Asssalamualaikum.
Aku rasa kadang-kadang nak marah nak maki orang tapi terfikir yang aku ni dah jadi emak. Emak pada budak. Aku nak anak lelaki yang baik, jadi aku kena jadi emak yang baik. Perangai anak memang akan ikut apa yang mak ayah tunjuk. Kalau negatif, negatif la budak tu.
So, why not kita sabar je kan?
Sabar memang boleh. Tapi kadang-kadang ada had. Nak marahkan manusia, tapi kita sedar tak yang kita ni pun kadang-kadang ada buat silap.
Sekarang memang masanya kita belajar jadi matang. Sebab dulu dah puas marah dah puas nak melenting tiba-tiba. Aku jadi slow down sebab aku dapat anak yang dengar kata. Dapat suami yang penyayang. Kalau orang sekeliling buat kita marah, benda-benda yang buatkan kita sakit hati ni automatik jadi sejuk sebab fikirkan imej suami dengan anak yang sentiasa positif.
Manusia ada perasaan yang tak boleh nak pendam. Kalau kau semua kata yang korang bukan panas baran, NO, kita semua masing-masing ada sifat ni. Bezanya panas barang kau tu meletus serta merta atau kau simpan kejap esok-esok kau meletop. Aku pun dulu rasa aku bukan panas baran, tapi aku jenis suka melenting kalau aku tak suka. Tapi entah kenapa, sejak dah makin meningkat umur, nak marah-marah jadi penat.
So aku buat apa? Aku ignore je. Aku cool kan diri fikir benda lain. Aku jenis cepat maafkan orang. Dan cepat lupakan apa orang buat. Bila dah okay, aku akan okay la. Buat takde apa-apa.
Kadang-kadang nak mengamuk tak tentu pasal ni bukan dapat apa. Dapat penat sebab jerit sebab rasa nak pecah dada tu lagi, nak tahan air mata dari jatuh lagi, nak tahan suara supaya tak bergetar sebab menangis lagi.
Nampak tak betapa penatnya kalau marah?
So, kita relaks je ok. Pastu enjoy.
Hehe.
Bye.
Bila hati saling memerlukan. Panahan mata terlalu dalam. Seakan faham cinta itu mekar. Cinta bersatu sampai syurga. Setiap nafas untuk KITA. Demi Allah untuk KITA. Lillahi Taala.
Thursday, 29 December 2016
Wednesday, 28 December 2016
Masa Itu Terhad Tapi Boleh Rasa Sama Macam Dulu. Bagaimana?
Assalamualaikum.
Intro mesti nak cakap pasal blog yang berhabuk ni. Walaupun semua dah maklum sebab jarak posting awal tahun dengan hujung tahun. Haha.
Menjadi seorang ibu beginilah. Ada masa free yang boleh nak buat macam-macam yang kita suka. Ada masa pulak sangat sibuk sampai kadang-kadang nak mandi pun boleh tangguh-tangguh sampai tengahari.
Aku masih seorang Nur Syahira yang dulu. Masih sama dari segi semua aspek. Cuma sedikit sensitif jika melibatkan anak lelaki seorang tu. Yela, ibu ibu mesti la sensitif kan kalau apa-apa jadi kat anak.
Sebenarnya tengah ambik mood nak berblogging semula. Mungkin atas faktor dah ada facebook dan twitter, semua yang kita nak cakap dah terluah kat sana.
Tak boleh nak elak, kena ikut peredaran zaman. Masa dulu mana ada cara nak cakap panjang-panjang untuk satu masa.
Masa dulu tak sangka yang kita takkan banyak masa dalam tempoh 24 jam yang Allah beri sekarang.
Tanggungjawab dah bertambah. Komitmen dah mendahului segalanya. Perkara yang dulunya macam sebahagian dalam hidup dah jadi perkara biasa dalam hidup kita.
Normal la. Kita semua akan lalui zaman "slow" yang mana kita takde masa dan takde perasaan nak buat apa yang kita pernah buat satu waktu dahulu. Biasanya jadi sebab kita sudah ada hidup baru yang tiba-tiba bertukar tanpa kita sedia.
