Monday, 2 January 2017

Tertubuhnya Wonder Waffle Tahun 2016. Bagaimana Saya Lakukannya?

Assalamualaikum.

Entry ni aku buat khas untuk rekod diri sendiri dan anak-anak serta cucu cicit kesayangan.

Baru 3 hari masuk tahun baru. Aku ada perkara untuk dijadikan diari dalam blog ini.

Hai tahun 2017. Alhamdulillah Allah izinkan aku hidup dan bernafas lagi.

Semua dah update kat facebook azam masing-masing. Semua dah cerita pencapaian tahun lepas (2016). Aku? Belum pun rasa nak berkongsi. Sebab entah kenapa, untuk azam yang penting seperti ini, facebook dan twitter bukanlah tempat yang sesuai.

Well, blog pun tak jugak sesuai. Tapi kat sini tak seramai pembaca seperti di facebook. Takut untuk ditayangkan terlalu umum sebab perkara sebegini perlukan fokus. Takut dikatakan riak. Risau orang salah erti.

Aku terbuka sebenarnya untuk cerita kisah sendiri. Sangat berbesar hati untuk berkongsi. Tapi bukan menjadi kepentingan sesiapa. Jadi di sini cara paling bersih untuk rekod diri dan keluarga nanti.

Tahun 2016.

Aku boleh simpulkan, ini merupakan tahun yang aku cuba semua perkara. Ya, benar. Tahun 2016 ialah tahun aku bereksperimen, tahun aku try and error, tahun yang aku jatuh dan tersungkur, tahun yang aku tiba-tiba naik semula, tahun yang buatkan aku tahu erti sekecil-kecil jumlah itupun merupakan rezeki dari Tuhan.

Awal tahun 2016, aku mengambil keputusan untuk membuka perniagaan makanan ringan. Aku jual waffle. Ye, kedai waffle atas usaha aku dan suami. Siapa sangka, tak pernah terjangkau dalam pemikiran aku yang aku punyai keinginan setinggi ini.

Bermula dengan angan-angan aku yang mahu sesuatu kelainan. Sebab aku perhatikan untuk trend sekarang, kebanyakan wanita atau ibu muda majoriti mereka menambah pendapatan dengan berniaga online. Ada yang berjaya sangat, ada yang sederhana, ada yang suam-suam kuku dan ada yang langsung tak usaha untuk maju.

Aku jadikan keadaan sekeliling aku sebagai punca utama kenapa aku buat keputusan untuk buka kedai waffle. Aku buat survey, mula lakukan beberapa pertanyaan pada keluarga, betul atau tidak keputusan aku, aku cuba untuk kira untung dan rugi, aku cuba untuk yakinkan keluarga supaya bagi aku peluang.

Keizinan daripada suami yang paling susah sekali aku nak dapatkan. Pelbagai soalan berbentuk menakutkan yang suami aku utarakan. Dan hampir semua aku tak boleh jawab!

Selepas aku terangkan perancangan aku, walaupun agak kelam-kabut, akhirnya suami setuju. Alhamdulillah, sampai sekarang dialah yang paling banyak membantu. Idea pun paling banyak datang dari suami. Segala jenis pertolongan memang suami serahkan 100 peratus sampai aku puas hati. Tak terjangkau dek hati aku yang suami merupakan sebahagian paling berilmu dalam dunia perniagaan. Walaupun pada mulanya tak tunjuk minat langsung, tapi siapa sangka dialah tunjang kepada apa yang aku ada sekarang.

Aku berikan nama kedai waffle kami sebagai "Wonder Waffle". Nama yang suami cadangkan. Permulaan yang baik sebab aku dapat tapak kedai yang strategik. Hari pertama buka pada 1 Februari 2016 di Foodcourt Terminal Bas Cyberjaya. Alhamdulillah. Sambutan yang menggalakkan.

