Sunday, 23 February 2014

1% 2% ....10%....in progress

assalamualaikum. :)

ira tengah pening nak pergi kursus kahwin yang mana satu. nampaknya macam semua tempat boleh pergi. hahaha. hampir setiap hari ira ingatkan tentang kursus kahwin pada tunang ira. dan hampir setiap hari jugak tunang ira repeat benda yang sama "nanti dulu sayang".

haihhhh.

lelaki memang suka plan last minute kan?

ira dah risau tahap taktau nak cakap camane. sebab banyak lagi benda nak fikir. kalau boleh nak setelkan kursus kahwin ni secepat mungkin. yelaa, kalau tak mulakan, memang kita taktau mana satu yang patut dimulakan dulu. kalau ira biarkan atau buat taktau, konfem tunang ira pun akan buat tak tau jugak.

geram kan?

so, ira decide, nak buat mana yang penting-penting. setelkan benda yang melibatkan tarikh dan komitmen. setelkan dulu perkara besar-besar. so, here we go. ira list kan apa yang patut dibuat dalam waktu terdekat ni.

1. pergi kursus kawin
2. pergi kursus kawin
3. pergi kursus kawin

haha. nampak tak betapa pentingnya kursus kawin ni bagi ira? :P

4. cari kain untuk our solemnization
5. pergi butik mentari kreatif untuk tengok warna baju for our reception
6. decide tema reception side ira dan side tunang.

okay. maybe just setelkan yang ni dulu. ira rasa ni paling besar. paling nampak progress wedding ni berjalan.

p/s: ira rasa, ira kena jadi wedding planner untuk kawin sendiri. sebab tunang ira sepenuhnya galaskan tanggungjawab pada ira. nampak tak? bertuah punya tunang. rasa nak cubit. boleh? :p

Friday, 21 February 2014

sweet and bitter in Langkawi

assalamualaikum :)

dah lama tak tulis apa-apa. rasa kekok nak menulis. sekarang hidup macam terlalu pantas berlalu. rasa tak sempat nak grab apa-apa yang melibatkan kebahagiaan. konon nak update every single things, nak share every moments, nak bagitau apa yang jadi dalam hidup, tapi nampaknya satu pun takde. bukan takde langsung cuma terlalu sikit. baik tak payah ada blog kan? lol. :D

boleh tak nak bahasakan diri as ira? nampak lagi manja gituuuu. :p

sebenarnya ira baru balik dari bercuti. bercuti dengan housemates which are sara, zura dan ekeen. alhamdulillah, everything went well. plan semua menjadi walaupun sangat last minute. walaupun sekejap tapi sangat bermakna untuk ira dan dorang! besttt superb. hampir semua tempat kami pergi. dataran lang, taman lagenda, pulau beras basah, pulau dayang bunting, eagle feeding area, tanjung rhu, pantai cenang (sebab stay kat sini), pekan kuah, makam mahsuri, kilang pengeluar gamat nusantara dan banyakkkk lagi. sampai tak dapat nak listed kat sini. seriously cuti yang paling all out dan happening. :)

ira tak dapat nak upload gambar sebab semuanya ada dalam kamera handphone. sebenarnya banyak benda jadi sepanjang holiday kami. contoh paling tak boleh lupa, kereta masuk dalam pasir, handbag sara jatuh dalam laut. then, hampir-hampir kena kejar dengan monyet yg bersepah-sepah kat pulau dayang bunting. okay, nak bagi tips pada semua, kalau datang melawat pulau dayang bunting, tolong jangan bawak beg plastik kat tangan. nanti monyet-monyet kat situ akan cuba merampas apa sahaja jenis plastik yang kita pegang. sebab dia ingatkan makanan. lol sangat tauuuu nyettt!

perjalanan ke langkawi sangat jauh sebab ira and housemate naik bas. seriously sangat rasa kejauhannya. mana taknya, 8 jam dalam bas sampai rasa kaku and kejung punggung sebab duduk lama-lama. haha. masa balik kitorang naik bas etika yang super selesa. highly recommended kalau sesiapa nak g langkawi naik bas. masa pergi bas sri maju yang sangat tak best. sungguh sungguh tak selesa. seat banyak rosak. lepastu jarak antara kerusi depan dan belakang sangat sempit. sebenarnya plan asal nak naik flight. tapi sebab last minute sangat ada yg tak dapat join, terus macam was-was nak booking tiket flight berapa ramai. so, decide la naik bas walaupun tau jarak kl-langkawi tu je dah buang banyak masa kami.