Apapun yang kita redah, kena ingat yang kita jugak perlu ada masa untuk cuba kembali macam dulu. Walau tak sama tapi at least kita bagi ruang supaya apa yang kita pernah rasa dulu, kita boleh rasa sikit sekarang. Maksudnya, perasaan nak menjadi terbuka macam dulu boleh jugak dirasai walaupun dah jadi seorang ibu yang terhad masanya.
Pastu nak cakap apa lagi ni?
Hehehe. Itu saje yang paling basic sebelum nak start yang lain.
Btw, Redza dah 1 tahun 4 bulan. Alhamdulillah. :)

Thursday, 7 January 2016
Hello 2016 yang penuh dengan rezeki. Bye 2015 yang penuh dengan kejutan.
Assalamualaikum.
Hello 2016. Bye 2015.
Hmmmmmm. Hambarnya intro aku. Al-maklumlah dah lama betul tak menulis. Hukhuk.
Mari mulakan entry Januari 2016 tentang perkembangan terkini aku. Eleh macam la ada orang nak tahu. Huuuu wuwuwu.
Let's!
2016 ni perubahan kepada aku terlalu banyak. Ok. Aku bagi contoh satu-satu. Jangan jemu untuk teruskan pembacaan. :)
Contohnya.
Pertama. Kerja baru membawa aku bertemu rezeki baru.
Dah sebulan lebih kat tempat kerja baru. Alhamdulillah kerja ini ialah kerja yang diidam-idamkan. Terima kasih Tuhanku. Tuhanku ialah Allah yang Maha Esa.
Kerja baru memang totally buat aku jatuh cinta. Bagi aku satu perasaan best untuk setiap hari mulakan hari baru. Terasa seperti hari ini untuk bangun pergi kerja dengan ikhlas. Cuma liat sikit nak bangun pagi pagi sebab malam tu susah nak tidur lena. HAHAHA. To be honest, semangat nak buat kerja sekarang lain macam sikit sebab lebih rasa perasaan bertanggungjawab terhadap keluarga.
Kalau sebelum ni, pergi kerja sebab nak duit semata untuk perbelanjaan harian. Rasa nak duit sebab hoi siapa taknak duit kan? Tapi, selepas dapat award and naik pangkat jadi emak, automatik perasaan nak cari rezeki tu bertukar kepada cari makan untuk anak. Especially untuk keluarga yang bakal membesar tahun demi tahun.
Bukan lah senang untuk menjadi seorang rakyat Malaysia sekarang. Betul kan? Segalanya memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Tahun demi tahun, aku perhatikan perbelanjaan aku meningkat bukan saja sebab nafsu yang makin gila nak beli itu ini, tapi sebab peredaran masa yang menjadi sebab utama. Kenapa? Sebab bila aku bujang, of course aku belanja untuk diri sendiri je dah cukup. Bila dah kahwin dan ada anak, perbelanjaan dah dipecahkan kepada bahagian lain pulak, sebab itu semakin lama semakin banyak duit yang aku perlukan. Ini satu perjuangan dalam hidup. Allah dah bagi rezeki anak, why not kita gandakan usaha supaya rezeki yang Allah bagi tu dihargai seadanya?
Untuk menjadi seorang Nur Syahira, amatlah susah bagi aku buat keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Diri sendiri tahu kemampuan sendiri. Aku tak pernah terlintas nak susahkan suami dengan menanggung makan pakai aku semata tanpa bagi sumbangan kewangan walaupun sedikit. Aku berimpian untuk menjadi suri rumah yang mampu berikan suami satu kelegaan dalam tiap nafasnya tanpa merasai sikit beban pun kerana memperisterikan aku.
Pernah hampir setiap hari suami mencadangakan supaya aku boleh berhenti kerja dan fokus bisnes online. Lebih-lebih lagi waktu aku sedang mengandungkan Redza. Masa ni memang keinginan membuak-buak untuk bermalas-malasan dekat rumah dan taknak keluar rumah langsung termasuklah pergi kerja. Dan masa ni alahan mengandung melampau-lampau sampai perlu MC 29 hari sebulan. Hehe. Sebenarnya memang suami kasihan dengan isterinya yang lemah longlai nak drive jauh-jauh dan tempuh jem hampir setiap hari.
