang dan sebagainya.
Oh, by the way, ira baru je isi borang ni semalam. Dan status dia masih dalam semakan.
Itu sahaja panduan untuk hari ini. Kalau tak faham jangan tanya ira, boleh tanya terus pejabat agama atau pejabat kadi daerah masing-masing k? HEHE.
Till then
:)
*hiv test belum buat lagi. insyaAllah bulan 10 baru pergi sama-sama dengan tunang ira.
Subscribe to:
Posts (Atom)