Thursday, 18 June 2015

Lama tak menangis. Tapi harini menangis.

Assalamualaikum.

Hai.

Jumpa lagi kita sebab harini ada mood nak update blog. tengah sedih sebenarnya sebab nama kena dismiss dalam tadarus Al-Quran ofis. oh ye, untuk pengetahuan semua, ofis aku every year memang ada buat tadarus Al-Quran setiap kali bulan Ramadhan. yela, bukan boleh makan pun waktu rehat kan. so masa lapang yang ada tu, instead of engkorang tidur, baik join benda-benda baik macamtu.

kenapa nama kena dismiss? sebab aku dapat cuti selama dua minggu dalam bulan puasa ni. so, aku dikira tak cukup bacaan la sebab cuti lama camtu. nak khatam Al-Quran at least kena baca semua surah yang dah ditetapkan.

sedih betul sebab memang dah niat nak join tadarus ni secara penuh. sebab aku confim boleh puasa penuh dan secara tak langsung boleh jugak baca sampai habis tanpa cuti (period).

takpelah. ini namanya takde rezeki. sebenarnya aku suka tadarus ni sebab orang lain boleh dengar bacaan kita, sama ada betul ke salah. tajwid aku selalu melencong, kadang-kadang memang aku sendiri rasa was-was betul ke bacaan aku. tapi kalau dalam tadarus, ada orang pro yang akan tegur spontan.

bila dapat join tahun lepas, banyak yang aku baiki dari segi bacaan. aku harap boleh join kali ni, tapi tak dapat pulak. sedih yang tak dapat diungkap. kalau kat rumah, baca sendiri-sendiri je, kadang-kadang tak tau bacaan kita tu tepat ke tak.

sebelum ni, aku pernah terfikir nak join kelas mengaji Al-Quran. masa tu bujang lagi and memang ada kelas mengaji pun kat masjid area rumah sewa aku tu. tapi sebab taktau nak pergi dengan siapa (ajak housemate tapi masing-masing busy), last-last tak pernah jejak langsung kelas Al-Quran tu.

aku sebenarnya terasa yang hati aku ni makin lama makin hitam, terasa macam ajal makin nak dekat, terasa bila-bila Allah akan tarik nyawa aku. sejak bila rasa camni, aku sendiri tak pasti. tapi kerap jugak ada perasaan macamtu lately.

okay la, balik rumah dan cuti dua minggu ni, aku nak mengaji puas-puas. nak khatam kalau boleh. KALAU ye. hehe.

aku whatsapp suami. beria betul aku mengadu dan spontan menangis. laju air mata jatuh. tak tahu la apesal nak emosi sangat ni, haihh la syahira. walaupun aku tahu suami tak boleh buat apa. nak jugaakkk mengadu. dasar cengeng! hehe.

okay la.

nak cerita tu je ke? buang masa ek korang baca? (masalahnya ada ke orang baca hahaha)

till then :)


Tuesday, 16 June 2015

Rezeki Allah. Rezeki yang paling agong. Rezeki yang tidak ada tolok bandingnya. Zuriat untuk suami.

Assalamualaikum.

Hai.

entry kali ni merupakan rentetan dari entry haritu. boleh jadi kisah kali ni sambung menyambung sebab yang haritu cerita sebelum aku kawin. betapa banyak songehnya aku bila takut tak boleh mengandung kan?

yang kali ini, merupakan sedikit kisah selepas kawin. lagiiiii banyak songeh yang orang lain tak boleh tiru bila engkorang dah kawin kelak. :P

seharusnya kena mulakan dengan ayat baik-baik. hahaha. sebelum start jauh and type panjang-panjang, aku nak remind sikit, mungkin entry ni ala-ala throwback gedik. tapi apa mahu risau? sebab ini blog aku, bukan blog orang lain bukan blog jiran hang, bukan blog pak hang or mak hang. so, takpe la kan kalau aku nak cerita apa pun? hahaha kbye hambar.

jom mula dengan throwback pertama.