Tapi idea suami tu memang aku tak terima langsung. Aku rasakan aku perlu bekerja. Walaupun aku tahu suami mampu dari segi kewangan, tapi aku sendiri masih belum mampu nak hilangkan rasa seronok terima gaji setiap bulan. Siapa tak suka duit kan? Siapa yang sanggup gadai hampir 3k bulan-bulan dalam bank kan? Akhirnya, idea suami terkubur macam tu je.
Sampailah aku dah bersalin. Dah ada anak. Dah start rasa tak boleh berenggang dengan anak sendiri walaupun sesaat. Dah start rasa rindu bila jauh.
Okay. Sindrom mak-mak dah meresap. Meresap terlalu banyak!
Aku buat keputusan. Keputusan besar untuk berhenti kerja. Family tak tahu. Semua taktahu kecuali aku dan suami.
Aku fikir dalam-dalam. Ini hidup aku. Hidup aku dan suami. Hidup kami berdua. Biar kami yang tentukan.
Atas dorongan secara seratus peratus dan galakan dari suami yang kucinta, aku berhenti kerja seketika selepas habis cuti berpantang. Dalam tempoh tersebut, belum sempat aku cuti dan rehat panjang, aku ditawarkan bekerja di tempat baru pada awal bulan Disember 2015. Atas perbincangan dengan suami yang memang tempat rujukan aku setiap kali keputusan besar perlu dibuat, dan atas pandangan abah yang sering bagi nasihat-nasihat padu, aku setuju untuk bekerja di sini dan ya, aku sedang menulis entry ni di depan sebuah pc milik office aku. Hehehe.
Kenapa aku setuju? Kata nak jaga anak depan mata? Okay, sebab aku mata duitan. Sebab offer yang aku dapat sangat better dan aku tahu ini rezeki yang tak disangka-sangka dari Allah yang aku duk siang malam mintak dalam doa lepas sembahyang. Apa tunggu lagi kan? Aku accept dengan hati yang riang dan rasa penuh kesyukuran.
Akhirnya Allah jawab doa aku. Doa apa? Doa aku nak tempat kerja dekat. Kalau boleh senang nak jenguk anak waktu lunch hour kalau berkesempatan. Taraaaa! Memang tepat pada masanya. Nah.
Jarak tempat kerja baru dengan rumah sangatlah dekat. Kalau dulu untuk sampai ke tempat kerja seperti tempoh aku dari UKM nak balik Tangkak. Bukan sebab jarak jauh tetapi sebab kesesakan jalan yang terlampau menyeksakan yang buatkan perjalanan ambil masa sangat lama. Kalau dulu hampir pukul 8 malam dah hujung-hujung maghrib baru aku sampai rumah. Tapi sekarang aku siap sempat sembahyang asar kat rumah lagi. Sebab hanya 20 minit masa dari rumah aku ke tempat kerja baru. Shah Alam - Cyberjaya pun tak banyak tol sangat. Pergi satu tol dan balik satu tol. Kalau dulu untuk tol sahaja sebulan aku habiskan hampir 300 ringgit, belum masuk minyak lagi kan. Memang sangat pengsan bila nak difikirkan.
