Wednesday, 1 January 2014

sebulan sebelum di tahun baru!

Assalamualaikum

berbicara mengenai persiapan. persiapan menuju hari bahagia. hari bahagia saya dan cinta hati. okay saya sebenarnya tak sabar sangat. rasa nak skip bulan ni! over kan? :P

harini rasa nak bagitau progress preparation. jom cekidout.

baju tunang
- yang ni benda paling saya titikberatkan sebenarnya. paling penting dan paling tak kisah kalau perlu berbelanja lebih. tapi takdelah lebih mana pun. setakat diri sendiri berpuas hati dah cukup bagi saya. untuk pilihan warna, hampir dua tiga bulan pening nak decide warna apa. akhirnya pilih warna peach untuk tema pertunangan. next, kain satin dan lace pula, saya beli dari bandung. harganya sangat berbaloi dan sangat berpuas hati. jauh lebih murah dari jakel. terima kasih shena sebab belikan saya kain lace dan satin yang sangat cantik! sangat suka suka suka dan suka! terus hantar tempahan baju kat subang jaya. nama butik oyen oren boutique. butik ni kawan saya rekemenkan sebab masa dia tunang baju yang dia pakai cantik. jadi saya pun tanya mana dia tempah. terus ajak khaleel pergi! nasib ada bakal suami yang nak layan kerenah. i love you! kihkihkih. baju siap. Alhamdulillah sangat suka dan tak sabar nak pakai. tempahan done. kena cari tudung dan veil pula. :D

baju melayu khaleel
- yang ni saya sendiri pilih kainnya. nak cakap kain satin tak juga. chiffon pun tak juga. jadi saya sendiri tak tau jenis kainnya. hahaha. saya beli kat vietnam dengan harga yang berpatutan. of kos puas hati sangat sebab kain okay tapi harga murah. harini baru pergi tempah. kalau dah perangai last minute, semua benda pun dia buat last last minute kan? bertuah punya budak! :p cuma nak kena cari sampin sajaaa untuk cik abang.

pelamin
- alhamdulillah. yang ni dah book. saya pilih pelamin dari shayana creation. harga okay dan pelamin simple. saya memang jenis suka simple tapi nampak eksklusif. lama jugak saya survey. puas cari harga below RM500. akhirnya dapat jugak. bayaran deposit dah buat, selebihnya bayar bila dah siap. mungkin bayar time majlis. status: done

cincin
- Ya Allah. yang ni paling susah cari. paling banyak rintangan juga halangan yang berliku-liku ewahhh. saya bukan jenis memilih tapi entah kenapa bila bab pilih cincin tunang ni terlalu susah nak buat keputusan tepat. banyak cadangan banyak nasihat dari orang sekeliling. bila pergi sendiri kedai emas wah chan, tomei, poh kong and habib jewels, memang semua cantik-cantik. sampai rasa nak grab semua okay! tapi bila masuk, takde pun terasa nak beli salah satu dari mereka. maybe sebab terlalu banyak pilihan, jadi rambang mata la saya! hahaha. bukan apa, staff poh kong, wah chan and habib jewels semua cakap emas 916 takde yang ada batu. sebabnya emas 916 sangat lembut dan tak kuat untuk cengkam batu tu. berkemungkinan besar batu kat emas tu akan jatuh. bila dah jatuh, bukan ke spoil je kita rasa? bila survey emas 750 yang ada batu, rasa tak berbaloi pulak. sebab guna batu zircon je dah melampau-lampau harganya. alasan mahal sebab cas upah. ewahhh baiklah beli 916. ada sikit valuenya. walaupun takdelah niat nak jual cincin tu, tp at least anak cucu boleh sambung pakai akan datang. :) last-last beli yang paling simple sekali kat jalan tar! sangat puas hati sebab nampak simple dan cantik. walaupun mula-mula rasa taknak sebab design macam design lama, tp ambil jugak sebab design lain lagi laaaa worse. hehehe. so, cincin saya setel. status: done