20 Disember 2014 - 21 Disember 2014

Masa ni baru 3 minggu lebih jadi isteri orang. Dah duduk rumah sendiri sesama, memang mengada-ngada jela kerja harian aku. Lagi-lagi bila suami jenis melayan, yela kalau tak layan isteri merajuk, isteri akan jadi over mak nenek. puas jugak suami nak pujuk sampai aku okay. hihihi.

setiap kali hujung minggu, kitorang suami isteri tak reti duduk rumah (sama ada berjalan atau balik kampung). jadi minggu ni stay je kat rumah sebab nak kemas rumah kononnya. tapi sepanjang hari kat rumah, aku rasa perut aku sakit sangat-sangat. sakit sampai ke malam. sakit yang mencucuk ala-ala macam nak period. tapi sakit ni datang sekejap-sekejap. jadi aku abaikan je sebab aku patutnya period beberapa hari yang lepas. aku fikir mungkin sakit sebab nak datang bulan. sebab kalau ikutkan aku dah terlewat 4 hari.

malam tu, aku rasa cramp kat bahagian perut. aku mengadu kat suami dan suami kata sebab aku nak period. so, aku duduk dediam (terasa kecik hati sebab suami tak tanya banyak. macam tak kisah je aku sakit? hmmm). Masa tengah kemas-kemas rumah, aku terfikir, kenapa nak sensitif sangat kalau khaleel tak tanya banyak pun? perlu ke nak terasa hati? hahaha. sejak akhir-akhir ni, aku memang sensitif betul. so, aku memang rasa aku dalam peringkat hormon yang tak stabil. bila-bila masa bendera merah nak naik la ni kot. kena bersedia jela bila-bila masa.

so habis macamtu je. dalam hati berharap sesuatu sebenarnya. tapi masih terlalu awal kot. so simpan sorang-sorang apa yang aku fikirkan. suami ni tak syak apa-apa ke? T_T

22 Disember 2014 - 24 Disember 2014

puas aku tunggu period ni tak datang-datang. dah macam tunggu apa je. hahaha. saban hari jugak aku mengomel kat suami

"yang, sedihnya"
"sedih kenapa?"
"sedih sebab dah period"
"laa, kenapa nak sedih?"
"sedih la sebab tak pregnant lagi"

hahaha masa ni aku rasa loser gila sebab macam budak-budak. merengek tak habis-habis pagi petang siang malam sampai suami geram kot? :P

"betul ke awak period?" suami tanya. nakkan kepastian sebab aku semayang macam biasa je.
"tak la. belum lagi..tapi.. rasa macam nak period"
"laaaaa awak ni sayang, ingatkan dah period"
"belummm tapi saya rasa tak lama lagi ni saya period"

lalu suami diam. (malas nak layan lettew)

so benda-benda macamni berterusan beberapa hari. aku asyik cakap benda-benda yang menjengkelkan sanubari suami (memandai je aku, padahal khaleel sikit pun tak jengkel :D).

23 Disember 2014, aku and suami balik kampung. sebab esok petang keluarga mertua ajak ke Port Dickson untuk bercuti dan hari krismas 25 Disember nanti ada family day belah suami kat sana.

period masih tak datang. aku masih lagi rasa macam sakit nak period. untuk pengetahuan, aku memang tak pernah kena senggugut, jadi bila rasa sakit cucuk-cucuk di tambah dengan cramp tu, aku dengan yakin rasa yang aku mungkin sedang senggugut. sebab taktau rasa senggugut, aku buat assumption bahawa sakit yang aku rasa tu merupakan tanda-tanda awal aku nak kena senggugut.

lalu aku teringat tentang satu perkara. masih segar ayat sorang kawan ofis lama.

dia cakap, kalau sebelum kawin zaman anak dara trang tang tang kita tak pernah senggugut, bila dah kawin automatik akan kena senggugut. so aku jadikan nasihat dia tu sebagai sandaran dan sebab musabab apa yang aku tengah rasa time tu.

sebenarnya, masuk harini, dah 8 hari period aku delay. aku teringat jugak orang pernah kata (tak habis-habis aku dengar nasihat orang yg entah betul ke entah tidak hahaha), teringat orang pernah kata, bila dah kawin, secara tak langsung hormon kita berubah, jadi waktu period kita pun akan berubah sekelip mata. mungkin cepat atau mungkin lambat. so, bila delay 8 hari tu, aku tak risau sangat sebab teringat apa yang orang tu kata.

tapi diam tak diam, jauh di sudut hati aku sebenarnya, aku harapkan berita baik kalau aku tak period ni. aku harapkan something yang semua orang dah kawin nak dengar. so, senyap-senyap aku google tanda-tanda awal kehamilan (tanpa pengetahuan suami sebab malu kalau suami tau kihkihkih). aku google dan terkejut sebab apa yang aku rasa tu samaaaa sangat dengan apa yang diceritakan dalam tanda awal kehamilan seseorang.