Sebagai isteri, aku bukanlah seorang yang senang minta-minta dan senang untuk menuntut sesuatu daripada seorang suami, bukan juga perempuan yang harapkan kemewahan suami semata-mata. Sendiri kena berusaha. Dah terbiasa dari kecik, kalau nak apa-apa, beli sendiri. Bila dah kahwin pun, selalu buat self reward guna duit sendiri. Baru puas hati beb! Bukan sebab aku tak boleh mintak, tapi diri sendiri tak mahu. Banyak kali suami offer itu ini, semua aku tolak dengan baik. Bukan tak sudi. Tapi harapan aku supaya duit suami itu boleh digunapakai untuk anak-anak kelak. Ok. Suami patut bersyukur dapat aku sebagai isteri kahkahkah. :P
Aku punyai suami yang bertanggungjawab. Syukur. Sebab hampir 90 peratus perbelanjaan rumah dia yang bayar. Sampai aku kasihan walaupun aku tahu itu memang perilaku dan sikap dari hati dia yang ikhlas. Ah, memang la suami wajib bagi nafkah zahir, semua orang tahu. Tapi apa salahnya isteri tolong. Semua dia nak bayar, habistu aku punya duit banyak-banyak ni nak buat apa? Gaji aku bulan-bulan masuk macam dia jugak, takkan aku nak peram je tak keluarkan walaupun sikit? Tak ke nampak pentingkan diri sebab eh kau je ke nak saving nak ada simpanan hari tua? Dahtu suami kau tak boleh nak menyimpan macam kau?
Eh. Kenapa aku emosi? Hahaha. Aku kagum dengan surirumah sepenuh masa yang bukan sahaja jaga anak 24 jam tetapi curi-curi masa nak buat business online semata-mata nak dapat duit sampingan. Aku tahu mereka seperti aku, taknak pentingkan diri biarkan suami keluarkan duit macam air. Aku tahu mereka inginkan sikap saling tolong-menolong terisi dalam keluarga dengan bantuan ikhlas mereka. Contoh terbesar depan mata aku sendiri ialah mama aku. Dulu kerja bahagian admin dekat kilang di melaka. Tapi lepas dapat anak, berhenti kerja dan jaga kami adik-beradik sepenuh masa, sambil-sambil buat kerja lain untuk tolong abah. Kagum.
Boleh nampak tak apa yang aku cuba sampaikan? Ooo takpe. Sebab panjang sangat jadi koang dah close blog ni ye? HIHI.
Next. Contoh kedua. Aku dapat peluang baru.
Peluang apa? Akan diceritakan kelak dalam next entry. Tapi cerita kat bawah ni ada kena mengena sikit dengan peluang yang bakal aku cerita tu nanti.
Aku ada satu sikap yang tak baik. Aku nak kaya. Aku nak kaya dan beli rumah besar, nak beli apa sahaja dengan duit sendiri tanpa ada halangan. Aku berangan macam-macam. Nak kereta mahal, nak rumah yang sangat besar dan banyak!, nak bagi abah dan mama duit bulanan berjumlah bayaran gaji seorang eksekutif, nak bagi duit pada mak dan ayah mertua juga. Nak derma pada orang susah (yang betul-betul susah), nak simpan tabung haji anak setiap bulan 1000 ringgit. Nak buat masjid atau surau. Aku nak kaya! Nak jadi macam Dato' Vida tu ha. Tak mustahil pun kan?
Semua yang kenal aku or yang ada dalam friendlist facebook aku, rata-rata tahu aku buat business online sebagai satu hobi masa lapang. Malah ia bukan lagi jadi hobi buat aku tetapi sebagai pendapatan sampingan aku yang konsisten. Boleh dikatakan, dengan business kecil macamtu, aku boleh berlapang dada sebab masih ada income masuk dikala memerlukan duit secara tiba-tiba lebih-lebih lagi kalau ada emergency atau sebagainya.
Tahun 2016 ni untuk aku terlalu banyak perancangan baru yang aku buat. Semuanya atas sebab perasaan nak kaya tu melonjak-lonjak. Semuanya kerana terinspirasi dengan kekayaan orang lain. Paling penting sekali, sebab nak bagi anak aku merasa senangnya hidup tanpa rasa susah. Macam-macam yang aku idamkan. Aku cuba buat satu-satu. Aku bukanlah manusia yang jenis duduk diam tak hasilkan apa-apa. Kalau boleh setiap apa yang aku buat, mendatangkan kebaikan dan keseronokan. Kalau boleh aku dapat hasil daripada apa yang aku buat. Dan hasil itu aku akan bahagikan sama rata pada semua kesayangan aku.
