Thursday, 7 January 2016

Hello 2016 yang penuh dengan rezeki. Bye 2015 yang penuh dengan kejutan.

Assalamualaikum.

Hello 2016. Bye 2015.

Hmmmmmm.  Hambarnya intro aku. Al-maklumlah dah lama betul tak menulis. Hukhuk.

Mari mulakan entry Januari 2016 tentang perkembangan terkini aku. Eleh macam la ada orang nak tahu. Huuuu wuwuwu.

Let's!

2016 ni perubahan kepada aku terlalu banyak. Ok. Aku bagi contoh satu-satu. Jangan jemu untuk teruskan pembacaan. :)

Contohnya.

Pertama. Kerja baru membawa aku bertemu rezeki baru.

Dah sebulan lebih kat tempat kerja baru. Alhamdulillah kerja ini ialah kerja yang diidam-idamkan. Terima kasih Tuhanku. Tuhanku ialah Allah yang Maha Esa.

Kerja baru memang totally buat aku jatuh cinta. Bagi aku satu perasaan best untuk setiap hari mulakan hari baru. Terasa seperti hari ini untuk bangun pergi kerja dengan ikhlas. Cuma liat sikit nak bangun pagi pagi sebab malam tu susah nak tidur lena. HAHAHA. To be honest, semangat nak buat kerja sekarang lain macam sikit sebab lebih rasa perasaan bertanggungjawab terhadap keluarga.

Kalau sebelum ni, pergi kerja sebab nak duit semata untuk perbelanjaan harian. Rasa nak duit sebab hoi siapa taknak duit kan? Tapi, selepas dapat award and naik pangkat jadi emak, automatik perasaan nak cari rezeki tu bertukar kepada cari makan untuk anak. Especially untuk keluarga yang bakal membesar tahun demi tahun.

Bukan lah senang untuk menjadi seorang rakyat Malaysia sekarang. Betul kan? Segalanya memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Tahun demi tahun, aku perhatikan perbelanjaan aku meningkat bukan saja sebab nafsu yang makin gila nak beli itu ini, tapi sebab peredaran masa yang menjadi sebab utama. Kenapa? Sebab bila aku bujang, of course aku belanja untuk diri sendiri je dah cukup. Bila dah kahwin dan ada anak, perbelanjaan dah dipecahkan kepada bahagian lain pulak, sebab itu semakin lama semakin banyak duit yang aku perlukan. Ini satu perjuangan dalam hidup. Allah dah bagi rezeki anak, why not kita gandakan usaha supaya rezeki yang Allah bagi tu dihargai seadanya?

Untuk menjadi seorang Nur Syahira, amatlah susah bagi aku buat keputusan untuk berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa. Diri sendiri tahu kemampuan sendiri. Aku tak pernah terlintas nak susahkan suami dengan menanggung makan pakai aku semata tanpa bagi sumbangan kewangan walaupun sedikit. Aku berimpian untuk menjadi suri rumah yang mampu berikan suami satu kelegaan dalam tiap nafasnya tanpa merasai sikit beban pun kerana memperisterikan aku.

Pernah hampir setiap hari suami mencadangakan supaya aku boleh berhenti kerja dan fokus bisnes online. Lebih-lebih lagi waktu aku sedang mengandungkan Redza. Masa ni memang keinginan membuak-buak untuk bermalas-malasan dekat rumah dan taknak keluar rumah langsung termasuklah pergi kerja. Dan masa ni alahan mengandung melampau-lampau sampai perlu MC 29 hari sebulan. Hehe. Sebenarnya memang suami kasihan dengan isterinya yang lemah longlai nak drive jauh-jauh dan tempuh jem hampir setiap hari.

Tapi idea suami tu memang aku tak terima langsung. Aku rasakan aku perlu bekerja. Walaupun aku tahu suami mampu dari segi kewangan, tapi aku sendiri masih belum mampu nak hilangkan rasa seronok terima gaji setiap bulan. Siapa tak suka duit kan? Siapa yang sanggup gadai hampir 3k bulan-bulan dalam bank kan? Akhirnya, idea suami terkubur macam tu je.