aku bukak forum yang ada kat dalam website babycenter.

lalu aku bacakan pada suami (automatik tak jadi rahsia dah, biasalah tu, antara aku ngan khaleel mana ada rahsia kahkahkah), aku bacakan dia tanda-tanda awal kehamilan yang panjang berjela tu. aku taktau la masuk kat kepala dia ke tak sebab dia angguk angguk je. hahaha.

aku cakap dengan suami sebelum pergi family day nanti, aku nak beli UPT. tapi suami taknak sebab dia kata terlalu awal. suami kata jangan stress sangat fikir pasal ni sebab baru sangat kawin. aku tak putus asa sebab naluri aku kuat mengatakan ada sesuatu kat badan aku. so aku pujuk lagi and ajak dia pergi guardian. akhirnya suami termakan pujukan hahahaha. jadi, aku beli sekotak UPT jenama Dip 'n' Tell (sebelum beli aku review dulu pendapat orang mana yang baik and bagus. yang penting aku nak murah-murah je kihkihkih).

balik rumah mak mertua, eksaited sangat nak try sebenarnya. tapi aku tahankan hati sebab orang kata nak test upt ni, lagi digalakkan guna urine pertama lepas kita bangun tidur. jadi, aku simpan je dalam handbag sebab niat kat hati nak try bila dah sampai PD nanti.

petang tu siap-siap satu family gerak ke port dickson. yang paling penting sekarang, aku rasa berdebar-debar sepanjang dalam kereta. tak tahu sebab apa dan macam biasa lah, aku ignore je perasaan ni.

25 Disember 2014


Harini bangun pagi kat Port Dickson. best sangat sebab terasa angin sejuk (mungkin air cond atau mungkin sebab dekat dengan pantai). bangun pagi, benda pertama aku cakap kat suami

"awak, saya nak try upt pagi ni"

suami angguk dan terus solat subuh. dalam hati aku berdoa kuat supaya keputusan menggembirakan. aku mintak suami doa sekali.

aku masuk bilik air, kat luar mak mertua and ayah mertua tengah tengok tv. dalam hati "alamak awalnya mak and ayah bangun". padahal masa tu dah pukul 6.30 pagi. kalau ikutkan takdelah awal mana sebab subuh pun dah awal sekarang.

masuk bilik air dengan penuh debaran. tapi aku dah pesan siap-siap dengan diri sendiri, kalau negatif jangan kecewa. kalau tak seperti yang dijangka, jangan nak menangis atau apa sekalipun. aku teringat suami kata "jangan mengharap sangat, saya takde masalah pun kalau kita belum dapat rezeki baby lagi". masa tu macam-macam yang aku fikir. perasaan berharap dalam masa yang sama berserah sepenuhnya pada Allah. kalau betul bukan rezeki aku, kenapa nak bersedih kan? ada orang kawin sampai 10 tahun belum dapat zuriat lagi. aku ni belum sebulan lagi, takkan dah nak give up? betul tak?

first time guna upt, agak terkial-kial jugak. tapi nasib baik ada instruction. memang senang faham walaupun pertama kali nak bukak and baca. dalam pada terkial-kial tu, sempat aku fikir, "kenapalah aku beli yang murah punya? kenapa tak beli yang clear blue, at least aku tau dah berapa minggu kalau keputusan positif". sempat jugak aku demand kan. tapi takpe, biarkan murah janji tepat. aku bukak kotak dan baca arahan sampai faham. dalam kotak tu ada dua test stick, ada sekeping kertas instructions dan ada sebekas cawan plastik untuk kita kumpul air kencing dalam tu.

yang macamni aku beli.
harga masa ni aku tak ingat berapa. tapi sebab ada dua stick dan katanya seawal satu minit dah tau result, aku ambil jugak brand Dip 'n' Tell. walaupun banyak je pilihan lain. :) ikut bajet masing masing la senang cite. :D

okay, dengan penuh hati-hati aku guna. walaupun tak pasti betul ke tak cara yang aku buat. hehe.

tunggu keputusan upt ni macam tunggu keputusan spm. 10 saat, 20 saat, 30 saat, 40 saat (masa ni aku pejam mata).

tiba-tiba aku nampak upt tu berubah. mula-mula satu line. bergetar hati aku, menggigil nak tengok lagi satu line yang tiba-tiba muncul. pekat dan jelas. aku nampak double line. aku angkat stick tu dan tengok dekat-dekat. ye, memang ternyata ada dua line kat situ.

Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah

aku pregnant!
betul naluriku selama ini. kuat instinct aku.

Ya Rabbi, terima kasih sebab berikan aku rezeki yang paling bermakna dalam hidup aku.
belum sebulan usia perkahwinan kami, dan aku sudah dikurniakan rezeki paling besar ini. aku speechless, puas aku tahan air mata supaya tak menangis kat dalam bilik air tu. (memang sedih terharu)

Allahuakbar Maha Suci Allah.

aku zikir nama Tuhan yang menjadikan makhluk dalam perutku ini.
aku rasa terharu, nak menangis pun ada. aku senyap-senyap dalam bilik air. cepat-cepat aku ambil wuduk, sebab aku belum subuh lagi. and aku takut orang tunggu kat luar sebab nak guna bilik air. homestay kami ada satu bilik air je masa ni.

aku masuk bilik tidur semula, suami ada atas katil. tengah scroll timeline twitter. aku datang kat dia, dan senyum-senyum. aku cakap dengan nada yang sangat teruja tapi perlahan. cukup untuk suami je yang dengar.

"awak, upt positif, ada double line"

suami terkejut. pandang aku untuk dapatkan kepastian sebab dia ingat aku main-main. aku tengok dia macam tak percaya, lalu aku tunjuk upt stick tu.

"tengok ni" kata aku sangat teruja!


Suami tengok aku, aku tengok muka suami.

"Alhamdulillah" kata suami sambil tadah tangan and spontan raup muka. 

aku bahagia. bahagia tengok reaksi suami. aku tak boleh peluk suami ketika ini sebab tengah ada air semayang. 

aku cakap, "saya mengandung anak awak" rasa macam tak percaya.

suami gelak. aku tengok jam dah pukul 6.45. cepat-cepat aku pakai telekung. tak sabar nak ucap terima kasih pada Allah yang memberi rezeki.

aku solat subuh. lama aku sujud menandakan betapa bersyukurnya hati.

Terima kasih Allah. aku tahu aku insan bertuah. aku janji aku akan jaga zuriat ini dengan baik sehingga aku melahirkannya.

selesai solat, aku terus peluk cium suami. kami sama-sama seakan tak percaya dengan rezeki seawal ini. hati aku terlalu bahagia.

pagi itu jugak, aku call abah mama kat tangkak. aku call kakngah. aku bagitau adik-beradik aku. semua seakan tak percaya. aku tunjuk gambar upt baru semua percaya. hahaha.

aku dan suami keluar bilik, terus bagitau mak ayah mertua yang tengah tengok tv.

mak mertua spontan tarik aku and peluk erat-erat. ucap tahniah and cium pipi aku. terharu betul. rasa nak menangis. hehe.

kemudian, start 25 Disember 2014 ni, bermulalah segala-galanya. bermula detik yang aku tak terjangkau dek akal akan alami seperti ini. bermula satu pengalaman baru. bermula saat menjadi seorang yang menerima pelbagai cabaran dalam tempoh mengandung. bermula jadi seorang bakal ibu yang serba tak tau. makin banyak aku baca mengenai kehamilan, makin banyak yang aku tak tau.

ketika ini, saat ini usia kandunganku dah 30 minggu 3 hari. ALHAMDULILLAH aku survive dengan segala bentuk morning sickness (boleh refer post aku yang lama pasal pengalaman morning sickness yang agak teruk jugak).

sekarang aku sedang membesar dengan jayanya. badan dah mengembang, baju dah tak muat, jalan pun dah mengah, kaki sakit kalau jalan lama, cakap bebanyak cepat semput. hahaha. berat naik sampai dah cecah 71kg. Ya Tuhan!

berat gila kan?

tapi takpelaaaa. bila lagi nak merasa berat macam baymax kan?

kihkihkih.

till then. :)

p/s: oh ya. esok masuk bulan mulia iaitu bulan Ramadhan. Harapnya aku mampu puasa penuh sebulan tanpa ada sebarang masalah. kena selalu cakap ngan baby yang ibunya ni nak puasa penuh. kena sedia mental fizikal. dan paling penting, kena doa pada Allah supaya aku tak lapar melampau.

Syahira BOLEH!

Selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Semoga puasa kita kali ini membawa seribu satu rahmat untuk kita dan keluarga. Aminn Ya Rabbal Alamin.

