Thursday, 2 March 2017

1 Tahun 6 Bulan Masih Belum Jalan

Assalamualaikum.

Redza dah 1 tahun 6 bulan tapi masih belum jalan. Ye, dia masih merangkak dan masih belum ada tanda-tanda nak melangkah.

Setiap bulan aku berdebar nak tunggu langkah pertama dia. Setiap hari aku amati perkembangan terbaru yang dia boleh buat.

Aku dan suami bukan ibubapa yang cepat melatah. Kami banyak membaca. Semua kami simpan rapi segala jenis nasihat orang yang lebih tua.

Tapi kadang-kadang aku la paling banyak terasa. Lebih-lebih lagi kalau dibandingkan dengan anak orang lain yang tak sama langsung tahap perkembangan mereka.

BAWAK JUMPA DOKTOR PAKAR
Aku teruskan dengan pembacaan dari sumber internet dan bertanya doktor dalam twitter. Tapi tetap tak menunjukkan kepuasan hati. Lalu aku dan suami sepakat bawa jumpa doktor pakar. Appointment pertama dengan doktor pakar kanak-kanak di Hospital Shah Alam lebih bersikap santai.

Banyak soalan lebih terarah kepada perkembangan motor kecil dan besar Redza.

Semua aku hafal sebiji-biji bila dia boleh meniarap, bila dia boleh pusingkan badan, bila dia start ke depan kebelakang dan bila dia boleh merangkak dan duduk. Luckily aku ada buat instagram khas untuk Redza, jadi kat situ banyak video milestone berserta tarikh yang aku dan suami rekodkan. Dikala ini aku rasakan instagram sangat berguna lebih-lebih lagi untuk rekod perkembangan baby kita.

Doktor ingin lihat sendiri bagaimana Redza duduk, bagaimana dia pusingkan badan, bagaimana dia merangkak. Dan doktor juga rasa otot Redza.

Alhamdulillah. Kata doktor Redza ialah kanak-kanak normal. Tiada masalah delay development. Tiada masalah otot sebab ototnya kuat. Tiada masalah tulang sebab dia boleh berdiri cuma takut melangkah.

Aku tarik nafas lega.

KENALPASTI MASALAH
Semasa berjumpa doktor pakar kanak-kanak, doktor lebih banyak kenalpasti masalah. Contohnya dia tanya ada menggunakan walker atau tidak, ada kawan-kawan lain di rumah pengasuh atau tidak, pernah jatuh atau tidak.

Redza menggunakan walker tapi tak selalu. Doktor kata penggunaan walker sebenarnya tak membantu kanak-kanak berjalan cepat. Sebab walker boleh membantutkan perasan seseorang budak untuk explore everything secara merangkak, meniarap atau secara yang dia sendiri selesa.

Redza ada kawan sebaya di rumah pengasuh. Tapi mereka dah berusia 2 tahun hingga 5 tahun. Ada juga bayi tetapi masih belum setahun.

DIREFER KE TERAPHIST
Selang beberapa hari berjumpa pakar kanak-kanak, aku meminta doktor tersebut membuat referral letter jika perlu untuk Redza berjumpa dengan therapist. Doktor pada mulanya kata tidak perlu kerana Redza seorang kanak-kanak normal. Tetapi disebabkan aku seperti insist untuk berjumpa therapist, doktor bersetuju dan membuat surat dan juga appointment seterusnya bersama therapist.

Hasil berjumpa therapist selama satu jam, therapist juga mengatakan Redza kanak-kanak normal TETAPI dia mempunya KURANG KEYAKINAN DIRI UNTUK MELANGKAH dan RASA GAYAT setiap kali tangannya dilepaskan. Perasaan takut membuatkan dia taknak memulakan satu langkah pun.

Therapist examine Redza dan mendapati:

1. Redza follow semua milestones baby normal tanpa satu pun skip (meniarap, menjalar, merangkak, duduk sendiri)
2. Redza boleh pas barang pada orang lain bila orang minta.
3. Redza boleh makan sendiri (pegang makanan sendiri dan suap ke mulut sendiri)
4. Redza boleh pegang sudu dan pensel (walaupun comot 😂)
5. Redza boleh bercakap. Dah banyak perkataan yang keluar dari mulut seawal 1 tahun 1 bulan.
6. Redza bermain dengan rakan sebaya.
7. Redza tahu bagaimana sesuatu mainan itu perlu dimainkan.
8. Redza boleh finger pointing kalau nak sesuatu.
9. Redza boleh meniti dan berdiri dengan sokongan (pegang sofa, pegang meja, pegang dinding)

Selama satu jam berjumpa therapist, hasilnya takdelah esok Redza boleh terus berlari. Ambil masa juga sebab Redza masih ada appointment kedua dengan therapist pada 20 Mac 2017 nanti.

Perubahan lain yang aku perasan, Redza dah berani berjalan dengan bersandar di dinding tanpa memegang apa-apa. Cuma badan kena seret kat dinding, kalau tak sentuh dinding, konfem menangis!