Syukur. Dengan permulaan kerja baru ini menemukan aku dengan satu peluang besar untuk aku. Rezeki yang Allah turunkan melalui panggilan kerja di sini. Sebab tu aku cakap, dari segi semua aspek, aku memang sangat suka dengan kerja baru aku. Segala-galanya bermula dari sini.
Ada hikmah kan? Tertutup satu rezeki, Allah bukak seluas-luasnya pintu rezeki aku yang lain.
Sujud syukur.
Thank you Tuhanku yang aku sayang.
Btw, aku tahu entry ni tak best. HAHAHAH.
Sebab bakat menulis dah transform jadi bakat mak mak. Eh?
Till then. :)

Labels:
azam,
family,
ikhlas,
kerja,
khaleelsyahira,
motivasi,
newyear,
pelaburan,
rezeki,
tanggungjawab
Tuesday, 5 January 2016
Bersalin kan seorang REDZA RAFAEL BIN KHALEEL HUSAINI
Anak tengah tidur. Mak ada masa nak type panjang-panjang ni. Amaran keras dari mak, post ini memang panjang yang amat. Sila jangan meluat sebab ada adegan yang mesti korang fikir "elehhh tu pun nak bagitau" hahaha.
Okay. Sebelum tu, assalamualaikum semua. Salam jumaat. Ini kisah kekuasaan pertolongan Allah, kuasa zikir Nabi Yunus dan kuasa dari segala yang berkuasa yang memudahkan segala-galanya dari awal sehingga akhir. Ya Awwal Ya Akhir.
14 OGOS 2015
38 minggu 4 hari
38 minggu 4 hari
Hari-hari bangun tidur, kawan sekeliling yang mengandung dah selamat bersalin. Selalu aku tanya, "bila turn aku?" Akhirnya harini terjawab sebab dah keluar tanda. Orang tua-tua panggil tanda kembar darah. Tak sakit pun. Hanya ada darah yang keluar. Cepat-cepat buat keputusan nak balik Tangkak atau nak ke hospital terdekat. Akhirnya suami bagi kata muktamad "jom balik Tangkak sekarang jugak!".
15 OGOS 2015
38 minggu 5 hari
38 minggu 5 hari
Suami ajak ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar. Cek di sana dan InsyaAllah bersalin juga di sana. Tanda kembar darah masih ada. Tapi sakit langsung tiada. Keputusan check up, tiada bukaan langsung hatta 1 cm pun. Legaaaa belum nak bersalin. Boleh makan banyak lagi, kata aku pada suami. Hihi.
16 OGOS 2015
38 minggu 6 hari
38 minggu 6 hari
Usai solat subuh, tiba-tiba rasa sesuatu. Aku yang tak pernah mengandung ni, tak tau apa itu sakit contraction, still rileks and makan brekfes banyak-banyak. Terasa kekerapan sakit pinggang memulas-mulas dalam 10 minit sekali. Perut pun sama memulas sepakat dengan pinggang. Ah sudah. Ini ke contraction?
Kami suami isteri ke Hospital Muar. Pergi ke sana bukan sebab nak hantar aku untuk bersalin, tapi sebab nak hadiri ceramah Rakan Mesra Bayi yang wajib kami hadiri kalau nak suami masuk sewaktu isteri bersalin. Sakit masih terasa tapi aku tetap tak nak suami gelabah. Duduk dalam kereta dengan tenang sambil bukak apps contraction timer untuk buat kiraan sakit yang aku tengah rasa.
2 petang
Ceramah habis. Aku mengadu pada suami kekerapan sakit masih 10 minit sekali. Suami punya cuak dah mengalahkan aku yang nak bersalin. Rileks la suami, saya yang akan push tau, bukan awak. Hehehe. Akhirnya aku serah diri pada doktor.
3 petang
Doktor cek, okay dah ada bukaan 2 cm. Lalu aku bagitau suami. Doktor suruh aku stay ward. Tapi masa ni rasa nak balik rumah sebab bukaan baru 2 cm. Aku dimomokkan and difahamkan kalau anak first tempoh bukaan serviks ialah 10 jam ke 12 jam. Anak first kan laluan takde lagi. Aku rasa nak gamble je balik Tangkak semula sebab nak makan cendol punya pasal! Tapi sebab dah kena masuk ward, aku pendamkan perasaan nak makan cendol. Suami berjanji akan bawak makan cendol lepas habis pantang. Lamaaaaanyaaa lagi.
