Monday, 11 November 2013

isteri yang taat

assalamualikum.

selalu terbantut nak bercerita mengenai persediaan. persediaan untuk melangkah ke alam baru. terlalu bahagia dan tak rasa satu bebanan. sebab tiada yang menghalang. saya berdoa semua ini berkekalan sampai bila-bila. sampai saya hembus nafas paling akhir. kalau boleh saya mati atas pangkuan yang tersayang. :)

persediaan boleh jadi banyak segi. dari segi rohani, mental dan fizikal. sekarang terlalu fokus untuk besedia dari segi rohani. sebab diri sendiri ni bukan baik mana. dalaman kena mantapkan. sebab nak melayari bahtera rumah tangga, bukan suami kena berperanan besar, isteri pun sama. suami ketua dan isteri pulak penolong ketua. bila sama-sama sepakat, insyaAllah rumah tangga aman damai. kalau ada pergolakan sedikit tu, macam orang kata sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. kan?

yup. betul.

berharap yang perjalanan rumah tangga takde kucar-kacir. berharap yang kehidupan lancar dan mudah. berharap yang tiada apa yang menghalang bahagia. selalu berangan nak jadi isteri yang solehah. yang buat semua yang suami suruh. yang tak merungut kalau penat. yang tak salahkan suami kalau rumah bersepah dan suami taknak tolong. yang tak marah-marah kalau ada perselisihan. yang tak merajuk berhari-hari lamanya. yang tak menengking dan mengongkong suami macam suami takde kerja lain.

YA ALLAH, semoga saya jadi isteri yang memahami semua tindak-tanduk suami. semoga jadi isteri yang taat.

bila cakap pasal ni, mesti rasa tak boleh nak tahan tangan untuk menaip banyak benda. dan suami, kalau isteri merajuk kenalah pujuk, kalau isteri penat kenalah tolong, kalau isteri meluahkan bukan sebab merungut, tapi sebab nak suami faham. sebab nak suami sama-sama nampak pengorbanan isteri.

janji dalam diri yang takkan biarkan suami terkontang-kanting penat lelah buat kerja. janji takkan derhaka pada suami. derhaka dalam erti kata lain buat suami kecewa dengan diri sendiri. janji takkan burukkan suami walau apapun yang jadi. janji akan terlalu taat pada dia selepas taatnya saya pada suruhanNya. janji yang saya akan berkhidmat dari A-Z untuk suami tercinta.

ini impian saya. impian saya memang dari kecik nak jadi perempuan yang membahagiakan suami. bukan yang menyusahkannya. insyaAllah, sama-sama dalam proses nak belajar. mugkin tak banyak dapat buat pada awalya, tapi berharap usia perkahwinan dapat mematangkan saya.

walaupun belum kawin, tetap nak tulis entry ni. sebab saya nak monitor tahap kematangan entry sebelum dan selepas.

to baby, I love you. :)

No comments:

Post a Comment