Tapi, panas tak sampai ke petang, rupa-rupanya hujan di tengahari. Bulan pertama, kedai waffle dijaga oleh adik ipar. Sehingga lah dia kena masuk semester semula. Kemudian, bulan April sehingga May dijaga oleh adikku Anis. Selepas itu, aku ada masalah yang paling besar. Anis dah masuk form 6, kedai waffle dijaga oleh pekerja baru. Orang seberang sana. Perempuan dan masih muda. Pada mulanya sebulan pertama memang nampak baik dan sopan. Tiada masalah langsung dan aku percaya seratus peratus.

Satu hari, owner kedai sewa memberitahu pekerja kedai waffle aku hilang. Dia melarikan diri. Aku buntu sebab tiba-tiba sahaja dia ambil keputusan untuk berhenti kerja. Langsung dia tak inform aku. Mulai dari hari itu, puas aku cari pekerja. Melalui facebook, iklan di twitter, iklan di whatsapp, iklan tampal dan banyak cara lagi.

Tapi langsung tiada sorang pun hubungi aku untuk bekerja. Aku buat keputusan untuk tutup sementara. Kemudian, aku dapat offer baru. Allah dengar doa dan rintihan aku.

Walaupun aku sering lalai dan sering terlupa yang Allah sentiasa di sisi, DIA masih ada berikan aku peluang yang lebih baik. Aku kemudian buka cawangan Wonder Waffle di kampung halamanku. Tangkak.

Sekarang, kedai waffle kami masih beroperasi di Borders Tea Tangkak. Alhamdulillah, Tuhan itu Maha Mengetahui. Kalau bukan sebab aku punyai masalah pekerja, mungkin aku tidak dapat peluang yang terbaik ini. Rezeki aku di Tangkak lebih banyak berbanding semasa di Cyberjaya. Percaturan Allah itu sebenarnya yang paling bagus dan baik. Aku belajar sesuatu. Bahawa, bukan semua yang kita nak Allah akan berikan bulat-bulat, DIA akan datangkan keperluan kita dengan cara yang paling susah untuk dapatkan perkara yang kita takkan terfikir kita boleh miliki sekarang. Bila kita miliki sesuatu yang kita pernah sebut dalam doa dulu, perasaan untuk hargai akan jadi lebih kuat.

Aku nak bersyukur pada Allah. Sebab sambutan waffle di Tangkak menjadi lebih luar biasa. Kerana:

1. Kedai Borders Tea meruapakan tempat lepak budak sekolah
2. Berdekatan dengan pejabat kerajaan
3. Lebih ramai kawan facebook yang tahu dan ada keinginan untuk cuba dan rasa
4. Ramai beri feedback positif sebab kebanyakan yang dah rasa Wonder Waffle akan repeat lagi

Oh ya, ramai yang tanya,

"Ira, untung ke?"
"Ira, camane nak niaga waffle macam kau? Nak jugak buat"
"Ira, siapa jaga kedai? Kau kan kerja?"
"Ira, senang tak niaga waffle?"

Hehehe.

Soalan macamni memang kerap sangat aku dapat. Bukan sekali dua tau, malah setiap kali orang jumpa, mesti akan tanya.

Ok. Macamni.

Untung ke tak untung, itu perkara kedua aku fikir. Yelah, siapa nak rugi kan? Mestilah semua yang berniaga, benda pertama yang kita fikir ialah untuk untung. Modal dah keluar, kalau rugi, hangus lah modal. Tak gitu? Tapi kenapa aku cakap perihal untung itu sebagai perkara kedua? Sebab tahun 2016 ialah tahun aku eksperimen. Tahun aku belajar. Tahun kita perbaiki mana yang tak okay dan kita improve mana yang perlu. Secara jujurnya, untung berniaga waffle belum lagi 100%. Tapi bulanan untung bersih aku dah boleh bayar duit Alza bulan-bulan. Okay lah kan? Daripada takde langsung? :)

Camane nak niaga waffle? Yang pertama, kena minat. Bukan sebab tengok orang buat, kau pun nak buat. Tapi tak salah jugak macamtu. Biasanya kita tak tahu yang kita ni minat sesuatu selagi kita tak cuba. Betul tak? Okay, untuk bermula bisnes waffle, kita kena ada modal. Aku bermodalkan RM5000 sahaja dan aku boleh beli semua kelengkapan perniagaan aku. Kalau nak tahu lebih lanjut, kalau nak berniaga macam aku, boleh contact aku je k?