4.30 petang
Masuk ward. Dah ada dalam ward 13 katil nombor 5. Kena tukar baju warna pink. Kena cucuk jarum nak pasang drip. Aku rileks je lagi walaupun sakit. Tapi masih boleh berlawak dan gelak-gelak dengan suami. So belum tahap sakit gila bak kata biras aku. Sebab mampu senyum lagi. Hehe.
6.30 petang.
Masa ni sakit tiba-tiba datang macam tak kasihankan tuan badan ni. Hahaha. Kekerapan rasanya dah 5 minit sekali. Suami masih setia kat sisi katil. Aku dah takleh duduk tenang. Takleh nak baring. Akhirnya bersila atas katil sambil zikir. Suami pegang tangan kuat-kuat time contraction datang. Aku rasa nak patahkan tangan suami sebab sakit sangat. Suami cuba hilangkan fokus aku untuk kurangkan sakit. Dia mula throwback zaman kami bercinta. Tapi aku tak layan. Contraction makin kerap mak datuk. Aku takleh layan suami punya throwback. Time ni dia tanya "nak mengandung lagi?" Laju aku jawab TAKNAK!
Suami punya peranan memang sangat diperlukan time ni. Syukur suami ada. Dia buat macam-macam untuk buatkan aku lupa yang aku tengah sakit. Dia ajar aku selawat. Zikir. Aku menangis sebab sakit. Nangis itulah sekali sebab suami suruh aku kuat. Sempat suami pesan untuk bagi motivasi "kalau awak bersalin dengan cemerlang, saya akan belanja trip honeymoon kita bertiga (termasuk baby)".
10.15 malam
Doktor cek bukaan. Okay dah 4 cm. Doktor nak tolak aku masuk labour room. Time ni macam-macam perasaan. Rasa nak cepat-cepat hilangkan sakit ni. Masa ni dah redha. Mind set pun cakap "redahhhhh je".
Sebelum masuk labour room, aku amek air selusuh yang suami dah buat sebulan yang lepas. Aku tak berani minum. Aku siram air tu dari perut sampai ke kaki. Aku niatkan supaya permudahkan proses kelahiran zuriat pertama kami. Sempat aku capai air zamzam dan minum 2 3 teguk.
10.30 malam
Dah ada dalam labour room. Salin baju bersalin. Diletakkan dalam bilik bersalin nombor 4. Time ni takde siapa-siapa boleh tenangkan aku. Suami tak dibenarkan masuk lagi. Sakit terasa macam seminit sekali. Ya Allah, masa ni ingat mati je. Peluh berjurai-jurai keluar. Zikir Nabi Yunus memang tak putus-putus. Tarik nafas dan hembus. Ahhh, nak suami! Dalam hati berazam taknak mengandung lagi. Nak suami saya masuk boleh tak nurse? Aku berkata dalam hati. Nak cakap pun dah tak boleh time ni.
Aku tak keluarkan bunyi. Tak nangis tak meraung tak menjerit macam bilik-bilik lain. Aku ingat Allah ada. Aku mintak pertolongan Allah supaya awalkan kelahiran bayi ini. Aku doa banyak-banyak. Aku rasa itu adalah doa aku yang paling tulus sepanjang aku hidup. Paling bersungguh dikala kesakitan dah capai tahap tak boleh hadap lagi.
Aku tengok jam baru pukul 11.00. Ya Allah lama lagi ke nak tempuh? Baru 4 cm ke bukaan aku? Kenapa sakit sangat?
11.25 malam
Aku terasa nak meneran. Terasa something nak keluar. Aku dapat rasa kepala baby dah nak keluar. Aku panggil nurse.
"Nurse nurse! Saya rasa nak teran dan rasa ada benda nak keluar"
"Tadi bukaan baru 4 cm kan? Jap saya cek"
"Saya rasa nak meneran sekarang nurse!"
