Sunday, 24 May 2015

Pregnant - Post pertama

Bila sedang mengandung ni, banyak benda aku belajar, aku nak share dan aku nak semua tahu, mengandung ni bukan setakat kau ada baby dalam perut, kau kena mengidam itu ini, kau nak emo 24 jam, kau rasa baby gerak-gerak. TIDAK. Proses dia untuk manusia hebat bernama wanita sahaja yang boleh tanggung. Sebelum tu aku nak bagi amaran, pertama, post ini sangat panjang, kedua, pengalaman kita mungkin tak sama, sangat berbeza sama sekali.

Pengalaman sendiri, cek UPT positif selepas beberapa minggu kahwin, semuanya bermula ketika itu. Tanggal 25 Disember 2014, kegembiraan yang tidak terperi bila nampak double line. Suami raup muka tanda syukur. Rasa macam tak percaya dan tak sangka yang rezeki zuriat dan pewaris keturunan kami Allah turunkan secepat ini. Alhamdulillah. Siapa tak seronok? Siapa tak nak anak? Itu kadang aku pelik bila bersepah anak-anak dibuang sekarang. Aku sendiri bila tahu ada nyawa baru dalam badan, automatik perasaan sayang kat makhluk ini yang aku sendiri belum jumpa, belum pegang, belum tahu rupa parasnya, terus rasa berlipat-ganda ingin sayangi dia yang bernama anak. Ingin peluk dan cium dia secepat mungkin. Bagaimana tergamak yg buang dan bunuh anak dengan kejam itu? Tidakkah ada naluri ibu walaupun sikit?

Tidakkah mereka rasa seperti aku. Mungkin proses kehamilan mereka sangat senang. Aku diuji dengan pelbagai isu kesihatan sepanjang 1st trimester sehingga  usia kandunganku 5 bulan (ada orang, 3 bulan dah takde alahan). Aku mengalami alahan yang boleh tahan teruk. Aku muntah 24 jam tanpa mengira masa. Morning sickness bukan lagi diwaktu pagi sahaja, malah sepanjang masa. Pagi, tengahari, petang dan malam. Muntah dan muntah dan muntah. SEMUA aku makan, pasti akan keluar. SEMUA aku minum pasti akan diluahkan semula. Berlaku dehydration selama berbulan-bulan. Satu biji nasi pun tak boleh nak masuk. Jadi aku makan apa? Aku makan buah dan apa sahaja yang boleh ditelan, tapi pasti aku muntahkan balik. Penat? Ya, sangat penat. Sangat letih dan sakit satu badan. Menangis setiap malam sebab lapar, tapi nak makan apa? Nak makan tak boleh. Suami pujuk, suruh makan, tetap tak boleh. Nangis lagi macam budak kecik. Apa yang suami boleh buat, pujuk jela sampai aku diam.

Plastik muntah memang dah siap sedia sepanjang masa. Plastik muntah kena ada extra, dalam kereta and dalam handbag. Suami akan pastikan plastik ada dalam kereta, dia pun tukang buang muntah aku setiap kali muntah dalam kereta. Bila muntah, aku selalu cakap "awak sorry saya muntah dalam kereta, mesti busuk kan? mesti bau masam kan? mesti awak pun nak muntah kan? kesian awak kena hadap saya hari-hari camni". Suami memang jujur, memang baik and tak tau camane dia boleh kata muntah aku tak berbau. Dia kata makin hari dia makin biasa bau muntah aku. Hahaha kesian. Aku tau dia memang maksudkan macamtu.

Masa check up kat klinik kesihatan, nurse tegur sebab berat badan turun. Nurse suruh jangan layankan sangat muntah. Rasa nak marah nurse balik sebab dia ingat kita mengada-ngada ke tak nak makan? Aku ni perempuan kuat makan okay! Takkan aku taknak anak aku sihat? Takkan aku nak biar je anak aku takde nutrient? Nurse kata ibu mengandung kena makan supplement yang klinik bagi. Ya, aku gagahkan jugak makan. Tapi tak lama pun, muntah balik walaupun dah paksa telan lama-lama. Paling lama pun setengah jam bertahan. Aku harap, baby sihat sebab sepanjang awal kehamilan, mmg aku skip asid folic selalu. Pil zincofer, obimin dan sebagainya, memang aku tak sentuh langsung. Cuma ambil susu kambing brand Wildan (tu pun skip jugak).

Banyak benda aku lalui, alahan bau pun sama jugak. Sama teruk dengan alahan makanan. Banyak aku tak boleh bau. Bila bau bilik sendiri kat rumah, automatik tanya suami "awak, kenapa bilik bau pelik? kenapa cadar katil bau camni? saya tak suka bau ni, tolong tukar bau sabun ni, tolong beli sabun lain, tolong jangan pakai perfume ni lagi, saya nak muntah bau, tolong cakap dengan jiran jangan masak apa-apa, saya tak tahan bau tumis bawang dia, tolong jangan letak ubat gegat dalam toilet, tak suka la, eeeee, kenapa bau wap nasi macamni, saya nak muntah laaa, saya tak suka bau badan awak, awak pergi la mandi (sedangkan tak bau busuk pun suami aku dan baru setengah jam yg lepas dia mandi)" Yup, suami aku hadap hari-hari benda ni selama 5 bulan.