Sampailah aku dah bersalin. Dah ada anak. Dah start rasa tak boleh berenggang dengan anak sendiri walaupun sesaat. Dah start rasa rindu bila jauh.

Okay. Sindrom mak-mak dah meresap. Meresap terlalu banyak!

Aku buat keputusan. Keputusan besar untuk berhenti kerja. Family tak tahu. Semua taktahu kecuali aku dan suami.

Aku fikir dalam-dalam. Ini hidup aku. Hidup aku dan suami. Hidup kami berdua. Biar kami yang tentukan.

Atas dorongan secara seratus peratus dan galakan dari suami yang kucinta, aku berhenti kerja seketika selepas habis cuti berpantang. Dalam tempoh tersebut, belum sempat aku cuti dan rehat panjang, aku ditawarkan bekerja di tempat baru pada awal bulan Disember 2015. Atas perbincangan dengan suami yang memang tempat rujukan aku setiap kali keputusan besar perlu dibuat, dan atas pandangan abah yang sering bagi nasihat-nasihat padu, aku setuju untuk bekerja di sini dan ya, aku sedang menulis entry ni di depan sebuah pc milik office aku. Hehehe.

Kenapa aku setuju? Kata nak jaga anak depan mata? Okay, sebab aku mata duitan. Sebab offer yang aku dapat sangat better dan aku tahu ini rezeki yang tak disangka-sangka dari Allah yang aku duk siang malam mintak dalam doa lepas sembahyang. Apa tunggu lagi kan? Aku accept dengan hati yang riang dan rasa penuh kesyukuran.

Akhirnya Allah jawab doa aku. Doa apa? Doa aku nak tempat kerja dekat. Kalau boleh senang nak jenguk anak waktu lunch hour kalau berkesempatan. Taraaaa! Memang tepat pada masanya. Nah.

Jarak tempat kerja baru dengan rumah sangatlah dekat. Kalau dulu untuk sampai ke tempat kerja seperti tempoh aku dari UKM nak balik Tangkak. Bukan sebab jarak jauh tetapi sebab kesesakan jalan yang terlampau menyeksakan yang buatkan perjalanan ambil masa sangat lama. Kalau dulu hampir pukul 8 malam dah hujung-hujung maghrib baru aku sampai rumah. Tapi sekarang aku siap sempat sembahyang asar kat rumah lagi. Sebab hanya 20 minit masa dari rumah aku ke tempat kerja baru. Shah Alam - Cyberjaya pun tak banyak tol sangat. Pergi satu tol dan balik satu tol. Kalau dulu untuk tol sahaja sebulan aku habiskan hampir 300 ringgit, belum masuk minyak lagi kan. Memang sangat pengsan bila nak difikirkan.

Sebagai isteri, aku bukanlah seorang yang senang minta-minta dan senang untuk menuntut sesuatu daripada seorang suami, bukan juga perempuan yang harapkan kemewahan suami semata-mata. Sendiri kena berusaha. Dah terbiasa dari kecik, kalau nak apa-apa, beli sendiri. Bila dah kahwin pun, selalu buat self reward guna duit sendiri. Baru puas hati beb! Bukan sebab aku tak boleh mintak, tapi diri sendiri tak mahu. Banyak kali suami offer itu ini, semua aku tolak dengan baik. Bukan tak sudi. Tapi harapan aku supaya duit suami itu boleh digunapakai untuk anak-anak kelak. Ok. Suami patut bersyukur dapat aku sebagai isteri kahkahkah. :P

Aku punyai suami yang bertanggungjawab. Syukur. Sebab hampir 90 peratus perbelanjaan rumah dia yang bayar. Sampai aku kasihan walaupun aku tahu itu memang perilaku dan sikap dari hati dia yang ikhlas. Ah, memang la suami wajib bagi nafkah zahir, semua orang tahu. Tapi apa salahnya isteri tolong. Semua dia nak bayar, habistu aku punya duit banyak-banyak ni nak buat apa? Gaji aku bulan-bulan masuk macam dia jugak, takkan aku nak peram je tak keluarkan walaupun sikit? Tak ke nampak pentingkan diri sebab eh kau je ke nak saving nak ada simpanan hari tua? Dahtu suami kau tak boleh nak menyimpan macam kau?

