Sunday, 8 December 2013

holiday lagi yay

Assalamualaikum.

nak bagitau, saya akan ke vietnam pada 12/12/2013 ini. pergi dengan ex classmates. taktau nak cakap happy ke tak. tak rasa apa-apa lagi ni. maybe sebab izzah tak ikut kot? hehe. takpelah, insyaAllah semoga perjalanan dilancarkan. selamat pergi dan balik.

lepas pergi vietnam, saya ada lebih kurang sebulan lebih untuk prepare majlis pertunangan. sebulan lebih ni rasa tak cukup. rasa tak menang tangan. banyak nak kena prepare. even saya dah ada orang untuk mekap, pelamin dan baju tunang yang masih dalam proses nak siap, tp still rasa banyak lagi benda nak kena fikir. contohnya hantaran and goodies. benda ni semua tak sentuh lagi. OMG. tetiba rasa sangat gelabah. tulis ni pun rasa stress. boleh camtu?

tapi dalam pada masa yg sama, walaupun rasa kelam kabut, nasib ada abah mama sebagai tulang belakang. sekarang mama paling sibuk tempah itu tempah ini. saya bagi mama uruskan hantaran. saya serahkan mama 100%. sebab mama akan diy hantaran saya. lebih jimat dan dapat kurangkan kos.

saya rasa, selagi saya tak bayar deposit untuk pelamin dan mekap, selagi itulah saya akan duk survey butik itu butik ini sampai puas hati.

jadi, sebelum ke vietnam, saya akan pastikan, saya akan bayar deposit untuk mekap dan pelamin. insyaAllah.

semoga semua yang dirancang berjalan dengan lancar. amin!

Bahagia Part 1

Assalamualaikum.


It has been a while. lama gila tak update blog. hehe. sebab office saya ni, ada sesetengah pc yang boleh bukak internet, ada sesetengah pc yang tak boleh. kebetulan harini macam tak ramai customer, jadi amek kesempatan terluang mengupdate apa yang dah basi. :)

fyi, saya dah pun dirisik. dah nak dekat sebulan. selama hidup ni, tak pernah pakai cincin pemberian sesiapa. selama ni kalau pakai cincin, beli sendiri je kat kedai. takpun pakai cincin yang mama belikan. jadi, bila pakai cincin risik ni, rasa hati kembang. rasa macam "oh, i'm taken". haa gitu. :P

masa nak tunggu parents En K datang, memang sangat mendebarkan. macam-macam saya fikir. salah satunya takut bergaduh sebab tak setuju itu ini. Alhamdulillah. everything went well. syukur sangat-sangat! saya pakai baju kurung pink dengan shawl warna maroon je. sambil-sambil tunggu dalam bilik (sebab saya tak dibenarkan keluar sama sekali), sambil wasap dengan En K. sebab dia neves, saya pun jangkit neves. sebab dia cuak, saya pun cuak. dia siap takut kena reject. LOL sangat. :D

syukur ke hadrat Allah. sebab mudahkan segalanya. tanpa ada halangan. insyaAllah akan mengikat tali pertunangan pada 1 FEBRUARI 2014. semoga urusan ini juga lancar selancar-lancarnya. Amin.

till we meet again! :)

Monday, 11 November 2013

isteri yang taat

assalamualikum.

selalu terbantut nak bercerita mengenai persediaan. persediaan untuk melangkah ke alam baru. terlalu bahagia dan tak rasa satu bebanan. sebab tiada yang menghalang. saya berdoa semua ini berkekalan sampai bila-bila. sampai saya hembus nafas paling akhir. kalau boleh saya mati atas pangkuan yang tersayang. :)

persediaan boleh jadi banyak segi. dari segi rohani, mental dan fizikal. sekarang terlalu fokus untuk besedia dari segi rohani. sebab diri sendiri ni bukan baik mana. dalaman kena mantapkan. sebab nak melayari bahtera rumah tangga, bukan suami kena berperanan besar, isteri pun sama. suami ketua dan isteri pulak penolong ketua. bila sama-sama sepakat, insyaAllah rumah tangga aman damai. kalau ada pergolakan sedikit tu, macam orang kata sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. kan?

yup. betul.

berharap yang perjalanan rumah tangga takde kucar-kacir. berharap yang kehidupan lancar dan mudah. berharap yang tiada apa yang menghalang bahagia. selalu berangan nak jadi isteri yang solehah. yang buat semua yang suami suruh. yang tak merungut kalau penat. yang tak salahkan suami kalau rumah bersepah dan suami taknak tolong. yang tak marah-marah kalau ada perselisihan. yang tak merajuk berhari-hari lamanya. yang tak menengking dan mengongkong suami macam suami takde kerja lain.