*cuma cincin pihak lelaki masih belum cari. insyaAllah akan minggu depan. mintak-mintak awaknya tak banyak kerenah macam kita. :P

mekap
- untuk mekap pulak cari dari butik Amylia Bridal. sebab nampak kak syazwana punya majlis nikah, butik ni yang mekapkan dia. nampak simple dan natural. mekap tak heavy dan smooth. so, terus tanya dan book. tapi akak amy ni tak suruh lock date, dia hanya mintak ingatkan dia masa majlis je nanti. risau jugak kan? sbb biasanya orang memang suruh bayar deposit. maybe sebab dekat dengan butik dia kot? status: done

photographer
- sebelum ni hampir hampir nak tempah photographer yang sama masa konvo amad. tapi bila tengok hasil dia, saya tak berapa berkenan. jadi, khaleel pun bagi cadangan amek kawan rumah dia yang baru berjinak-jinak shoot gambar orang kawin. harga pun okay sebab siap masuk album dan outdoor. deposit dah bayar. selebihnya cik abang tanggung. thank youuuu baby. :-*. status: done.

hantaran
- yang ni dah sepakat 9 dulang berbalas 7. bekas hantaran mama sewa je dari kedai bunga kat segamat. jimat sikit dari buat sendiri. barang pun dah beli. cuma nak tambah jam dan cincin sebelah lelaki. kek pulak kemungkinan besar beli kat SR je. so, maybe beli malam 31 Januari nanti. yang lain insyaAllah dah selesai. tunggu masa tukar-tukar dulang je. hehe.

jamuan
- yang ni paling risau sekali. sebab tak tau lagi nak hidang menu apa. walaupun abah mama yang uruskan, tetap terfikir-fikir bila tengah buat kerja. sebab tak nampak hujung pangkal lagi. haritu abah dah cakap, maybe nak upah orang masak je. menu pulak tengah pilih sama ada nak nasi minyak atau nasi putih berlauk. mana yang terbaik?

goodies
- paling tak gerak apa-apa adalah goodies. tak beli apa-apa lagi. langsung takde masa nak fikir. adoila risau! sekarang taktau sempat ke tak nak buat felt. sepatutnya bermula sekarang dah kena jahit at least 5 biji. tapiiiiii apa jadi? tiduurrr je kalau ada masa terluang. kan syahira? :( so, sekarang dah decide nak beli tasbih sebagai goodies. dalam beg tu nanti akan ada tasbih, felt, kerepek pedas, air kotak dan maybe buah. cukup kot? kan?

others
- okay. yang others ni maksudnya banyak. hand bouquet DONE. kad jemputan TAK JADI BUAT. dulu kekonon nak buat candy buffet TAK PAYAH MENGADA SEBAB MEMBAZIR! nak beli penutup dada kat balqis ekslusif TAK TEMPAH SEBAB MACAM MERIAH SANGAT. last but not least, nak beli pin bunga warna merah macam qilah suruh untuk ada design sikit kat shawl nanti. tapi tak cari lagi. yang ni kena cari kat kenanga sebab murah kalau beli borong. kat jalan tar mahal sikit and tak banyak corak. so, NANTI KITA CARI.

setel. everything dah listkan kat atas. kalau ada yang tertinggal maybe benda-benda remeh contoh jarum peniti, pearl kat bunga, dan lain lain. so, sekarang ni agak countdown jugak la nak menuju ke tarikh keramat 1 FEB 2014. boleh tahan dupdapdupdap jugak hati saya. bukan nikah pun kan. maybe sebab dah rasa malu kena duduk bersimpuh depan pelamin di khalayak ramai. khalayak maksud saya di hadapan family khaleel. OMG. nak type ni pun rasa meremang bulu roma sume. huwaaaaa nevesnyaaa kita!

doa saya semoga semua urusan saya dipermudahkan sangat sangat sangat. saya harapkan yang dirancang berjalan dengan baik. kalau ada cacat cela itu biasalah ye. tak boleh expect tinggi sangat. maksudnya jangan pening kepala fikir majlis besar-besar. cukup jalankan apa yang penting. semuanya terletak pada Allah yang menentukan. saya dan khaleel hanya perancang. sama macam anda semua. doakan kami. :)

p/s: HAPPY NEW YEAR UNTUK DIRI SENDIRI.

WISHLIST:
to be a wife
to have own asset
to find a new job
to go somewhere outside the country
to have .........

to be continue!

till we meet again