Assalamualaikum.
sebenarnya pening kepala nak fikir sesuatu.
SESIAPA TAU PHOTOGRAPHER YANG CAJ BELOW RM500 UNTUK MAJLIS PERTUNANGAN.
kalau boleh nak mintak tolong shoot dengan buat album simple-simple je. photog baru berjinak-jinak sangat dialu-alukan.
sesiapa ada boleh inform saya pleaseeee. thanks. :)
Bila hati saling memerlukan. Panahan mata terlalu dalam. Seakan faham cinta itu mekar. Cinta bersatu sampai syurga. Setiap nafas untuk KITA. Demi Allah untuk KITA. Lillahi Taala.
Saturday, 19 October 2013
Monday, 14 October 2013
Astaghfirullah.
A person can love you, and still cheat. The same way we love Allah, and still sin.
Hidup. Biasa buat silap. Sebenarnya kita tahu, semua yang kita buat itu salah. Tak semua betul. Tak semua lorong yang kita lalu lurus. Ada liku-liku. Tak semua jalan yang kita ambil cerah. Ada jugak gelap.
Bila sedar, bila waras, bila rasional, baru buat nafas panjang. Fikir betapa bodohnya cara kita. Kalau boleh putar masa, memang dah rasa nak kembali semula pada masa yang kita buat silap.
Selalu terfikir, masih ada ruang ampun atau tidak untuk hamba macam saya. Yang almost everyday buat dosa. Hitam hati. Kadang-kadang rasa kotornya badan ni. Sental dengan sabut pun masih ada rasa sisa kekotoran yang memang tak boleh tanggal.
Allah.
Memang takut. Takut mati. Takut tiba-tiba mati tak sempat taubat. Takutnya.
Sekarang fikir semula, bila nak buat sesuatu yang memang jauh dari ajaran Allah, fikir apa kesan selepasnya. Berdosa besar. Kita tahu tapi kita buat. Jahil.
Bertaubat selagi sempat. Allah jaga aib kita. Allah jaga sangat. Kalau terbukak segala aib, betapa malunya diri sendiri. Betapa malu nak keluar rumah.
Syukur Allah bagi rasa ini. Walaupun selalu tak waras, tapi masih punya rasa bersalah tak terhingga.
Semoga saya dan dia dan sesiapa sahaja masuk syurga Allah. Ibu bapa dan adik beradik juga!

Saturday, 5 October 2013
Hygienist to be.
Assalamualaikum.
Dalam hidup ni, kita perlu banyak beralah. Beralah dan tidak berkira. Setiap tanggungjawab kena buat. Kalau tertinggal sekali dua, boleh diam, boleh senyap. Tapi kalau setiap waktu benda yang dah diamanahkan tak berjalan, apa respond yang kita kena ekspresikan? Kalau tanggungjawab kecil tapi sewenang-wenangnya buat remeh, buat tak endah, apa guna jadi manusia? Jangan hidup bermasyarakat. Simple.
Saya syukur. Hidup sederhana. Dibesarkan dalam keadaan sederhana. Walau apa yang keluarga buat, sama-sama buat. Kecik-kecik dulu dah diajar. Buat ikut turn. Kalau semalam dah basuh pinggan, harini kena sapu sampah. Esok pulak kemas meja. Berulang-ulang buat benda yang sama. Ikut turn. Tak pernah tinggal tak pernah langgar. Kalau langgar konfem abah marah. Takut.
Jadual dah ada. Dalam kerja pun ada tanggungjawab. Sama jugak dengan keadaan persekitaran kita. Cara bagaimana untuk buat semua yang tak ajar kat dalam buku, tapi diajar dalam kehidupan. Pelik. Adakah mereka tak tahu semua yang mereka biarkan itu, semua yang mereka tinggalkan itu, satu benda paling penting kalau nak hidup selesa. Mungkin masing-masing selesa. Selesa dengan keadaan kotor selekeh tak terurus.
Syukur. Mama ajar jadi anak dara paling mahal. Mungkin dulu saya nampak mama cerewet. Sekarang saya nampak. Semua tu ada kebaikan. Melabelkan mama sebagai seorang mama hebat. Saya memang diajar kemas dapur sampai licin, lipat baju kemas-kemas, susun barang atur-atur, sidai baju ikut jenis, sapu sampah sampai berkilat. Ye. Sampai kemas katil pun kena tegang-tegang. Memang dah biasa. Terbuat sampai sekarang. Ikut jugak kalau malas, buat ala kadar. Tapi masih ikut peraturan.
Saya penat. Penat nak sindir. Takkan selama-lamanya saya sorang je buat itu ini. Bilik air kotor tak berbasuh. Hitam legam. Yang dah kawin pun boleh buat taktau. Eh apa cerita? Mana tanggungjawab yang ada dari kecik? Kenapa semua keluar rumah kena cantik? Kenapa taknak selarikan cantik tu dengan kebersihan diri?
Oh. Saya patut diam. Saya bukan tahu apa. Saya cerewet kot? Tak. Saya tak cerewet. Cuma terlalu teliti. Susah dan benci tengok sepah. Itu saje. Normal kan ada benda ni dalam manusia? Lagi-lagi perempuan. Normal. Ye.

ALHAMDULILLAH.
Assalamualaikum.
harini lega sikit sebab abah dengan mama dah keluar wad. Alhamdulillah. terima kasih Allah sebab jawab doa saya. terima kasih sebab pulihkan mereka. walau tak sihat sepenuhnya, sekurang-kurangnya saya lega sebab mereka dah keluar dari wad. bermaksud demam dah pulih. bermaksud saya tak payah susah hati overdose. sebelum ni macam-macam fikir. nak dating pun takde mood.
SAYANG ABAH SAYANG MAMA! :)

Wednesday, 2 October 2013
DURI
Sebenarnya blog ni ada 2 penulis.. Sorang mawar dan sorang lagi duri.. Saya ni duri dan ini entri pertama saya sepanjang 285 bulan hidup kat dunia ni.. Sebagai entri pengenalan, saya postkan gambar setangkai mawar ni untuk tatapan umum.. Sila puji.. Lukis guna paint je ni.. Ingat senang ke? Bye..
Subscribe to:
Posts (Atom)