YA ALLAH, semoga saya jadi isteri yang memahami semua tindak-tanduk suami. semoga jadi isteri yang taat.

bila cakap pasal ni, mesti rasa tak boleh nak tahan tangan untuk menaip banyak benda. dan suami, kalau isteri merajuk kenalah pujuk, kalau isteri penat kenalah tolong, kalau isteri meluahkan bukan sebab merungut, tapi sebab nak suami faham. sebab nak suami sama-sama nampak pengorbanan isteri.

janji dalam diri yang takkan biarkan suami terkontang-kanting penat lelah buat kerja. janji takkan derhaka pada suami. derhaka dalam erti kata lain buat suami kecewa dengan diri sendiri. janji takkan burukkan suami walau apapun yang jadi. janji akan terlalu taat pada dia selepas taatnya saya pada suruhanNya. janji yang saya akan berkhidmat dari A-Z untuk suami tercinta.

ini impian saya. impian saya memang dari kecik nak jadi perempuan yang membahagiakan suami. bukan yang menyusahkannya. insyaAllah, sama-sama dalam proses nak belajar. mugkin tak banyak dapat buat pada awalya, tapi berharap usia perkahwinan dapat mematangkan saya.

walaupun belum kawin, tetap nak tulis entry ni. sebab saya nak monitor tahap kematangan entry sebelum dan selepas.

to baby, I love you. :)

Saturday, 9 November 2013

so called first love? hm?

Assalamualaikum.

sebagai perempuan rasa seronok bila dah tergolong sebagai bride-to-be. tak boleh nak luahkan perasaan kat orang lain sebab setiap orang berbeza perasaan masing-masing kan? i've looking forward this kind of feeling since a few years ago. maksudnya saya sangat tak sabar. :P

imbau kenangan...

dulu ingat lagi
dalam bilik 305 kolej Dato' Onn, UKM
berbual dengan wawa, direct cakap "wawa, aku rasa si K tu jodoh aku la". wawa jawab, "kenapa kau rasa camtu?"

serius.
rasa speechless dengan diri sendiri sebab tak sangka boleh cakap dengan wawa macamtu.

if you want him, go for him. go and fight for him.
masa tu tak terfikir akan sampai sejauh ini.
masa tu selalu rasa dia lelaki sejuk.
lelaki yang takde perasaan.
masa dulu tak rasa pun nak luahkan perasaan.
hahaha

tapi rasa yakin tu semulajadi.
stat dari cakap dengan wawa.
lawak jugak kan.
Alhamdulillah sampai tahap ni. :)
sebab keberanian saya. kalau tunggu dia? ha sampai kelaut la diam je tak luah apa-apa. LOL.


tak sabar nak tunggu ahad ni. 17hb november 2013.
ikut bulan islam.
13 Muharam 1435H
ini baru permulaan. FIGHT!

Tuesday, 5 November 2013

tunangi

assalamualaikum

first nak ucap syukur ke hadrat Illahi. sebab memang doa dari sekolah supaya jodoh sampai awal. Alhamdulillah. bila Allah bagi lelaki paling baik dalam hidup, rasa bertuah. Allah dah anugerahkan dia yang paling sempurna bagi diri sendiri. sempurna untuk segala hal yang saya nak. syukur.

syukur lagi.
syukur.
ehe.

okay. nak kena announce atau senyap-senyap je?
okay. inhale exhale.
sebenarnya, saya dah ada tarikh pertunangan.
insyaAllah bulan 2 ini. tarikh nak rahsia boleh? :)

sebenarnya dah eksaited sangat. tahap excited to the max. bagitau abah mama. tapi macam tak caye je bila berbincang pasal bertunang dengan abah dan mama. sebab rasa macam belum sesuai lagi nak cakap benda ni semua.

bila dah ada tarikh, rasa lega. rasa makin tak terkata perasaan sayang. rasa macam lepasni banyak tanggungjawab. rasa nak jadi perempuan paling best dia pernah dapat. rasa nak jadi isteri idaman semua lelaki. hahaha. supaya dia rasa bertuah dapat saya.

kawan-kawan, please doakan semua lancar. please doakan semua baik-baik saja. :)

off.

Saturday, 19 October 2013

PHOTOGRAPHER MURAH PLEASE?

Assalamualaikum.

sebenarnya pening kepala nak fikir sesuatu.