kalau tanya bab pengalaman menginap kat pantai cenang pulak, yang ni paling mengecewakan. ira and housemate check in kat Sandy Beach Resort, kat pantai cenang. nama je nampak gah. tapi sangat-sangat tak puas hati dengan servis dorang. banyak sangat nak cerita kat sini pasal sandy beach resort ni. terlalu teruk dan pengalaman buruk pertama ira sepanjang ira tidur kat hotel. kami ambil bilik yang ada 2 katil besar. kira cukuplah untuk kami berempat. harga satu malam RM170. bila dia bagi kunci, dia just tunjukkan je camane nak ke bilik kami. puas jugak pusing-pusing sendiri cari bilik. patutnya staf mereka kena bawak kami sampai ke pintu bilik. bila jumpa bilik, sgt terperuk dan ceruk ke dalam. ok, yang ni boleh dimaafkan lagi. kecewa jugak sebab kami dijanjikan bilik yang menghadap pantai, tapi rasa tertipu sangat sebab bilik yang kami dapat tak seperti yang diharapkan.

bermula segala kekurangan di sandy beach resort ni sejak dari mula-mula kami check in lagi. paling mengecewakan sebab air cond tak kuat. macam sekejap okay sekejap tak ok. bila siang sangat-sangat panas dan tak rasa langsung air cond. bila malam air cond tetap tak rasa. sampaikan kami tidur tak guna selimut sebab panas. memang dah rasa hangin sikit dengan servis sandy beach resort ni. rasa tak berbaloi langsung bayar mahal-mahal. harga macamtu kami boleh dapat bilik yg lagi baik ira rasa. itu perihal air cond. cadar katil pulak kami dapat cadar katil yang kotor. ada kesan tayar kereta kat cadar katil. what theee fishh! camane korang boleh biarkan kereta lenyekkan cadar korang? serius ira tak boleh bayangkan. cadar katil tu patutnya kena bersih, boleh pulak mereka bagi cadar yang ala-ala je untuk customer guna.

then, lepas satu, satu yang rosak. flush toilet rosak dan kami gigih betulkan sendiri okay. sangat tak patut. dalam bilik kami ada fridge, tapi fridge tu simpan dalam almari. masalahnya sekarang, kami tak boleh bukak fridge sebab bilik sempit. so, kami tarik katil supaya dua-dua katil rapat antara satu sama lain, baru boleh bukak fridge tu. kalau tidak fridge tersangkut kat katil. boleh bayangkan tak? soket pulak ada satu. jadi kami terpaksa bergilir-gilir cas handphone sebab suis hanya ada satu yang boleh digunakan. patutnya bilik yang boleh memuatkan 4 orang, pihak resort perlulah melebihkan sikit suis yang boleh digunakan. mereka tak fikir ke semua ni?

masa nak check out, ira dan sara buat complaint. cakap baik-baik kat receptionist. kami berdua mintak refund. tapi receptionist tak dapat bagi. then dia call manager sandy beach resort, manager suruh kami tunggu 10 minit. katanya dia akan sampai dalam 10 minit untuk berbincang dengan kami. tapi sebab kesuntukan masa (sebab nak kejar tiket bas balik KL), kami tak dapat tunggu. ira request untuk cakap dalam phone dengan manager. akhirnya, manager setuju nak berbincang dalam phone sahaja.

what do you expect bila cakap dengan manager? manager sandy beach resort yang bernama En Azam sangat tak profesional. phone call tu antara sara dengan manager. ira yang kat sebelah sara rasa geram even tak bercakap dengan manager tu pun. en azam so called manager ni langsung tak nak dengar penjelasan daripada sara, asyik interrupt every time sara nak mulakan complaint. siap cakap kenapa kami tak complaint mula-mula masuk bilik. hello, kami customer, kami dijanjikan servis yang baik, kenapa at the first place lagi pihak sandy beach resort tak alert dengan kerosakan air cond dan flush toilet? kami tak dapat remote control televisyen sedangkan housekeeper janji akan hantar remote control tv pada kami. sampai ke sudah kami tak bukak tv. very dissapointed dengan service mereka.

okay, berbalik pada isu manager tadi, en azam ni walaupun manager, tapi tak tonjolkan imej sebagai manager sebab dia tak mintak maaf langsung malah menyalahkan kami yang tak buat complaint awal-awal pada mereka. dia seolah-olah taktau nak handle complaint dari customer atau maybe sebab dah terlalu biasa terima complaint, sebab tu dia sangat berani melawan kami!