:)

Sunday, 7 June 2015

Nak anak cepat-cepat boleh?

Assalamualaikum.

Patutnya entry ni mula-mula aku postkan sebelum aku tulis entry sebelum ni. Tapi takpe, mana-mana pun boleh janji ikut dan. haha.

Okay.
Tajuk post haritu pasal pregnant, terus aku cerita pengalaman sepanjang pregnant, tak bagi salam langsung, so kali ni aku nak tebus dengan buat salam perkenalan.

Jadi, mari kita mulakan.

mula-mula dulu sebelum kawin, mulut aku ni selalu cakap kat khaleel camni

"awak, camane ek kalau saya ni tak boleh mengandung?"
"awak, camane kalau rezeki nak dapat anak tu tak menyebelahi kita?"
"awak mesti nak kawin lain kan?"
"awak rasa perlu ke kita ambik anak angkat?"
"kesian awak kawin dengan saya". (yang ni paling over)

okay, untuk soalan-soalan aku yang bertalu-talu tu, khaleel yang sentiasa cool akan jawab macamni pulak

"laa, awak ni suka fikir bukan-bukan. tak payah risau, kalau betul takde rezeki, kita usaha cara lain. banyak cara kan sekarang, cara tradisional, cara moden. kalau tak dapat jugak, ambik anak angkat. kalau awak tak boleh mengandung, buat apa saya nak cari orang lain? saya nak kawin ngan awak, bukan sebab nak anak semata-mata, kalau tak dapat anak, takkan nak tinggalkan awak?" fuhh satu nafas dia jawab.

ha, amek! memang ni dia akan jawab everytime aku melampau meroyan fikir pasal susah nak mengandung.

dan aku pun dengan penuh emosi, akan cakap

"yee keee ni?" hahaha (penat-penat orang tu explain panjang-panjang, senang-senang je aku nak pertikaikan) kahkahkah!

sebab bukan apa, sekarang boleh cakap macamtu. nanti bila dah jadi, tak ke baru tau perasaan bosan bila takde anak. aku mula la fikir negatif, sambil-sambil tu sibuk nak cari point lain pulak untuk uji tahap ketepatan jawapan si khaleel ni. tapi takpe, aku try esok-esok pulak. boleh tanya soalan yang sama, so kita boleh tau jawapan dia masih sama atau camane. :P *aku memang suka cari pasal*

ha, soalan-soalan begini konfem bukan aku sorang je yang tertanya-tanya kan? mesti engkorang pun pernah tanya couple masing-masing sebelum kawin, betul tak? korang pun for sure pernah ada perasaan takut sebab kita tak tahu apa perancangan Allah untuk kita, bukan soal zuriat saje, malah sepanjang perkahwinan pun, takdir dan nasib menyebelahi kita atau tidak. maksud aku, apa akan jadi sepanjang hidup kita sama ada kita boleh terima satu atau lebih ujian dari Tuhan (contoh: belum ada rezeki anak, duit sentiasa tak cukup dsbnya).

sebab benda ni seperti percaturan hidup. nak tau kita boleh mengandung ke tak, kena kawin dulu. nak tau suami kita baik ke tak, kita boleh buat penilaian sebelum kawin, tapi itupun susah nak dapatkan kepastian seratus peratus sebab bila dah hidup sama-sama baru boleh nampak sebenar-benarnya perangai pasangan masing-masing. ye dak?

jadi secara kesimpulannya, memang kena hadap dulu baru tahu keputusan sesuatu perkara. itu yang aku selalu nampak, kita semua pernah nampak ayat ni "perkahwinan itu satu perjudian". sebagai orang Islam pulak, apa tanggungjawab kita? kita perlu ada sikap kebergantungan pada Allah yang mana kita sendiri kena bersikap positif terhadap ketentuan Allah pada diri kita. betul tak? sebab bila merungut itu ini, secara tak langsung kita sentiasa tarik cas negatif (rungutan tu) masuk dalam hidup kita. secara tak langsung jugak, apa yang kita duk takutkan selama ni, jadi kenyataan. ohmai, takut gila kot. sebab setiap ayat yang keluar kat mulut ni merupakan satu doa. tau tak?

dulu-dulu masa belajar, aku suka tengok baby. tengok muka baby tu rasa tenang yang sangat-sangat tak boleh nak describe tenang camane. sampaikan penuh gambar baby dalam laptop aku. masa mula-mula main facebook, memang banyak aku upload gambar baby. kemain suka dengan baby orang lain. hahaha. siap aku cakap kat kawan-kawan, aku nak anak cepat-cepat and nak anak ramai-ramai. desperate gila kan? hahaha.

