Monday, 27 February 2017

Suami Yang Sangat Baik

Assalamualaikum.

Post ini memang nak tujukan khas untuk suami. Khaleel Husaini.

Terima kasih suami untuk segalanya.

Tika mana saya langsung tak de mood nak buat kerja, takde tenaga nak buat kerja rumah, awak la yang uruskan rumah tangga.

Awak basuh baju.

Awak sidai baju.

Awak lipat baju.

Bila saya kata saya tak suka masuk dapur, awak cakap tak payah masak. Biar awak je yang kemas dapur. Saya langsung tak boleh bau sabun basuh pinggan. Awak yang gagahkan diri bangun lepas subuh, basuh semua pinggan mangkuk kotor.

Walaupun saya complaint, "kenapa bekas plastik berminyak" "kenapa dapur tak lap" tapi awak tetap teruskan kemas. Awak ikat sampah supaya saya tak bau, awak doublekan plastik sampah sorang-sorang tanpa perlu pertolongan saya. Awak buat semua untuk elak loya saya makin teruk kalau bau busuk sampah.

Terima kasih sebab faham. Izinkan saya tidur awal. Awak suruh saya masuk tidur, selimutkan saya dengan anak kita. Awak bukak aircond dan bukak lampu tidur.

Bilamana saya tunjukkan tanda nak muntah, awak peluk saya. Awak cakap "kesian awak sayang"

Terima kasih sebab terlalu memahami suamiku. Tiada apa yang saya harapkan, melainkan awak diberi kesihatan yang baik, mendapat keredhaan Allah.

Suami, saya nampak awak begitu menghargai saya. Layakkah saya dapat lelaki sebaik awak? Terlalu baik sehingga buat saya sayu hati.

Awak tak pernah tunjuk tanda-tanda awak penat melayan saya. Saat saya terlalu penat dan letih dengan pregnancy kali kedua ni, awak ada memudahkan saya. Awak tak merungut walaupun sikit.

Awak jangan risau suami. Waktu Allah tanya nanti, sama ada awak suami yang bertanggungjawab atau tidak, saya akan jawab sangat bertanggungjawab suamiku ini, masukkan lah dia ke syurga paling tinggi wahai Tuhanku.

Saya doakan awak dipermudahkan urusan. Hidup dengan tenang dan berjaya dunia akhirat.

Tolong bertabah suamiku. Sehingga beberapa bulan lagi. Atau mungkin beberapa minggu lagi. Atau boleh jadi beberapa hari lagi?

Kami sayang awak, suamiku!



Wednesday, 15 February 2017

Penyusuan Untuk Redza Anak Ibu

Assalamualaikum.

Dah lama tangguh nak cerita tentang bagaimana perjalanan penyusuan anakku Redza Rafael.

Lahirnya anak yang disayangi, seolah-olah bermain semula moment mata bertentang mata kali pertama antara aku dan Redza dalam bilik bersalin. Bulat matanya, redup pandangannya. Ternampak mulut kecilnya terkamit-kamit mencari makanan mungkin?

Selepas midwife potong tali pusatnya, diletakkan Redza di atas badanku. Ya Allah. Lagi sekali moment itu terakam lengkap sambil aku menaip sekarang. Aku nampak anakku di atas dadaku. Mengharapkan ada tangan yang memeluk, lantas aku peluk walaupun takut-takut. Takut pelukan aku menyakitkan badannya yang halus. Darah bercampur lendir penuh, sebab dia fresh keluar dari perutku. Aku menghayati saat yang paling aku sukar nak gambarkan perasaannya ketika itu.

Aku mendekatkan mulut anakku ke dadaku. Skin to skin yang sangat menyentuh perasaan. Aku biarkan dia menyusu untuk seketika. Pada ketika itu langsung tak terfikir ada susu ke aku? Boleh ke menyusu biarpun ada darah dan lendir di sana sini? Itulah pertama kali aku menyusukan Redza. Dari usianya sehari sehingga ke hari ini genap umurnya 1 tahun 6 bulan.

Bukan la senang seorang ibu muda yang pertama kali menyusukan anak tanpa bimbingan sesiapa dan merupakan anak pertama yang melahirkan cucu untuk abah dan mama, dan dalam kalangan keluarga yang belum terdedah dengan kepentingan susu ibu pada anak kita. Penuh dengan pelbagai cabaran yang sangat membuatkan diri sendiri rasa hampir berputus asa. Tetapi langsung tak pernah tewas dan masih gagah menyusukan Redza sehingga sekarang.

Satu pengorbanan yang bagi aku tak semua boleh survive, dan satu semangat dari ibu-ibu yang masih mentah untuk hadam kepentingan susu ibu.

Boleh tak sambung next entry cabaran-cabaran penyusuan.

Penyakit malas tiba-tiba datang pulak dah.

:P