dari segi breakfast pulak, memang mengecewakan jugak. walaupun kami berempat dapat breakfast kat hotel, tapi makanan sangat tak best. entah, taktau nak cakap. buah pisang yang sepatutnya mereka tukar hari-hari, tapi mereka biarkan pisang lebam-lebam dan sudah kehitaman. pisang semalam, masih dijamukan untuk keesokannya. air orange terlalu manis yang melampau. paling tak menahan, pinggan berdaki dan berkeladak. sungguh menyesal check in kat sini!

bagi sesiapa yang nak tidur kat pantai cenang, please jangan jangan jangan ambil sandy beach resort sebagai tempat penginapan anda. sebenarnya dekat agoda dan trip advisor, banyak komen-komen negatif yang kami baca tentang sandy beach resort ni. itupun kami sedari lepas dah masuk untuk menginap. kalau bagi bintang, ira boleh bagi 1.5 daripada 5 bintang. terlalu mengecewakan sampai tak boleh nak describe. nasib baik kami duduk bilik untuk tidur sahaja. the rest tu kami keluar jalan-jalan.

okay, setakat itu sahaja review saya tentang bilik penginapan yang kurang memuaskan. kereta sewa kami dapat RM55 satu hari. jadi total untuk 3 hari, kami dapat RM165 bagi kereta auto viva yang baru. untuk kereta, ira boleh bagi 4.5 daripada 5 bintang. kereta sewa kami ambil dari AL_AEMAN SDN BHD. alamak lupa nama syarikat kereta sewa ni. tapi korang boleh cari kat kaunter-kaunter yang ada kat jeti point langkawi tu.

boleh tak nak habiskan review macam ni sahaja? :p

till then korang!

bye bye. :)

Sunday, 9 February 2014

wedding checklist

6 HINGGA 12 BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Pilih tarikh dan waktu bernikah.
 Pilih tarikh dan waktu majlis resepsi dan jamuan makan.
 Pilih tarikh dan waktu majlis bertandang.
 Pilih lokasi majlis pernikahan, resepsi dan jamuan makan.
 Tetapkan tema majlis.
 Anggarkan jumlah tetamu dan mula kumpul nama tetamu.
 Rancang aturcara majlis.
 Uruskan bajet.
 Hubungi kadhi dan Pejabat Agama Islam
 Hubungi saksi pernikahan
 Pilih tempat kursus perkahwinan.
 Tempah lokasi majlis berlangsung.
 Upah perunding majlis perkahwinan, jika perlu.
 Pilih juruandam.
 Pilih pengapit, pengiring serta pengacara majlis.
 Pilih katerer.
 Pilih jurufoto dan juruvideo.
 Pilih kedai bunga serta penghias lokasi majlis.
 Pilih cincin pernikahan.
 Pilih kumpulan persembahan.
 Pilih kek pengantin.
 Bincang rekaan baju.
 Bincang barang hantaran.
 Pilih penggubah hantaran.
 Rancang destinasi bulan madu
 Rancang tempat tinggal selepas berkahwin

LIMA BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Himpunkan senarai tetamu.
 Tempah baju majlis pernikahan dan resepsi (termasuk aksesori)
 Tempah destinasi bulan madu.
 Tempah juruandam.
 Tempah penggubah bunga dan penghias lokasi majlis.
 Tempah pengacara majlis / DJ  (termasuk PA sistem).
 Tempah katerer.
 Tempah jurufoto dan juruvideo.
 Tempah kedai bunga serta penghias lokasi majlis.
 Tempah cincin perkahwinan.
 Tempah kek pengantin.
 Tempah kumpulan persembahan.
 Tempah penginapan untuk tetamu.
 Tempah kenderaan untuk majlis perkahwinan dan majlis bertandang.
 Tempah penggubah hantaran.
 Beli barang hantaran.
 Hadiri kursus perkahwinan.
 Buat pemeriksaan kesihatan (HIV).
 Buat rawatan muka. 

EMPAT BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Pilih dan tempah kad jemputan. 
 Sediakan peta lokasi.
 Beli cincin perkahwinan.
 Tempah atau beli cenderahati untuk tetamu.
 Tempah atau beli corsage untuk ahli keluarga dan penanggah.
 Tinjau gerak kerja pereka pakaian.
 Tinjau lokasi majlis.
 Beli hadiah untuk ibu bapa dan mereka yang terlibat dalam gotong royong.
 Beli hadiah istimewa untuk bakal pasangan (selain hantaran).
 Pastikan semua kelengkapan perkahwinan telah ditempah. 
 Bayar deposit (jika perlu)