Kedai waffle aku kat Tangkak, which is family aku iaitu mama abah aku duduk sana. Memang aku mintak abah mama tolong jenguk-jenguk. And aku dah amanahkan abah mama untuk tolong pantau. Alhamdulillah, semuanya okay. Kadang-kadang setiap Sabtu dan Ahad aku akan balik Tangkak dan tengok apa yang patut. Aku berkomunikasi dengan staf aku melalui whatsapp je. Tapi untu restock tepung dan jem, memang aku order sendiri dan post terus ke rumah aku di Tangkak. Kemudian, mama akan hantar ke kedai. Nampak komplikated kan? Tapi hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Kat sini, peranan pekerja sangat penting. Aku bersyukur sebab aku dapat staf yang baik, rajin dan jujur. Bagusnya staf aku ni, tak terlalu mengharapkan aku sangat. Dia hanya akan beritahu kalau tepung dan jem habis. Keperluan lain dia akan beli sendiri dan restock sendiri kalau habis. Tanpa perlu kacau aku. Dia boleh buat keputusan sendiri. Tapi setiap hari dia akan update sales dan duit yang keluar. Resit pun dia akan attached. Setakat ni memang tak pernah duit hilang. Terima kasih Lyna sebab jujur dengan akak. :)

Senang tak berniaga waffle? Susah ke senang tu subjektif. Sebab semua benda akan jadi susah kalau kita banyak alasan. Aku jadikan dia untuk kelihatan senang di mata orang. Tapi yang menanggungnya hanya aku dan suami. To be honest, kos memang tinggi untuk berniaga waffle. Sebab bahan yang diperlukan semuanya barang yang setiap tahun naik harga. Iaitu tepung, minyak dan telur. Jem waffle perlu cari yang berkualiti. Kalau jem yang tak sedap dan murah, akan effect rasa waffle tu sendiri. Kalau boleh kita nak berikan yang terbaik pada customer. Dan paling penting, jangan sesekali kedekut jem. Jem perlu tebal sebab customer bukan beli tepung kosong. Dia bayar untuk menikmati rasa jem tu sekali. Betul tak? Setakat ini cabaran berniaga ialah harga barang yang makin naik. Contoh yang paling terdekat ialah harga minyak. Memang boleh buat kepala botak bila fikirkan kenaikan harga barang. Lebih-lebih lagi untuk peniaga makanan secara kecil-kecilan macam aku. Cabaran lain pula, untuk cari staf yang baik. Seperti staf sekarang. Tapi dukacita aku maklumkan, staf sekarang akan berhenti kerja mulai 17 Januari 2017 sebab dia dapat better offer. Aku tak boleh halang, sebab aku memang kena agak perkara seperti ini. Untuk berniaga makanan ringan seperti waffle, tempat kena strategik. Kena tempat yang ramai budak sekolah. Atau ramai perempuan. Sebab apa? Sebab perempuan memang suka waffle. Rata-rata yang beli waffle mesti perempuan. Kan?

Okay, dah menjawab soalan aku rasa.

Itulah, taip panjang-panjang macamni memang takde siapa baca. Tapi aku dah cakap atas tadi, ni untuk rekod diri sendiri. Satu hari nanti keturunan aku kena tahu betapa azabnya nak cari rezeki. Bukan semudah ABC tau.

Oh. Lagi satu, aku akan update jugak Lipmatte Byshera keluaran terbaru aku. Yes. Betul. Jenama aku sendiri. Alhamdulillah. Nak sujud syukur sebab dah ada jenama sendiri.

Ya Allah permudahkanlah jangan kau sulitkan.

Nanti la update pasal lipmatte byshera. Tak sabar, teruja, excited, dan semua perasaan jadi satu bila cakap pasal lipmatte byshera.

Thank you Allah. Sebab terlalu sayang saya sehingga beri saya peluang sebegini.

Allah dah jawab doa saya sikit-sikit.

:)


Till then. Bye peeps.