tapi itulah sebab utama kenapa aku suka fikir bukan-bukan. kenapa nak kena serabut kalau susah dapat baby. kenapa aku suka tanya khaleel soalan macam-macam yang berkaitan anak, zuriat dan sebagainya. sebab aku sendiri tak sabar nak ada anak, nak main ngan baby, nak tengok keturunan waris sendiri, nak pakaikan anak baju comel-comel, nak ajak anak jalan-jalan satu dunia. hehe.

jadi kenapa sekarang aku kena cerita benda ni?

haruslah cerita! ini baru intro tau. belum masuk isi penting lagi, hahahaha.

tapi untuk next cerita (cerita lepas kawin), aku akan masukkan dalam next entry ye memandangkan intro pun dah panjang berjela. hehehe.

till then bye!

:)

Sunday, 24 May 2015

Pregnant - Post pertama

Bila sedang mengandung ni, banyak benda aku belajar, aku nak share dan aku nak semua tahu, mengandung ni bukan setakat kau ada baby dalam perut, kau kena mengidam itu ini, kau nak emo 24 jam, kau rasa baby gerak-gerak. TIDAK. Proses dia untuk manusia hebat bernama wanita sahaja yang boleh tanggung. Sebelum tu aku nak bagi amaran, pertama, post ini sangat panjang, kedua, pengalaman kita mungkin tak sama, sangat berbeza sama sekali.

Pengalaman sendiri, cek UPT positif selepas beberapa minggu kahwin, semuanya bermula ketika itu. Tanggal 25 Disember 2014, kegembiraan yang tidak terperi bila nampak double line. Suami raup muka tanda syukur. Rasa macam tak percaya dan tak sangka yang rezeki zuriat dan pewaris keturunan kami Allah turunkan secepat ini. Alhamdulillah. Siapa tak seronok? Siapa tak nak anak? Itu kadang aku pelik bila bersepah anak-anak dibuang sekarang. Aku sendiri bila tahu ada nyawa baru dalam badan, automatik perasaan sayang kat makhluk ini yang aku sendiri belum jumpa, belum pegang, belum tahu rupa parasnya, terus rasa berlipat-ganda ingin sayangi dia yang bernama anak. Ingin peluk dan cium dia secepat mungkin. Bagaimana tergamak yg buang dan bunuh anak dengan kejam itu? Tidakkah ada naluri ibu walaupun sikit?

Tidakkah mereka rasa seperti aku. Mungkin proses kehamilan mereka sangat senang. Aku diuji dengan pelbagai isu kesihatan sepanjang 1st trimester sehingga  usia kandunganku 5 bulan (ada orang, 3 bulan dah takde alahan). Aku mengalami alahan yang boleh tahan teruk. Aku muntah 24 jam tanpa mengira masa. Morning sickness bukan lagi diwaktu pagi sahaja, malah sepanjang masa. Pagi, tengahari, petang dan malam. Muntah dan muntah dan muntah. SEMUA aku makan, pasti akan keluar. SEMUA aku minum pasti akan diluahkan semula. Berlaku dehydration selama berbulan-bulan. Satu biji nasi pun tak boleh nak masuk. Jadi aku makan apa? Aku makan buah dan apa sahaja yang boleh ditelan, tapi pasti aku muntahkan balik. Penat? Ya, sangat penat. Sangat letih dan sakit satu badan. Menangis setiap malam sebab lapar, tapi nak makan apa? Nak makan tak boleh. Suami pujuk, suruh makan, tetap tak boleh. Nangis lagi macam budak kecik. Apa yang suami boleh buat, pujuk jela sampai aku diam.

Plastik muntah memang dah siap sedia sepanjang masa. Plastik muntah kena ada extra, dalam kereta and dalam handbag. Suami akan pastikan plastik ada dalam kereta, dia pun tukang buang muntah aku setiap kali muntah dalam kereta. Bila muntah, aku selalu cakap "awak sorry saya muntah dalam kereta, mesti busuk kan? mesti bau masam kan? mesti awak pun nak muntah kan? kesian awak kena hadap saya hari-hari camni". Suami memang jujur, memang baik and tak tau camane dia boleh kata muntah aku tak berbau. Dia kata makin hari dia makin biasa bau muntah aku. Hahaha kesian. Aku tau dia memang maksudkan macamtu.