USAHA IBU AYAH
Aku dan suami tetap berusaha buatkan Redza yakin untuk melangkah. Salah satunya sandarkan dia pada dinding dan panggil dia untuk ambil barang yang dia suka kat tangan kami. Untuk galakkan kaki dia melangkah kedepan.

Tapi gagal. Dia menangis sebab takut nak kedepan.

Usaha lain, kereta sorong baby yang beli di IKEA juga tak function. Beli dah lama dulu tapi dia takut nak tolak. Pernah tolak sekali lepastu jatuh dan mulai saat itu dia terus takut nak main.

Gagal lagi sebab dia cepat serik!

Usaha lain, aku dan suami bawak dia main di kawasan yang ramai kanak-kanak dan mencabar sedikit seperti panjat di tangga gelongsor. Tetap gagal sebab dia takut nak melangkah.

Hahaha.

Kalau ikutkan, banyak benda yang aku dan suami cuba nak bagi dia berani dan yakin, tapi selalu kami akan dukung cepat-cepat bila dia nangis meraung macam kena dera. Biasanya aku lah yang cepat kesian terus nak dukung!

DOA
Aku jugak tak henti-henti doa setiap kali solat untuk Allah berikan keyakinan dan hilangkan perasaan takut pada Redza supaya dia boleh buat langkah pertama seperti kanak-kanak lain.

Aku tetap berdebar tunggu, bila harinya aku akan melihat depan mataku anak sulungku boleh berjalan dan berlari. Walaupun aku tahu, akan tiba masanya, tapi perasaan seorang ibu yang mahukan Redza bermain dan berlari di taman permainan membuatkan jiwaku meronta-ronta untuk sampai ke waktu tersebut.

Ramai yang katakan, setiap perkembangan kanak-kanak tidak sama. Betul. Aku setuju sebab ada kanak-kanak yang sebaya Redza masih belum penuh giginya, sedangkan gigi Redza dah hampir penuh semuanya.

Ada jugak yang lambat bercakap, langsung tak boleh menyebut perkataan, tetapi Redza sebaliknya. Banyak perkataan yang boleh disebut dan ada beberapa perkataan cukup jelas dipendengaran aku. Walaupun hampir semua perkataan Redza pelat dan tidak jelas atau jargon, tapi tetap aku boleh tarik nafas lega sebab at least Redza takde masalah lain seperti speech delay yang kebanyakan terjadi pada kanak-kanak zaman sekarang.

Aku takkan berputus asa berdoa supaya anakku Redza Rafael berjalan dan berlari seperti kanak-kanak yang lain.

Bermain tanpa perlu melihat orang dari jauh sebab dia tak boleh jalan lagi.

Tolong aku masukkan baju dalam bakul dengan merangkak ke bakul kotor sebab dia tak boleh jalan lagi. Hehe.

Tolong ayah ambek remote dengan merangkak sebab dia tak boleh jalan lagi.

Kesian anak. Dah pandai jalan nanti mesti asyik kena buli dengan ibu ayah!

Sebelum habis post ini, perkembangan lain Redza, dia sudah hampir nak berdiri sendiri tapi masih belum sepenuhnya. Tolong doakan anak saya!

Untuk mak ayah kat luar sana, kalau anak lambat jalan dan masih tiada tanda-tanda nak berjalan, segeralah berjumpa doktor. Sebab kita taktahu anak mempunyai masalah lain atau tidak. Dan sebab utama kita kena refer pakar, kerana kita bukanlah dari golongan medical background yang tahu tentang perkembangan kanak-kanak.

Aku pegang konsep ini sampai bila-bila, kalau aku sebagai ibu rasa tak sedap hati, instinct kita kuat mengatakan seperti ada sesuatu yang tak kena, cepat-cepatlah bawak ke hospital dan jangan ditangguh lagi.

Akhir kata, setiap perkembangan kanak-kanak memang unik. Masing-masing ada keistimewaan dan cabaran tersendiri. Kita perlu raikan sehabis baik. Redza mungkin masih belum puas nak berdukung dan sengaja taknak jalan sebab takut ibu dengan ayah taknak dukung dia lagi. Hehe.

Yang penting, kita jangan bandingkan anak orang lain dengan anak kita. Setiap perbandingan yang kita buat boleh buatkan kita sendiri depressed. Jangan cari masalah tetapi cubalah selesaikan masalah. InsyaAllah semoga anak kita semua sihat dan dipermudahkan dalam semua urusan mereka.

Till then.

p/s: nanti ibu update perkembangan jalan Redza selepas appointment seterusnya ya.














3 comments:

  1. HI.. ANAK SAYA 1 TAHUN 6 BULAN MASIH BELUM BERJALAN... TQ ATAS PERKONGSIAN.. BOLEH SY TAHU REDZA BERJALAN MASA UMUR BERAPA?

    ReplyDelete
  2. hai. saya mempunyai masalah sama jugak. redza start berjalan sepenuhnya umur berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak puan umur berapa? sama dengan anak saya juga

      Delete