Assalamualaikum.
Dah lama tangguh nak cerita tentang bagaimana perjalanan penyusuan anakku Redza Rafael.
Lahirnya anak yang disayangi, seolah-olah bermain semula moment mata bertentang mata kali pertama antara aku dan Redza dalam bilik bersalin. Bulat matanya, redup pandangannya. Ternampak mulut kecilnya terkamit-kamit mencari makanan mungkin?
Selepas midwife potong tali pusatnya, diletakkan Redza di atas badanku. Ya Allah. Lagi sekali moment itu terakam lengkap sambil aku menaip sekarang. Aku nampak anakku di atas dadaku. Mengharapkan ada tangan yang memeluk, lantas aku peluk walaupun takut-takut. Takut pelukan aku menyakitkan badannya yang halus. Darah bercampur lendir penuh, sebab dia fresh keluar dari perutku. Aku menghayati saat yang paling aku sukar nak gambarkan perasaannya ketika itu.
Aku mendekatkan mulut anakku ke dadaku. Skin to skin yang sangat menyentuh perasaan. Aku biarkan dia menyusu untuk seketika. Pada ketika itu langsung tak terfikir ada susu ke aku? Boleh ke menyusu biarpun ada darah dan lendir di sana sini? Itulah pertama kali aku menyusukan Redza. Dari usianya sehari sehingga ke hari ini genap umurnya 1 tahun 6 bulan.
Bukan la senang seorang ibu muda yang pertama kali menyusukan anak tanpa bimbingan sesiapa dan merupakan anak pertama yang melahirkan cucu untuk abah dan mama, dan dalam kalangan keluarga yang belum terdedah dengan kepentingan susu ibu pada anak kita. Penuh dengan pelbagai cabaran yang sangat membuatkan diri sendiri rasa hampir berputus asa. Tetapi langsung tak pernah tewas dan masih gagah menyusukan Redza sehingga sekarang.
Satu pengorbanan yang bagi aku tak semua boleh survive, dan satu semangat dari ibu-ibu yang masih mentah untuk hadam kepentingan susu ibu.
Boleh tak sambung next entry cabaran-cabaran penyusuan.
Penyakit malas tiba-tiba datang pulak dah.
:P
No comments:
Post a Comment