Masa check up kat klinik kesihatan, nurse tegur sebab berat badan turun. Nurse suruh jangan layankan sangat muntah. Rasa nak marah nurse balik sebab dia ingat kita mengada-ngada ke tak nak makan? Aku ni perempuan kuat makan okay! Takkan aku taknak anak aku sihat? Takkan aku nak biar je anak aku takde nutrient? Nurse kata ibu mengandung kena makan supplement yang klinik bagi. Ya, aku gagahkan jugak makan. Tapi tak lama pun, muntah balik walaupun dah paksa telan lama-lama. Paling lama pun setengah jam bertahan. Aku harap, baby sihat sebab sepanjang awal kehamilan, mmg aku skip asid folic selalu. Pil zincofer, obimin dan sebagainya, memang aku tak sentuh langsung. Cuma ambil susu kambing brand Wildan (tu pun skip jugak).

Banyak benda aku lalui, alahan bau pun sama jugak. Sama teruk dengan alahan makanan. Banyak aku tak boleh bau. Bila bau bilik sendiri kat rumah, automatik tanya suami "awak, kenapa bilik bau pelik? kenapa cadar katil bau camni? saya tak suka bau ni, tolong tukar bau sabun ni, tolong beli sabun lain, tolong jangan pakai perfume ni lagi, saya nak muntah bau, tolong cakap dengan jiran jangan masak apa-apa, saya tak tahan bau tumis bawang dia, tolong jangan letak ubat gegat dalam toilet, tak suka la, eeeee, kenapa bau wap nasi macamni, saya nak muntah laaa, saya tak suka bau badan awak, awak pergi la mandi (sedangkan tak bau busuk pun suami aku dan baru setengah jam yg lepas dia mandi)" Yup, suami aku hadap hari-hari benda ni selama 5 bulan.

Bab performance kerja, sangat merudum, jatuh prestasi sebab terlalu banyak MC. Sangat banyak! Nasib ada kawan yang faham (ada jugak yang tak faham), nasib ada bos yang sporting, nasib baik segalanya Allah permudahkan bab kerja. Cuma tahap penat dia, Tuhan je yang tahu. Sepanjang tempoh awal kehamilan, penat dia macam buat kerja berat. Macam aku ni tolong angkat pasir and batu bata kat tengah-tengah panas. Penat letih melampau. Asyik nak tidur walaupun aku memang kuat tidur selama ni (masa ni, triple time kuat tidur). Asyik nak duduk tersandar taknak buat apa-apa kerja. Setiap hari balik kerja memang terus tidur je and tak fikir apa-apa dah. Bila dah bangun tidur, rasa nak tidur lagi. Hahaha.

Doktor kata, ibu mengandung yang ada alahan teruk, menunjukkan tanda positif sebenarnya. Bermaksud, baby sedang berkomunikasi dengan kita, dan maksudnya rahim kita kuat dan kebarangkalian untuk mengalami pendarahan atau keguguran itu sangat kurang. Bila dengar doktor cakap macamtu, terus rasa sejuk hati. Terus rasa lega dan lapang dada, terus rasa "oh, baby nak manja-manja dengan ibu ke?" Doktor cakap macam-macam lagi, banyak yang aku tau dari doktor tentang alahan teruk dan kaitan dengan baby. Secara tak langsung, aku jadi makin kuat dan tak mudah nak merungut. Terus aku jadi positif. Sangaaaaatttt positif!

Hari demi hari, minggu ke 10, minggu ke 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, dan 18, aku sudah lali. Sudah jadi redha dengan tekak yang sentiasa loya. Dah tak menangis, emosi makin stabil, dah tak salahkan tekak kalau tak boleh makan, dah boleh hidup normal walaupun akan muntah lepas makan, dah boleh terima bahawa jiran memang rajin masak (so tak marah-marah dah setiap kali terbau masakan dorang), dah mula rasa nak cari something untuk bagi baby sihat dan dapat zat. Bermula misi pencarian supplemen yang sesuai untuk orang macam aku, sebabnya aku tak boleh ambil sebarangan supplemen walaupun aku tahu ramai orang suggestkan supplemen yang sama. And aku dah mula dapatkan nasihat doktor, apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Sampai aku jumpa satu supplemen, yg buatkan aku rasa teruja nak cuba.