Bab performance kerja, sangat merudum, jatuh prestasi sebab terlalu banyak MC. Sangat banyak! Nasib ada kawan yang faham (ada jugak yang tak faham), nasib ada bos yang sporting, nasib baik segalanya Allah permudahkan bab kerja. Cuma tahap penat dia, Tuhan je yang tahu. Sepanjang tempoh awal kehamilan, penat dia macam buat kerja berat. Macam aku ni tolong angkat pasir and batu bata kat tengah-tengah panas. Penat letih melampau. Asyik nak tidur walaupun aku memang kuat tidur selama ni (masa ni, triple time kuat tidur). Asyik nak duduk tersandar taknak buat apa-apa kerja. Setiap hari balik kerja memang terus tidur je and tak fikir apa-apa dah. Bila dah bangun tidur, rasa nak tidur lagi. Hahaha.

Doktor kata, ibu mengandung yang ada alahan teruk, menunjukkan tanda positif sebenarnya. Bermaksud, baby sedang berkomunikasi dengan kita, dan maksudnya rahim kita kuat dan kebarangkalian untuk mengalami pendarahan atau keguguran itu sangat kurang. Bila dengar doktor cakap macamtu, terus rasa sejuk hati. Terus rasa lega dan lapang dada, terus rasa "oh, baby nak manja-manja dengan ibu ke?" Doktor cakap macam-macam lagi, banyak yang aku tau dari doktor tentang alahan teruk dan kaitan dengan baby. Secara tak langsung, aku jadi makin kuat dan tak mudah nak merungut. Terus aku jadi positif. Sangaaaaatttt positif!

Hari demi hari, minggu ke 10, minggu ke 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, dan 18, aku sudah lali. Sudah jadi redha dengan tekak yang sentiasa loya. Dah tak menangis, emosi makin stabil, dah tak salahkan tekak kalau tak boleh makan, dah boleh hidup normal walaupun akan muntah lepas makan, dah boleh terima bahawa jiran memang rajin masak (so tak marah-marah dah setiap kali terbau masakan dorang), dah mula rasa nak cari something untuk bagi baby sihat dan dapat zat. Bermula misi pencarian supplemen yang sesuai untuk orang macam aku, sebabnya aku tak boleh ambil sebarangan supplemen walaupun aku tahu ramai orang suggestkan supplemen yang sama. And aku dah mula dapatkan nasihat doktor, apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Sampai aku jumpa satu supplemen, yg buatkan aku rasa teruja nak cuba.

Aku kongsi bukan sebab aku tak bersyukur, bukan sebab aku tak sedar dek untung dan sebagainya. Tapi aku nak semua tahu, pengorbanan ibu kita selama ni sangat tak boleh dibalas. Sangat besar sampai susah nak describe. Sangat akan senang menangis dan menyesal kalau terimbau kesilapan pada ibu sendiri dulu-dulu. Belum lagi bab sakit kepala kalau tak makan, belum lagi kaki kejang tiba-tiba, sakit pinggang yang kena gerak slow-slow, asyik nak terkucil setiap malam dan sepanjang masa, pergerakan macam penguin (HAHA!) and time solat kena sujud dengan sangat berhati-hati. Belum lagi bab nak kena cucuk jarum setiap kali check up klinik, muka kusam dan jadi tak berseri (aku sorang je kot sebab aku malas nak mekap sejak pregnant. hihi).

Sekarang Alhamdulillah, berkat sokongan suami, abah mama, mak ayah dan adik beradik serta keluarga ipar, memang aku sihat sepenuhnya seperti biasa. Miracle. Ajaibnya tiba-tiba takde muntah, takde alahan bau, siap boleh makan banyak-banyak lagi. Sampai aku rasa aku ni baymax pulak. Hahaha. Sekarang baru betul, dah rasa nikmatnya menjadi ibu mengandung. Nak apa semua dapat. Hihi. Rasa nak mengandung pulak setiap tahun. Kahkahkah.

Jangan salah erti dengan perkongsian aku. Bukan untuk merungut dan merintih tidak bersyukur, cuma ada satu perasaan baru  meronta-ronta untuk berkongsi betapa hebat ibu kita. Saat ini sudah dipertontonkan betapa Allah itu Maha Besar, kekuasaan Allah yang tiada tandingannya. Aku rasai sendiri apa yang mak dan mama rasa. Rasai sendiri yang kita tak patut derhaka pada ibu. Tak patut dan seharusnya yg derhaka pada ibu perlu dihukum gantung sampai mati. Itu pun tak cukup balasan yang selayaknya. Betapa mulia ibu. Betapa mulia dia yang melahirkan kita sanggup lalui hari-hari dengan tidak sihat serta melesukan. Hanya kerana nak keluarkan kita, nak keluarkan adik-beradik kita yang lain. Nak lahirkan penyambung zuriat sendiri.

Anak itu rezeki. Bukan rezeki dari bentuk duit. Tapi rezeki apabila kita mati, ada orang yang doakan kita. Rezeki itu kita dapat bila kat akhirat kelak. Rezeki sedekah Al-Fatihah bila kita sudah tiada. Bukan bila makin ramai anak, makin kaya kita. Salah konsep yang kita faham. Tapi anak pembawa barakah dalam keluarga, pengikat kasih sayang suami dan isteri, pembawa bahagia pasangan yang bercinta. Tolong doakan aku selamat, doakan baby sihat dan cergas, doakan yang kandungan aku ni baik-baik sahaja. Sekarang usia kandungan 26 minggu, ada 3 bulan lagi sebelum tiba tarikh melahirkan. Nervous tak Syahira? Gila kau tak nervous! Hahaha.

Bye. :)