"Eh bukaan awak dah full ni"
Masa ni Tuhan je tau betapa aku tak sabar nak keluarkan sesuatu. Rasa nak buang air besar pun ada. Tapi bukan nak berak.
"Nurse tolong panggil suami saya"
Aku nampak suami masuk. Dia datang terus ke sisi aku dan genggam tangan aku. Dia pangku kepala aku. Aku dengar dia ajar aku zikir. Zikir yang memang aku baca sejak dalam ward petang tadi. Kat telinga aku dia bacakan zikir sebanyak yang boleh.
Nurse dah ready nak sambut baby. Aku ikut cara nurse yang ada kat situ. Ada 2 orang nurse. Dia suruh push time sakit datang.
"Pandai awak push. Okay push lagi"
"Pandainya dia push. Lagi sekali push"
Aku pejam mata. Tangan suami aku rasa memang macam dah nak patah aku genggam.
3 kali push.
Maka lahir baby lelaki tepat jam 11.38 malam. Lega.
Aku rasa dahi aku kena kucup oleh si suami yang nampak sebak. Suami mintak izin nak azankan baby. Baby kat atas dada tengah menangis and diam tak semena-mena dikala suami azankan. Moment paling indah bagi aku. Syukur.
Sekarang aku percaya. Pertolongan Allah yang memudahkan aku dalam bilik bersalin. Tak sampai sejam dalam bilik bersalin. Tak lama nak tunggu bukaan 4 cm ke 10 cm. Push kali ke tiga baby dah meluncur keluar. Zikir Nabi Yunus yang mujarab. Yang memuntahkan bayi dalam perut sesenang Nabi Yunus dimuntahkan oleh ikan nun. Doa suami dan keikhlasan suami buat solat hajat. Doa ibu bapa dan adik beradik yang tak putus putus. Sokongan dari keluarga mertua yang tak jemu. Yang paling penting, kemaafan yang aku pinta dari suami bermula dari awal mengandung lagi. Ya, itu paling penting.
Suami kata muka aku terlalu nekad masa tengah push. Nekad nak keluarkan baby. Hahaha. Nasib baik dia tak kata muka aku macam orang kena sawan. Sekarang aku boleh claim hadiah yang dijanjikan, betul tak? Kihkihkih.
Betul la orang kata. Betapa kesakitan bersalin tu sangat luar biasa. Allah dah bagi limit sakit ini khas untuk wanita sahaja. Bukan untuk lelaki. Maka wahai lelaki, sesekali renunglah pengorbanan isteri untuk memberimu zuriat. Isteri pertaruhkan hampir keseluruhan nyawanya demi untuk anak dari benihmu. Bukan untuk sesiapa tapi demi kamu.
Fuhh panjang sangat ni. Nah pada mereka yang suruh share pengalaman bersalin. Ni lagi detail untuk kalian. Hehehe. Selamat bersalin pada mereka yang sedang tunggu hari. Ingat, Allah ada dengan kita. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan.
Tammat.
Eh, jap belum tammat rupanya. Nak jugak menempel sekeping gambar Redza masa hari pertama menjengah dunia.
Taraaaa!
Hehehe.
Dah bye.
Pesanan untuk anakku:
Buat Redza, jika Redza dah boleh baca kelak, hayati saat ibu melahirkan kamu. Zuriat pertama ibu, anugerah yang ternilai buat ibu dan ayah. Betapa ibu sangat bertarung nyawa, untuk melahirkan kamu ke dunia ini. Ibu sayang Redza Rafael!
Nota kaki
Post ini copy paste from facebook. Lama tak post entry. Dan nama Redza langsung takde dalam blog ni. Kiranya ni first time introduce anak sendiri kepada umum. HAHAHA. K.
Labels:
anakku,
family,
heart,
jantunghati,
khaleelsyahira,
love,
marriage,
mysayang,
parenting,
pregnancy,
pregnant,
redzarafael,
rezeki,
zuriat
Subscribe to:
Posts (Atom)