SESIAPA TAU PHOTOGRAPHER YANG CAJ BELOW RM500 UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN.

kalau boleh nak mintak tolong shoot dengan buat album simple-simple je. photog baru berjinak-jinak sangat dialu-alukan.

sesiapa ada boleh inform saya pleaseeee. thanks. :)

Monday, 14 October 2013

Astaghfirullah.

A person can love you, and still cheat. The same way we love Allah, and still sin.

Hidup. Biasa buat silap. Sebenarnya kita tahu, semua yang kita buat itu salah. Tak semua betul. Tak semua lorong yang kita lalu lurus. Ada liku-liku. Tak semua jalan yang kita ambil cerah. Ada jugak gelap.

Bila sedar, bila waras, bila rasional, baru buat nafas panjang. Fikir betapa bodohnya cara kita. Kalau boleh putar masa, memang dah rasa nak kembali semula pada masa yang kita buat silap.

Selalu terfikir, masih ada ruang ampun atau tidak untuk hamba macam saya. Yang almost everyday buat dosa. Hitam hati. Kadang-kadang rasa kotornya badan ni. Sental dengan sabut pun masih ada rasa sisa kekotoran yang memang tak boleh tanggal.

Allah.

Memang takut. Takut mati. Takut tiba-tiba mati tak sempat taubat. Takutnya.

Sekarang fikir semula, bila nak buat sesuatu yang memang jauh dari ajaran Allah, fikir apa kesan selepasnya. Berdosa besar. Kita tahu tapi kita buat. Jahil.

Bertaubat selagi sempat. Allah jaga aib kita. Allah jaga sangat. Kalau terbukak segala aib, betapa malunya diri sendiri. Betapa malu nak keluar rumah.

Syukur Allah bagi rasa ini. Walaupun selalu tak waras, tapi masih punya rasa bersalah tak terhingga.

Semoga saya dan dia dan sesiapa sahaja masuk syurga Allah. Ibu bapa dan adik beradik juga!

Saturday, 5 October 2013

Hygienist to be.

Assalamualaikum.

Dalam hidup ni, kita perlu banyak beralah. Beralah dan tidak berkira. Setiap tanggungjawab kena buat. Kalau tertinggal sekali dua, boleh diam, boleh senyap. Tapi kalau setiap waktu benda yang dah diamanahkan tak berjalan, apa respond yang kita kena ekspresikan? Kalau tanggungjawab kecil tapi sewenang-wenangnya buat remeh, buat tak endah, apa guna jadi manusia? Jangan hidup bermasyarakat. Simple.

Saya syukur. Hidup sederhana. Dibesarkan dalam keadaan sederhana. Walau apa yang keluarga buat, sama-sama buat. Kecik-kecik dulu dah diajar. Buat ikut turn. Kalau semalam dah basuh pinggan, harini kena sapu sampah. Esok pulak kemas meja. Berulang-ulang buat benda yang sama. Ikut turn. Tak pernah tinggal tak pernah langgar. Kalau langgar konfem abah marah. Takut.

Jadual dah ada. Dalam kerja pun ada tanggungjawab. Sama jugak dengan keadaan persekitaran kita. Cara bagaimana untuk buat semua yang tak ajar kat dalam buku, tapi diajar dalam kehidupan. Pelik. Adakah mereka tak tahu semua yang mereka biarkan itu, semua yang mereka tinggalkan itu, satu benda paling penting kalau nak hidup selesa. Mungkin masing-masing selesa. Selesa dengan keadaan kotor selekeh tak terurus.

Syukur. Mama ajar jadi anak dara paling mahal. Mungkin dulu saya nampak mama cerewet. Sekarang saya nampak. Semua tu ada kebaikan. Melabelkan mama sebagai seorang mama hebat. Saya memang diajar kemas dapur sampai licin, lipat baju kemas-kemas, susun barang atur-atur, sidai baju ikut jenis, sapu sampah sampai berkilat. Ye. Sampai kemas katil pun kena tegang-tegang. Memang dah biasa. Terbuat sampai sekarang. Ikut jugak kalau malas, buat ala kadar. Tapi masih ikut peraturan.

Saya penat. Penat nak sindir. Takkan selama-lamanya saya sorang je buat itu ini. Bilik air kotor tak berbasuh. Hitam legam. Yang dah kawin pun boleh buat taktau. Eh apa cerita? Mana tanggungjawab yang ada dari kecik? Kenapa semua keluar rumah kena cantik? Kenapa taknak selarikan cantik tu dengan kebersihan diri?