Aku kongsi bukan sebab aku tak bersyukur, bukan sebab aku tak sedar dek untung dan sebagainya. Tapi aku nak semua tahu, pengorbanan ibu kita selama ni sangat tak boleh dibalas. Sangat besar sampai susah nak describe. Sangat akan senang menangis dan menyesal kalau terimbau kesilapan pada ibu sendiri dulu-dulu. Belum lagi bab sakit kepala kalau tak makan, belum lagi kaki kejang tiba-tiba, sakit pinggang yang kena gerak slow-slow, asyik nak terkucil setiap malam dan sepanjang masa, pergerakan macam penguin (HAHA!) and time solat kena sujud dengan sangat berhati-hati. Belum lagi bab nak kena cucuk jarum setiap kali check up klinik, muka kusam dan jadi tak berseri (aku sorang je kot sebab aku malas nak mekap sejak pregnant. hihi).

Sekarang Alhamdulillah, berkat sokongan suami, abah mama, mak ayah dan adik beradik serta keluarga ipar, memang aku sihat sepenuhnya seperti biasa. Miracle. Ajaibnya tiba-tiba takde muntah, takde alahan bau, siap boleh makan banyak-banyak lagi. Sampai aku rasa aku ni baymax pulak. Hahaha. Sekarang baru betul, dah rasa nikmatnya menjadi ibu mengandung. Nak apa semua dapat. Hihi. Rasa nak mengandung pulak setiap tahun. Kahkahkah.

Jangan salah erti dengan perkongsian aku. Bukan untuk merungut dan merintih tidak bersyukur, cuma ada satu perasaan baru  meronta-ronta untuk berkongsi betapa hebat ibu kita. Saat ini sudah dipertontonkan betapa Allah itu Maha Besar, kekuasaan Allah yang tiada tandingannya. Aku rasai sendiri apa yang mak dan mama rasa. Rasai sendiri yang kita tak patut derhaka pada ibu. Tak patut dan seharusnya yg derhaka pada ibu perlu dihukum gantung sampai mati. Itu pun tak cukup balasan yang selayaknya. Betapa mulia ibu. Betapa mulia dia yang melahirkan kita sanggup lalui hari-hari dengan tidak sihat serta melesukan. Hanya kerana nak keluarkan kita, nak keluarkan adik-beradik kita yang lain. Nak lahirkan penyambung zuriat sendiri.

Anak itu rezeki. Bukan rezeki dari bentuk duit. Tapi rezeki apabila kita mati, ada orang yang doakan kita. Rezeki itu kita dapat bila kat akhirat kelak. Rezeki sedekah Al-Fatihah bila kita sudah tiada. Bukan bila makin ramai anak, makin kaya kita. Salah konsep yang kita faham. Tapi anak pembawa barakah dalam keluarga, pengikat kasih sayang suami dan isteri, pembawa bahagia pasangan yang bercinta. Tolong doakan aku selamat, doakan baby sihat dan cergas, doakan yang kandungan aku ni baik-baik sahaja. Sekarang usia kandungan 26 minggu, ada 3 bulan lagi sebelum tiba tarikh melahirkan. Nervous tak Syahira? Gila kau tak nervous! Hahaha.

Bye. :)

Thursday, 26 March 2015

Tahun 2015

Assalamualaikum.

Maigad.
Dah tahun 2015 dan hampir masuk bulan April, masih malas nak update blog ke ira?

Ini sangat merisaukan!
Jadi hari ini, entry ni akan jadi entry pertama pada tahun 2015. Kah.

Kalau ikut logik akal, kat ofis memang sangat terlebih masa untuk update blog setiap hari. Tapi sebabkan kemalasan dan taktau nak membebel apa, setiap kali bukak new post, mesti tutup balik berjam-jam kemudiannya. Itu adalah hasil daripada buntu idea and tepu otak. kikiki.

Ok, secara ringkasnya, apa yang terjadi pada tahun ni dalam kehidupan ira?
Banyak. Banyak sangat perubahan.
Rasanya berubah 360 darjah terus. Semua sedia maklum yang ira dah berkahwin.

Dah kawin?
Mana gambar kawin?
Eh, kau ingat semua benda kena upload dalam blog ke? huahuahua.
Ok, ira janji akan upload gambar kawin sekeping dua dalam waktu terdekat ni.

Cakap pasal hidup yang berubah 360 darjah. Apa yang berubah? Taknak share ke?

HEHEHE.
Bukan taknak, tapi belum masanya nak share.

Sabajap boleh?

:P

Bye. ;)