TIGA BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Serahkan borang permohonan perkahwinan yang lengkap kepada Pejabat 
Agama Negeri masing-masing.
 Sediakan senarai tugasan untuk ahli keluarga.
 Sahkan tempahan pakej juruandam.
 Sahkan tempahan penggubah bunga dan penghias lokasi majlis.
 Sahkan tempahan pengacara majlis / DJ.
 Sahkan tempahan pakej jurufoto dan juruvideo.
 Sahkan tempahan kedai bunga serta penghias lokasi majlis.
 Sahkan tempahan kek pengantin.
 Sahkan tempahan kumpulan persembahan.
 Sahkan tempahan penginapan untuk tetamu.
 Sahkan tempahan percutian bulan madu.
 Serahkan barang hantaran kepada penggubahnya (kecuali makanan).
 Buat temujanji dengan katerer untuk bincang menu dan merasa makanan.
 Buat tempahan untuk melakukan spa.
 Pilih studio yang sesuai untuk gambar potret.
 Pilih senarai lagu / nasyid.
 Tulis alamat tetamu pada kad jemputan.
 Mula membungkus cenderahati tetamu.

DUA BULAN SEBELUM MAJLIS:
 Hubungi Jabatan Agama Negeri untuk menyemak status permohonan nikah.
 Pos kad undangan bagi saudara atau rakan yang jauh.
 Bincang aturcara majlis bersama penyelaras majlis atau perunding majlis 
perkahwinan.
 Bincang aturcara dan skrip ucapan bersama pengacara majlis.
 Cetak aturcara majlis.
 Aturkan tempat tinggal bagi saudara dan rakan terdekat yang datang dari 
jauh.
 Mengaturkan sesi pengambaran di studio.
 Buat temujanji dengan jurusolek untuk mencuba solekan.
 Rancang kedudukan tempat duduk tetamu

SEBULAN SEBELUM MAJLIS:
 Mengirim undangan untuk rakan dan keluarga yang tinggal berdekatan.
 Bincang panduan yang disediakan bersama jurufoto dan juruvideo.
 Bincang senarai tugasan bersama ahli keluarga.
 Buat rawatan muka dan badan. 
 Mencuba pakaian termasuk aksesori dan mengambilnya dari pereka.
 Memastikan semua keperluan majlis sudah dibeli, dipinjam atau disewa.
 Sediakan hiasan meja.
 Pastikan cincin anda dalam ukuran yang betul.
 Cuba kasut kahwin dan latih menggayakannya.
 Berlatih senyum setiap hari. 

DUA ATAU TIGA MINGGU SEBELUM MAJLIS:
 Hubungi Pejabat Agama Negeri untuk mengesahkan kehadiran Pendaftar 
Pernikahan.
 Pastikan semua urusan berkaitan dengan prosedur pernikahan telah selesai.
 Serahkan permohonan cuti kepada majikan.
 Selesaikan semua urusan kerja sebelum bercuti.
 Sahkan jumlah tetamu dan maklumkan pada katerer.
 Aturkan kembali pengangkutan untuk majlis perkahwinan.
 Sahkan semula percutian bulan madu (termasuk tiket penerbangan).
 Mula kemas beg untuk bulan madu.
 Sediakan duit pembayaran untuk jurunikah, saksi, dan perkhidmatan 
profesional perkahwinan dalam sampul surat.
 Tugaskan seseorang untuk memberikan duit pembayaran tersebut.

SEMINGGU SEBELUM MAJLIS:
 Pastikan anda sudah bercuti.
 Pastikan pakaian pengantin sudah diambil atau diterima. 
 Sahkan kembali semua perkhidmatan perkahwinan yang telah ditempah.
 Sahkan semua perincian dengan katerer.
 Siapkan hantaran dan cenderahati (dalam bentuk makanan).
 Mulakan kerja-kerja menghias pelamin dan bilik tidur.
 Buat rawatan muka dan badan yang terakhir. 
 Tugaskan seseorang untuk menjaga barang berharga.
 Sediakan dan pasang papan tanda (petunjuk arah lokasi majlis).
 Aturkan taklimat tugasan kepada semua pembantu anda.
 Buat raptai untuk majlis resepsi.
 Semak berulang kali senarai ini dan senarai semak keperluan.

SEHARI SEBELUM MAJLIS:
 Pastikan barang yang dipinjam/disewa/ditempah sudah diterima.
 Pastikan kerja-kerja akhir telah disiapkan oleh pembantu-pembantu anda.
 Pakai inai di jari.
 Rehat dan tidur awal!

HARI MAJLIS PERKAHWINAN:
 Bangun awal dan mandi sunat.
 Pastikan ada banyak masa untuk bersiap.
 Pastikan anda makan dan rehat dengan cukup.
 Lalui majlis dengan penuh gembira!