Oh. Saya patut diam. Saya bukan tahu apa. Saya cerewet kot? Tak. Saya tak cerewet. Cuma terlalu teliti. Susah dan benci tengok sepah. Itu saje. Normal kan ada benda ni dalam manusia? Lagi-lagi perempuan. Normal. Ye.

ALHAMDULILLAH.

Assalamualaikum.

harini lega sikit sebab abah dengan mama dah keluar wad. Alhamdulillah. terima kasih Allah sebab jawab doa saya. terima kasih sebab pulihkan mereka. walau tak sihat sepenuhnya, sekurang-kurangnya saya lega sebab mereka dah keluar dari wad. bermaksud demam dah pulih. bermaksud saya tak payah susah hati overdose. sebelum ni macam-macam fikir. nak dating pun takde mood.


SAYANG ABAH SAYANG MAMA! :)

Wednesday, 2 October 2013

DURI

Sebenarnya blog ni ada 2 penulis.. Sorang mawar dan sorang lagi duri.. Saya ni duri dan ini entri pertama saya sepanjang 285 bulan hidup kat dunia ni.. Sebagai entri pengenalan, saya postkan gambar setangkai mawar ni untuk tatapan umum.. Sila puji.. Lukis guna paint je ni.. Ingat senang ke? Bye..


Saturday, 21 September 2013

Impian saya.

Assalamualaikum.

Hai, ini bukan impian saya.
Impian SEMUA!

tahun 2013 ni paling berbeza dalam hidup saya. berbeza sebab apa? sebab bilangan manusia yang tersayang makin bertambah. alhamdulillah. syukur dengan orang yang makin sayang sayang sayang saya! :)

ALHAMDULILLAH. terima kasih tuhan.

panjang sangat intro. hampir terlupa iols nak cerita pasal kawin. bukan iols nak kawin. tapi iols nak bagitau impian-impian iols kalau ada rezeki kawin nanti. jom kita tengok baju pilihan iols untuk kawin camane rupa dan bentuknya. letsss go google menggoogle. ngehngehngeh.

yang pertama kalau baju mesti warna kena soft-soft. orang kata warna warna selamat. saya kata warna pucat. kalau housemate pulak kata "memang warna kau sangat ira". kahkahkah. memang, sejak dulu kalau warna baju ke kasut ke handbag ke mesti saya akan pilih warna-warna selamat. boleh match dengan banyak baju.

bila pilih warna, mesti rasa terjojol mata nak pilih yang terbaik. sampai termimpi-mimpi warna apa yang boleh nampak cantik. kalau ikutkan nafsu, pasti saya akan ambil banyak warna! 0_0

Jadi sekarang cuba tengok beberapa warna pilihan yang saya memang nak nak nak nak!!! eksaited sangat sampai banyak sangat nak kat situ. nampak tak nampak tak?

first baju ni, curi dari blog belladelarossa. sangat suka baju ni. sangat suka warna dia. sangat suka design dia. sangat suka shawl dia. everything saya sukaaaa! SENANG cerita memang suka warna nilah! hihi.


sebenarnya baju ni mak dia buat. dan this one is during her engagement day. :)


warna ni sangat soft kan? suka sangat warna peach ni. sejak bila entah suka. yang pasti suka warna ni sejak ada orang puji muka saya berseri bila pakai tudung warna ni. kahkahkah. over sangat kau jah! kombinasi warna pink dan peach yang macam kat atas ni memang sangat menggiurkan sanubari. faham tak camane? silalah fahammmm. >.<

okay tak faham takpe. next!



ni warna dusty pink. :) ramai orang kawin pakai baju ni kan? comel dan nampak sweet kan?





 ini warna champagne. kenal warna ni sebab ternampak satu pengantin pakai baju warna ni. dia ala-ala coklat cair + gold cair. yang ni pun salah satu warna tercantik dalam pilihan hati saya.

oleh itu, saya rasa saya terlalu suka warna warna soft  yang menampakkan seseorang perempuan bertubuh sasa dan berisipadu besar macam saya ni kelihatan lemah lembut ayu cik senah.

setakat ini saja. next rntry mungkin pasal warna-warna keras pulak. eh ada ke warna keras? amaran keras adalah! bahahaha!!

till then. salam.

Friday, 16 August 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Hai.
Amboi.
Akhirnya terlaksana niat. Blog coretan hati bagi aku dan cinta.

Terpesong tak niat?

HAHAHAHA.
Alahai. Kenapa mesti harini baru buat? 16 ogos 2013.

Takpe. Janji buat. Dari takde. Kan?

By the way, selamat hari raya! :)