Eh. Kenapa aku emosi? Hahaha. Aku kagum dengan surirumah sepenuh masa yang bukan sahaja jaga anak 24 jam tetapi curi-curi masa nak buat business online semata-mata nak dapat duit sampingan. Aku tahu mereka seperti aku, taknak pentingkan diri biarkan suami keluarkan duit macam air. Aku tahu mereka inginkan sikap saling tolong-menolong terisi dalam keluarga dengan bantuan ikhlas mereka. Contoh terbesar depan mata aku sendiri ialah mama aku. Dulu kerja bahagian admin dekat kilang di melaka. Tapi lepas dapat anak, berhenti kerja dan jaga kami adik-beradik sepenuh masa, sambil-sambil buat kerja lain untuk tolong abah. Kagum.

Boleh nampak tak apa yang aku cuba sampaikan? Ooo takpe. Sebab panjang sangat jadi koang dah close blog ni ye? HIHI.

Next. Contoh kedua. Aku dapat peluang baru.

Peluang apa? Akan diceritakan kelak dalam next entry. Tapi cerita kat bawah ni ada kena mengena sikit dengan peluang yang bakal aku cerita tu nanti.

Aku ada satu sikap yang tak baik. Aku nak kaya. Aku nak kaya dan beli rumah besar, nak beli apa sahaja dengan duit sendiri tanpa ada halangan. Aku berangan macam-macam. Nak kereta mahal, nak rumah yang sangat besar dan banyak!, nak bagi abah dan mama duit bulanan berjumlah bayaran gaji seorang eksekutif, nak bagi duit pada mak dan ayah mertua juga. Nak derma pada orang susah (yang betul-betul susah), nak simpan tabung haji anak setiap bulan 1000 ringgit. Nak buat masjid atau surau. Aku nak kaya! Nak jadi macam Dato' Vida tu ha. Tak mustahil pun kan?

Semua yang kenal aku or yang ada dalam friendlist facebook aku, rata-rata tahu aku buat business online sebagai satu hobi masa lapang. Malah ia bukan lagi jadi hobi buat aku tetapi sebagai pendapatan sampingan aku yang konsisten. Boleh dikatakan, dengan business kecil macamtu, aku boleh berlapang dada sebab masih ada income masuk dikala memerlukan duit secara tiba-tiba lebih-lebih lagi kalau ada emergency atau sebagainya.

Tahun 2016 ni untuk aku terlalu banyak perancangan baru yang aku buat. Semuanya atas sebab perasaan nak kaya tu melonjak-lonjak. Semuanya kerana terinspirasi dengan kekayaan orang lain. Paling penting sekali, sebab nak bagi anak aku merasa senangnya hidup tanpa rasa susah. Macam-macam yang aku idamkan. Aku cuba buat satu-satu. Aku bukanlah manusia yang jenis duduk diam tak hasilkan apa-apa. Kalau boleh setiap apa yang aku buat, mendatangkan kebaikan dan keseronokan. Kalau boleh aku dapat hasil daripada apa yang aku buat. Dan hasil itu aku akan bahagikan sama rata pada semua kesayangan aku.

Syukur. Dengan permulaan kerja baru ini menemukan aku dengan satu peluang besar untuk aku. Rezeki yang Allah turunkan melalui panggilan kerja di sini. Sebab tu aku cakap, dari segi semua aspek, aku memang sangat suka dengan kerja baru aku. Segala-galanya bermula dari sini.

Ada hikmah kan? Tertutup satu rezeki, Allah bukak seluas-luasnya pintu rezeki aku yang lain.

Sujud syukur.


Thank you Tuhanku yang aku sayang.

Btw, aku tahu entry ni tak best. HAHAHAH.

Sebab bakat menulis dah transform jadi bakat mak mak. Eh?

Till then. :)



No comments:

Post a Comment